SELAMAT DATANG KE BLOG ABC

DALAM BLOG INI JUGA ABC PAPARKAN PENDAPAT DARI PELBAGAI PIHAK YANG ABC JADIKAN KAJIAN DAN RUJUKAN.

BLOG INI ADALAH BLOG PENGUMPULAN MAKLUMAT .

ABC TIBAI UMNO, PAS, PKR DAN PALING UTAMA DAP.

"Dan orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah (untuk membela Islam) dan orang-orang (Ansar) yang memberi tempat kediaman dan pertolongan (kepada orang-orang Islam yang berhijrah itu), merekalah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka beroleh keampunan dan limpah kurnia yang mulia." (Al-Anfaal 8:74)

Salam ziarah dari saya,,blog yang menarik ,jemput muzakarah di blog saya....dan jadikan blog saya sebagai rakan anda..

Thursday, 28 May 2015

1MDB : Audit Anak Beranak... ??


1MDB : Audit Anak Beranak... ??

SUARAKAMI 21:06 BLOGGER


Susulan aduan terhadap Deloitte dalam isu 1MDB, tumpuan kini beralih kepada seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Nizar, anak pertama Najib, pengarah eksekutif, di perkhidmatan nasihat kewangan syarikat yang dikritik kerana pengendalian akaun 1MDB itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, antara pengkritik paling lantang 1MDB, membangkitkan isu percanggahan kepentingan dalam perkara itu.

“Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte (walaupun dalam unit perniagaan berbeza)," katanya.

Rafizi membangkitkan sama ada amalan itu boleh diterima secara terbuka dan profesional kerana ia mempunyai risiko serius ke arah percanggahan kepentingan.

Nizar belum memberikan sebarang respon ketika diminta Malaysiakini berbuat demikian.

Malaysiakini juga telah menghantar e-mel kepada Deloitte berhubung perkara sama dan masih menunggu reaksinya.

Rafizi yang juga seorang akauntan bertauliah dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata terdapat keperluan melihat semula bagaimana empat firma terbesar audit di negara ini beroperasi.

Deloitte antara empat firma audit gergasi di Malaysia selain PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan KPMG.

Sebuah aduan hari ini difailkan terhadap Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.

Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di MIA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa Deloitte Malaysia sengaja dan/atau cuai sehingga gagal mengambil tindakan wajar dan perlu serta mengaudit aliran tunai dan risiko kecairan 1MDB.

Arul Kanda dakwa Sarawak Report bohong mengenai penyata bank 1MDB bank


Arul Kanda dakwa Sarawak Report bohong mengenai penyata bank 1MDB bank

SUARAKAMI 01:18 NEWS


Portal pemberi maklumat Sarawak Report berbohong mengenai 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dengan memberikan "maklumat palsu dan dakwaan tidak berasas langsung" mengenai penyata bank dana pelaburan strategik negara yang sarat dibebani hutang itu, kata

Presiden 1MDB Arul Kanda Kandasamy, hari ini.
Sarawak Report baru-baru ini menerbitkan posting mengatakan Arul menyediakan kenyataan palsu kepada Bank Negara Malaysia mengenai wang tunai 1MDB di bank swasta Swiss BSI di Singapura.

1MDB mempunyai hutang sebanyak kira-kira RM42 bilion tetapi Putrajaya berkata, asetnya yang berjumlah RM51 bilion boleh menampung jumlah itu.
"Ini satu pembohongan. Saya tidak pernah memberi sebarang kenyataan begitu kepada Bank Negara.

"Untuk menyatakan sebaliknya adalah terang-terangan palsu dan tidak betul, begitu juga apa-apa dakwaan yang berdasarkan premis ini," kata Arul dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur, hari ini.

Arul merujuk kepada kerjasama 1MDB dengan pihak berkuasa mengenai akaunnya, mengulangi jaminannya sebelum ini siasatan akan memberikan jawapan kepada soalan mengenai urus niaga dan hutangnya.

"Seperti yang dinyatakan sebelum ini, kami memberikan kerjasama sepenuhnya kepada semakan yang dijalankan pejabat ketua audit negara, dan berharap untuk hadir di hadapan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC).

"Inkuiri ini, yang telus dan dibuat kedua-dua pihak, sepatutnya boleh menjawab soalan yang dikemukakan mengenai syarikat ini.

"Kami meminta semua pihak menunggu hasil inkuiri bebas ini dan berhenti membuat tuduhan yang tidak bertanggungjawab dan tidak berasas buat waktu ini," katanya.

Sarawak Report melaporkan pada April, 1MDB mengeluarkan penyata bank palsu mengenai akaun anak syarikatnya, Brazen Sky Ltd, di BSI Bank di Singapura.

Memetik maklumat yang diterima, laman web itu berkata bank itu memberitahu Penguasa Kewangan Singapura (MAS), dokumen itu bukan datang dari mereka.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga dituduh berbohong oleh Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai pelaburan yang ditebus, yang katanya dalam bentuk wang tunai berjumlah AS$1.103 bilion (RM4.08 bilion) pada Mac.

Najib, yang juga menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat 1MDB, berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada ahli Parlimen DAP Tony Pua.

Arul ketika diwawancara Business Times Singapura pada Februari mengakui wang tunai itu berada dalam akaun firma itu di BSI Bank.

Tetapi Najib dalam satu lagi jawapan bertulis Parlimen minggu lepas "mengubah" jawapannya sebelum ini, mengatakan pelaburan yang ditebus 1MDB itu berupa aset dalam bentuk dolar AS bagi tujuan mengimbangi liabilitinya yang juga dalam dolar AS.

Tan Sri Muhyuhddin Yassin Bakal Mengambilalih Kerusi PERDANA MENTERI?


Tan Sri Muhyuhddin Yassin Bakal Mengambilalih Kerusi PERDANA MENTERI?

SUARAKAMI 20:58 BLOGGER


Setelah berbulan-bulan Najib Razak menjadi bahan asakan mengenai 1MDB dan semua persoalan hanya ditujukan kepadanya untuk memberikan jawapan, kini nampaknya giliran Muhyiddin Yassin sebagai orang nombor dua dalam parti dan kerajaan pula harus menjawab mengenai pendiriannya.

Atas kedudukannya sebagai salah seorang anggota kabinet yang memikul konsep tanggungjawab bersama, semua persoalan yang berlaku dalam negara tidak membenarkan mereka memilih untuk berdiam diri atau memberitahu tidak tahu mengenainya.

Jika sebagai Timbalan Presiden UMNO, sebagaimana ucapannya dalam video yang sudah tersebar luas, Muhyiddin mahukan Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan disusuli dengan tindakan polis melakukan penyiasatan, begitu juga ketika menyatakan sokongan kepada Najib dalam mesyuarat MT UMNO, pendirian beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri sebenarnya lebih ditunggu-tunggu memandangkan kemelut dalam syarikat pelaburan itu telah menimbulkan kebimbangan kepada seluruh rakyat.

Ini kerana berbanding pendiriannya dalam UMNO yang hanya mewakili kepentingan 3.6 juta ahli, kedudukannya sebagai Timbalan Perdana Menteri adalah mewakili lebih 30 juta rakyat keseluruhannya.

Dua hari lalu, Tengku Razaleigh Hamzah telah menyatakan bahawa persoalan 1MDB tidak seharusnya menjadi beban kepada Najib seorang, tetapi keseluruhan anggota kabinet mesti memikulnya bersama.

Katanya, dengan kedudukan kabinet yang memikul tanggungjawab bersama mewakili kepentingan rakyat, tidak harus ada mana-mana anggotanya mengatakan mereka tidak tahu atau tidak terlibat dalam kemelut 1MDB ini.

Sebagai anggota veteran UMNO yang pernah meletakkan jawatan dalam kabinet kerana tidak bersetuju dengan kepimpinan dan beberapa dasar Tun Mahathir pada 1986, pandangan Tengku Razaleigh ternyata ada benarnya, lebih-lebih lagi beliau telah menunjukkan teladan dalam hal itu.

Pengerusi BNBBC, Shahrir Samad turut bersetuju dengan pandangan Tengku Razaleigh itu, malah menambah jika mereka tidak tahu atau tidak faham mengenai sesuatu itu, mereka patut bertanya lagi dan lagi sehingga benar-benar memahaminya.

Merujuk kepada keputusan kabinet sebelum ini yang bersetuju persoalan 1MDB diserahkan kepada Ketua Audit Negara dan PAC untuk penilaian akaun dan menentukan kecelaruannya, Shahrir menambah, menteri seharusnya meletakkan jawatan jika tidak bersetuju dengan keputusan kolektif yang telah dibuat.

Dalam masa yang sama, Shahrir yang dikenali sebagai penyokong Najib dan tidak sehaluan dengan Muhyiddin sejak dulu lagi, juga mahukan Timbalan Perdana Menteri menyatakan pendiriannya sebenarnya mengenai 1MDB ini.

Tidak diragui lagi, gesaan Shahrir ini adalah berkaitan dengan ucapan Muhyiddin dalam majlis tertutup UMNO di Janda Baik sebagaimana videonya telah tersebar luas dan juga kenyataannya di Milan, Italy yang menyatakan beliau menghadapi kesukaran menjawab mengenai 1MDB kerana tidak mengetahui banyak perkara mengenainya.

Apa yang terpampang selama ini lebih merupakan kenyataan Muhyiddin sebagai pemimpin UMNO berbanding kedudukannya sebagai anggota kabinet. Dan pendiriannya sebagai pemimpin UMNO itu jelas menggambarkan kebimbangan dan ketegasannya terhadap kemelut 1MDB itu.

Jika benar juga beberapa dakwaan bahawa banyak persoalan mengenai 1MDB selama ini tidak dibawa atau dimaklumkan kepada kabinet, menteri seharusnya bersikap lebih sensitif dan bertanyakan kepada Perdana Menteri berkaitannya.

Dengan pandangan Ku Li dan Shahrir bahawa anggota kabinet tidak boleh lepas tangan dalam isu 1MDB ini atau bercakap dengan nada berbeza sebagai pemimpin UMNO dan anggota kabinet, yang paling utama perlu tampil menyatakan pendiriannya ialah Muhyiddin sendiri.

Ini lantaran beliau terlihat paling lantang dan berbeza pendirian dengan Najib dalam isu 1MDB ini. Pendiriannya pula membawa nada harapan kepada rakyat.

Begitu juga dengan cadangannya agar Lembaga Pengarah 1MDB dipecat dan polis dibenarkan masuk menjalankan siasatan, Muhyiddin juga harus bertegas apakah beliau boleh berdiam diri saja walaupun tidak ternampak tanda-tanda Najib mahu mengambil kira pandangannya itu, meskipun berkedudukan nombor dua dalam parti.

Jika benar sebagai pejuang yang hanya takut kepada Allah saja, sebenarnya tiada ruang lagi untuk Muhyiddin terus berlengah dan "bermain selamat" dalam isu 1MDB ini. Setuju atau tidak setuju mesti dinyatakan dengan jelas dan tidak seharusnya keberanian bersuara hanya dalam parti tetapi dilihat berbeza sebagai anggota kabinet.

Selepas itu, rakyat akan menilai sama ada beliau sebenarnya takutkan Allah atau sayangkan jawatannya

Wednesday, 27 May 2015

Arul Nafi Beri Kenyataan Tunai Kepada Bank Negara ..... Tapi.

Arul Nafi Beri Kenyataan Tunai Kepada Bank Negara ..... Tapi...

Thursday, May 28, 

Ada dua berita terkini mengenai Arul Kanda di Malaymailonline. 

Yang pertama Arul dikatakan menjawab isu kenyataannya pada bulan 2 mengenai dana Cayman yang dibawa pulang dalam bentuk Wangtunai matawang US.



In a brief statement here, the CEO noted that in one recent report, the news portal had written, “Arul Kandasamy had provided a false bank statement to Bank Negara to imply that [1MDB] had [cash in a BSI account in Singapore].”

“This is a lie. I have never provided any such statement to Bank Negara.

“To state otherwise is blatantly false and incorrect, as are any allegations that are based on this premise,” Arul Kanda said.


Mesti pro Najib yang juga pro 1MDB dan secara tak langsung pro Arul Kanda tengah bersorak meraikan penafian hero mereka ini. 

Cuba kita lihat apa yang tercatit di laman 1MDB sendiri, saya prinskrin artikel bertarikh 9 Februari itu -



"There's a very sensible and simple reason for that," said Mr Arul, eager to counter certain perceptions in an interview with The Business Times at his eighth-floor office in the heart of Kuala Lumpur's Golden Triangle.


Memanglah Arul tidak menyatakan sedemikian kepada Bank Negara tapi beliau menyatakannya kepada media. 1Malaysia ada baca kerana ia turut dilaporkan oleh semua paper dan media sosial waktu itu.

Malaymailonline




Berita kedua pula .... Tony Pua mewakili PAC mahu kedua Arul Kanda dan Shahrul menunjukkan BUKTI dalam bentuk tiket kapalterbang untuk mengesahkan apakah tiket itu dibeli sebelum atau selepas notis PAC dihantar dan tarikh mesyuarat yang mereka hadiri di luarnegara  yang menjadi alasan ketidakhadiran mereka berdepan PAC !



I want 1MDB president Arul Kanda and the former CEO to tell us, if they are not twisting and turning, where were they on the 25th and 26th of May when PAC asked them to attend and what meeting were they having overseas such that they could not attend the PAC.

.
Malaymailonline
Hahaha ..... Kasi tunjuk tiket sini ! Butut ka lu ciakap ?

Hmmm .... boleh tahan juga PAC ni hehehe...

ISU KLUK KLEK NAJIB DIPARLIMEN


Isu Kluk Klek Najib Di Parlimen - CheDet # 1728 Masih Tidak Puashati -
Siapa Bertanggungjawab ? !

Thursday, May 28,





Nampaknya Tun Mahathir tidak semudah itu mahu melepaskan Najib dari kesalahan menipu melalui jawapan bertulis Parlimen dalam kes Tunai-Aset-Unit.

Jawapan bertulis Najib pada bulan Mac itu TERBUKTI satu penipuan bila Najib buat pindaan baru ini. Pro Najib boleh pulak pertahankan penipuan itu konon bila dah mengaku silap dan buat pembetulan, maka ia bukan satu Penipuan.

Tapi apakah pindaan itu dibuat dengan penjelasan yang lengkap ? Cukupkah sekadar Kementerian Kewangan menyatakan secara tak langsung yang Menteri Kewangan itu KAYU, tak tahu apa2 pun walaupun namanya digunakan dalam Parlimen dan itu melepaskan tanggungjawabnya ?


1. Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri atau Menteri oleh ahli Parlimen walaupun jawapan itu disediakan oleh pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan. Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku. Walaupun prosiding dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar untuk pengetahuan umum tanpa dinafi.



2. Pegawai-pegawai yang menyediakan jawapan tidak kebal. Mereka masih bertanggungjawab terhadap isi kandungan jawapan. Jika didapati mereka tidak tentukan jawapan yang disediakan oleh mereka berasas kepada kebenaran, kerana tidak berasas kepada maklumat dan bukti yang sahih, mereka boleh dituduh sengaja mencuba melindungi menteri kerana menyembunyikan kebenaran. Dengan perkataan lain menteri masih boleh dituduh membohong dan pegawai juga akan dituduh bersama.


3. Menteri lebih bertanggungjawab kerana dikehendaki menyemak dan menentukan jawapan yang dibuat atas namanya adalah benar.

Penjelasan akan tugas dan tanggungjawab seorang Menteri dalam Parlimen oleh Tun Mahathir dalam artikel terbaru chedet - SIAPA BERTANGGUNGJAWAB.

Kenapa tidak ada teguran dan tindakan dari Speaker terhadap pencabulan integriti seorang Menteri di Parlimen itu ?

Bila jawapan bertulis boleh sewenang2nya diubah ikut suka hati, akan hilanglah kredibiliti dan integriti dewan yang mulia itu !

Menteri Kewangan wajib tampil beri penjelasan yang lengkap Kenapa kesilapan BODOH sebegitu boleh berlaku ? Penjelasan diperlukan juga terhadap kenyataan Presiden 1MDB yang menyatakan ianya dalam bentuk tunai matawang US dan ia tercatat dalam penyata bank. Adakah Presiden 1MDB menipu ?

Salah seorang samada Presiden 1MDB atau Menteri Kewangan TELAH MENIPU.

Datuk Khairuddin sudah membuat laporan Polis terhadap kes ini, apakah Pihak Polis sedang melakukan siasatan ? Apakah PENIPUAN oleh Menteri dibenarkan dalam Parlimen ? Jika kenyataan kedua itu diterima, ia secara otomatis menyatakan kenyataan Presiden 1MDB itu PALSU.

Kenapa sebaik saja pulang dari Jepun, Najib tidak berikan penjelasan ini sebaliknya lebih ghairah mahu membuat rayuan melalui penulisan diblognya supaya jawatannya tidak dipertikaikan ?

Najib tidak rasa apa2kah bila dikatakan secara tidak langsung sebagai KAYU di Parlimen melalui jawapan bertulis kedua oleh pegawai di Kementerian Kewangan ?

Ini bukan lagi setakat integriti dan kredibiliti Menteri Kewangan tapi juga menyentuh maruah beliau.

Penjelasan sepenuhnya ditagih beserta bukti kewujudan dana di Singapura, dan ini tidak perlu menunggu hasil siasatan audit. Hanya perlu tunjuk bukti kewujudan dana itu dan dalam bentuk apa.

Kalau itupun payah nak buat, jangan salahkan bila rakyat mula berspekulasi.

Tun juga komen tentang Bank Negara yang menerima lapuran dari MAS Singapura berkaitan akaun BSI itu -

10. Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara.

Apakah pemimpin sekarang sudah tidak lagi punya AKAUNTABILITI ?

artikel chedet seterusnya -


4. Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD 1 billion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari 50 juta.


5. Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000/-. Jika urusan tidak ada kaitan dengan “money laundering”, iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.


6. Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.


7. Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering. Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?


8. Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk membohong berkenaan penyimpanan wang ini di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana, bahawa wang sebanyak lebih satu billion U.S. dollar sudah hilang.


9. Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka sekali lagi, pegawai dan menteri bersalah kerana membohong.


10. Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara.


11. Sesuatu yang aneh dan salah ialah keengganan jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan berkenaan dengan dakwaan yang telah dibuat dan laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB, syarikat milik Kerajaan. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan money laundering.


12. Ada pemberita akhbar yang ditangkap kononnya kerana bersalah di bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebas kerana tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka.


13. Saya sendiri biasa digeledah oleh jabatan hasil dalam negeri semasa memiliki klinik perubatan. Saya terpaksa bayar cukai tambahan kerana segala penjelasan saya tidak diterima. Dijelaskan kepada saya jika saya bawa kes ke mahkamah, besar kemungkinan saya didenda tiga kali ganda. Siasatan ke atas saya dibuat kerana sangkaan bahawa sebagai doctor awam saya tentu kaya dan tidak bayar cukai sepenuhnya.


14. Pegawai-pegawai Kerajaan yang hidup lebih mewah dari pendapatan mereka biasanya disiasat oleh jabatan (board) hasil dalam negeri. Tetapi apabila Menteri atau orang awam tertentu diketahui hidup terlalu mewah, siasatan tidak dibuat. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan perkara tertentu disiasat.


15. Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilihkasih dalam siasatan jenayah. Hari ini Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.


16. Rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang yang sama. Janganlah hendaknya ada pilihkasih dan diskriminasi dalam menguatkuasa undang-undang.


PS- Katanya Presiden 1MDB dah balik !! Baca APANAMA.
To Arul - Sorry bos, saya ingat bos pergi tak kembali lagi ..... For that saya TABIK ! Now go and see PAC.

NAJIB DAN PEMBOHONGAN


NAJIB DAN PEMBOHONGAN

SIAPA BERTANGGUNGJAWAB 6
28 May 2015 | 1MDB

1. Apabila jawapan kepada soalan yang ditujukan kepada Perdana Menteri atau Menteri oleh ahli Parlimen walaupun jawapan itu disediakan oleh pegawai, tetapi yang bertanggungjawab ialah menteri kementerian berkenaan. Dialah yang akan memikul beban kesalahan jika ini berlaku. Walaupun prosiding dalam Parlimen diberi kekebalan melalui undang-undang, tetapi jika jawapan tidak berasas kepada kebenaran, ia tetap tidak benar dan tidak lagi kebal apabila jawapan itu disiar untuk pengetahuan umum tanpa dinafi.


2. Pegawai-pegawai yang menyediakan jawapan tidak kebal. Mereka masih bertanggungjawab terhadap isi kandungan jawapan. Jika didapati mereka tidak tentukan jawapan yang disediakan oleh mereka berasas kepada kebenaran, kerana tidak berasas kepada maklumat dan bukti yang sahih, mereka boleh dituduh sengaja mencuba melindungi menteri kerana menyembunyikan kebenaran. Dengan perkataan lain menteri masih boleh dituduh membohong dan pegawai juga akan dituduh bersama.

3. Menteri lebih bertanggungjawab kerana dikehendaki menyemak dan menentukan jawapan yang dibuat atas namanya adalah benar.


4. Perdana Menteri telah jelaskan bahawa wang sebanyak USD 1 billion tidak dibawa balik ke Malaysia kerana Bank Negara akan menganggu urusan keluar masuk wang yang lebih dari 50 juta.

5. Setahu saya bank-bank telah diarah menyoal urusan yang lebih dari RM50,000/-. Jika urusan tidak ada kaitan dengan “money laundering”, iaitu yang didapati secara haram, ia tidak jadi masalah.

6. Soalnya apakah 1MDB dengan pengetahuan penasihatnya terlibat dengan money laundering, sehingga wang dari Cayman Islands terpaksa disimpan di Singapura.

7. Singapura juga memeriksa dengan teliti wang yang masuk-keluar negara itu bagi mengelak jenayah money laundering. Apakah 1MDB tidak tahu akan peraturan Monetary Authority of Singapore (MAS)?

8. Atau apakah tujuan sebenar ialah untuk membohong berkenaan penyimpanan wang ini di Singapura, iaitu sebenarnya tidak ada wang yang disimpan di sana, bahawa wang sebanyak lebih satu billion U.S. dollar sudah hilang.

9. Jika tidak dapat dibuktikan wang ini ada di Singapura, maka sekali lagi, pegawai dan menteri bersalah kerana membohong.

10. Berkenaan dengan Bank Negara enggan memberi maklumat berkenaan dengan laporan kepadanya oleh MAS Singapura, jika ini didapati melindungi pembohongan berkenaan wang 1MDB yang dikatakan berada di Singapura, ini juga merupa satu jenayah dibawah undang-undang jenayah negara.

11. Sesuatu yang aneh dan salah ialah keengganan jabatan-jabatan Kerajaan yang bertanggungjawab mengambil tindakan berkenaan dengan dakwaan yang telah dibuat dan laporan polis berkenaan kehilangan wang 1MDB, syarikat milik Kerajaan. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis telah dimufliskan, rumahnya dirampas dan siasatan dibuat keatasnya kononnya dia terlibat dengan membiayai gerakan keganasan dan money laundering.

12. Ada pemberita akhbar yang ditangkap kononnya kerana bersalah di bawah Akta Hasutan dan kemudian dibebas kerana tidak ada kesalahan yang dilakukan oleh mereka.

13. Saya sendiri biasa digeledah oleh jabatan hasil dalam negeri semasa memiliki klinik perubatan. Saya terpaksa bayar cukai tambahan kerana segala penjelasan saya tidak diterima. Dijelaskan kepada saya jika saya bawa kes ke mahkamah, besar kemungkinan saya didenda tiga kali ganda. Siasatan ke atas saya dibuat kerana sangkaan bahawa sebagai doctor awam saya tentu kaya dan tidak bayar cukai sepenuhnya.

14. Pegawai-pegawai Kerajaan yang hidup lebih mewah dari pendapatan mereka biasanya disiasat oleh jabatan (board) hasil dalam negeri. Tetapi apabila Menteri atau orang awam tertentu diketahui hidup terlalu mewah, siasatan tidak dibuat. Sebaliknya orang yang membuat laporan polis berkenaan perkara tertentu disiasat.

15. Amatlah menyedihkan apabila ternampak ada pilihkasih dalam siasatan jenayah. Hari ini Malaysia sudah disenaraikan sebagai antara 10 negara yang rasuah berleluasa.

16. Rakyat Malaysia tertakluk kepada undang-undang yang sama. Janganlah hendaknya ada pilihkasih dan diskriminasi dalam menguatkuasa undang-undang.

BONGKAR: Penyelewangan Merugikan Rakyat Sarawak RM300 juta.

BONGKAR: Penyelewangan Merugikan Rakyat Sarawak RM300 juta.


Jual tanah kepada anak, S'wak rugi lebih RM300 juta



Sebuah syarikat yang dimiliki oleh anak-anak Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berjaya memperolehi tiga bidang tanah di Kuching pada harga yang tersangat rendah. Tindakan itu menyebabkan kerajaan negeri itu kehilangan potensi pendapatan RM300 juta.

http://media1.malaysiakini.com/282/f5203467df9db6ebf0cd3e129d558161.jpg 


Ahli parlimen Bandar Kuching Chong Chieng Jen yang membuat pendedahan itu berkata kerajaan negeri telah memperuntukkan seluas 269 ekar di bandaraya itu kepada Monarda Sdn Bhd pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran iaitu pada kadar purata RM291,000 bagi setiap ekar.

"Harga pasaran adalah dalam lingkungan RM1.5 juta dan RM2 juta bagi setiap ekar. Jika dijual secara tender, kerajaan negeri akan memperolehi pendapatan antara RM400 hingga RM500 juta,” katanya kepada Malaysiakini, hari ini.

Sebaliknya, Monarda, yang mempunyai modal berbayar RM100 hanya perlu bayar RM78.28 juta untuk tiga bidang tanah itu,” katanya.

"Kami tuntut kerajaan negeri beri penjelasan penuh dan bertanggung-jawab kepada rakyat Sarawak,” kata Chong yang juga adalah setiausaha DAP Sarawak.
Modal berbayar RM100

Tiga bidang tanah itu terletak bersebelahan lapangan terbang antarabangsa Kuching berhampiran Stutong. Terdapat pangkalan tentera udara di lokasi yang sama.

Monarda diterajui oleh ank sulung Taib - Abu Bekir, yang memegang 52 saham dan seorang yang dikenali sebagai Choong Sun Nam, yang memiliki 12 saham.
Pemegang saham lain termasuk, anak perempuan Taib - Jamilah dan Hanifah Hajar, serta menantunya Anisa Hamidah Abdullah, yang masing-masing juga memegang 12 saham.

Chong, yang mengesan kaitan keluarga Taib itu melalui semakan pendaftaran tanah dan syarikat berkata pengasingan tanah itu adalah yang terbesar pernah dilakukan.

"Tanah ini sekarang adalah kosong dan Monarda tidak menjalankan sebarang urusniaga sejak ia ditubuhkan,” katanya.

Awal tahun ini, tiga aduan dibuat kepada Suruhanjaya Anti Pencegahan Rasuah Malaysia yang mendakwa Taib dan keluarganya menggunakan kedudukan mereka bagi menguasai empayar hartanah bernilai RM3 bilion.

Dua dokumen didedahkan di laman sesawang Sarawak Report yang mendakwa Taib menggunakan proksi bagi mengawal kepentingan sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat, Sakti International Corporation, yang ketika itu bernilai US$80 juta (RM250 juta).

Pendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud ( kaya giler ni)

Pendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud ( kaya giler ni)



Pendedahan kekayaan Bekir anak Taib Mahmud oleh seorang akauntan bertauliah,Andrew Heng memberitahu Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bahawa anak lelaki kepada ketua menteri Sarawak,ini mempunyai kepentingan dalam 85 syarikat asing, termasuk Sakthi International yang berpangkalan di California.

Perkara ini tidak menjadi luar biasa kerana ini adalah hasil daripada pemerintahan bapa beliau,iaitu Taib Mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak sejak berdekad lamanya lebih 30 tahun. Mana mungkin Taib hanya akan makan gaji sebagai Ketua Menteri boleh memiliki kekayaan yang di luar jangkauan.

Dengan segala kepercayaan yang di beri oleh rakyat kepada Taib Mahmud maka digunakan kebijaksanaan serta kuasa yang ada pada beliau untuk merampas segala hak milik orang asal di setiap pelusuk belantara Bumi Kenyalang. Taib Mahmud akan memastikan bahawa tidak seorang pun daripada anak-anak beliau ketinggalan daripada menjadi jutawan hasil daripada kerakusan mengaut hasil mahsul daripada perut Negeri Sarawak ini.

Anak lelaki Taib, Mahmud Abu Bekir adalah pemegang saham terbesar dalam syarikat tersebut dan kontrak membolehkan Titanium membaiki dan menggantikan 384 buah jambatan lama dalam negeri Sarawak selama tujuh tahun.

Sementara itu, dalam satu pendedahan yang terkini oleh Sarawak Reports, Taib dituduh mempunyai empayar hartanah, Sakto Corporation di Kanada yang bernilai beberapa ratus juta ringgit atas nama menantunya, Sean Murray.

Syarikat ini diasaskan oleh abangnya Onn Mahmud, anak perempuannya Jamilah, dan Sean Murray. Sean Murray dan anak perempuan Taib telah berjaya mendapat kepercayaan dari jabatan-jabatan kerajaan Kanada untuk berpindah ke ruang pejabat mereka selepas melalui proses persaingan terbuka.

Taklimat ORC menyatakan, kemudahan yang dimiliki oleh Sakto Corporation adalah “dibina mengikut piawaian tenaga dan alam sekitar yang tinggi” dan “bangunan dalam beberapa segi adalah hijau”.

Sarawak Reports juga mendakwa Sakti International Corporation di United States adalah juga diurus oleh pasangan yang sama. Mereka memiliki bangunan Abraham Lincoln yang menempatkan kemudahan Federal Bureau of InvestigationFBI Keluarga Taib juga didakwa memiliki beberapa harta di London.

Ratusan laporan SPRM dan laporan polis telah di buat tetapi tiada satu pun siasatan dan tindakan yang di ambil terhadap Taib Mahmud. Ini jelas menunjukkan bahawa 2 Jabatan Kerajaan itu di kawal penuh dan mengikut telunjuk Taib Mahmud. 

Jika benar kedua dua Jabatan itu merupakan badan bebas Rasuah dan berintegriti maka mereka harus bertindak dengan segera. Jika tidak Pengarah SPRM & Ketua Polis harus letak jawatan.

Pendedahan demi pendedahan di buat oleh Laporan Sarawak (Sarawak Report) berkenaan dengan Taib Mahmud & keluarga tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang maklum balas daripada pihak Taib Mahmud malah sebaliknya kini kian agresif menelanjangkan terus hasil bumi Sarawak dan tanah tanah adat rakyat negeri ini untuk terus mengisi kantung dan perut beliau dan keluarga di kala rakyat sedang merintih sengsara.

BONGKAR: Rakaman Rahsia Bagaimana Taib Mahmud Rompak Sarawak (Wajib Tonton)

BONGKAR: Rakaman Rahsia Bagaimana Taib Mahmud Rompak Sarawak (Wajib Tonton)

SUARAKAMI 06:12 BLOGGER , FEATURED

Video Modus Operandi Taib Mahmud, Kaum Kerabat Jadi Kaya-Raya & Rompak Hak Rakyat Sarawak!



Bagaimana? Sudah selesai menontonnya? Adakah anda sudah menemui jawapannya sedikit sebanyak bagaimana wang haram (illicit fund) yang keluar dari Malaysia berjumlah sekitar lebih RM1.052 trilion terhasil? Ya…begitu licik kaedah yang digunapakai.



Kami sendiri terus-terang mengatakan di sini berasa cukup sedih, kecewa, geram, bagaimana tergamak mereka boleh melakukannya. Entahlah…mungkin apabila melihat nasib rakyat Sarawak sendiri sekarang ini. Sayang negeri kaya, tetapi ramai lagi rakyat Sarawak kekal begini.



Mereka tidak mahu bangunan tertinggi di dunia, bangunan terpanjang di dunia, projek berbilion sana sini, pelbagai projek empangan di Sarawak. Apa yang mereka mahukan adalah hak mereka tidak dirampas, keperluan asas seperti elektrik, air dan jalan disediakan. Itu sahaja.

Kami bertambah terkilan sehingga ke hari ini, setelah begitu banyak bukti demi bukti yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia, termasuklah rakyat yang prihatin dari luar negara, Tan Sri Taib Mahmud dan kaum kerabatnya masih lagi kebal tanpa disentuh untuk disiasat.. Mengapa? Dan sampai bila mahu dibiarkan?

Tak ada kaum lagi percaya Najib, kata Dr M

Tak ada kaum lagi percaya Najib, kata Dr M


BN akan kalah sekiranya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak terus memimpin parti itu sehingga pilihan raya umum (PRU) ke-14, kata mantan perdana menteri Tun Mahathir Mohamed.

“Sesungguhnya rakyat, baik Melayu, Cina, India atau suku kaum Sabah dan Sarawak sudah tidak percaya lagi kepada Datuk Seri Najib.

“Ahli Umno dan pemimpinnya perlu sedar bahawa Umno dan dengan itu BN akan kalah jika Datuk Seri Najib memimpin Umno hingga PRU 14,” tulis Mahathir (kiri) di blognya hari ini.

Katanya lagi apabila Umno kalah, kepimpinan parti itu akan dikutuk dan ditolak oleh bangsa Melayu dan ia tidak akan dapat dipulihkan semula.

Ini bukan kali pertama Mahathir memberi amaran keras itu.

Pada 13 Mac lalu, perdana menteri 22 tahun itu meramalkan kontroversi sekitar isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB) akan menjadi punca kekalahan BN dalam pilihan raya depan.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata pemberian wang percuma menimbul kemarahan orang Melayu dengan “mengenepikan Dasar Ekonomi Baru kerana ingin mendapat sokongan orang Cina”.

Dalam masa sama, katanya, orang Cina juga menolak pemerintahan Najib seperti tergambar dalam pilihan raya umum ke-13 lalu.

'Jet Datuk Seri, Datin Seri'

Walaupun dalam blognya sebelum ini Mahathir telah melontarkan kritikan keras tentang isu 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau terus berbuat demikian dalam tulisannya hari ini.

“Dan banyaklah lagi tuduhan dan soalan terhadap 1MDB yang ditubuh oleh Datuk Sri Najib dan dikuasai sepenuh olehnya sebagai penasihat yang tidak dijelas dan dijawab selain dari menafi dan mendakwa semuanya bohong belaka,” katanya.

Malah, katanya, laporan akhbar antarabangsa berhubung perkara itu “amat memalukan negara”.

Sementara itu, Mahathir juga mengkritik pembelian sebuah lagi jet rasmi perdana menteri ACJ319, yang didakwa pembangkang bernilai RM465 juta, untuk kegunaan “Datuk Seri dan Datin Seri”.

“Dalam keadaan ekonomi tidak menentu, dalam keadaan rakyat terpaksa bayar cukai yang lebih tinggi, dalam keadaan nilai ringgit yang menurun teruk, dalam keadaan kos sara hidup meningkat dan rakyat dilanda banjir dan kehilangan ratusan juta ringgit, kerajaan membazirkan wang ratusan juta untuk pesawat mewah walaupun sudah ada pesawat-pesawat milik kerajaan,” katanya.

Terus mengasak Najib, Mahathir hari ini  turut membangkitkan berhubung persoalan siapa yang mengarahkan pembunuhan warganegara Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Langkah itu memperlihatkan bahawa Mahathir bersedia pergi lebih jauh dengan mempergiatkan lagi tekanan terhadap pentadbiran Najib yang sedia terhimpit dengan pelbagai isu.

Ini termasuklah isu kekayaan keluarganya, perbelanjaan kerajaan serta cukai barangan dan perkhidmatan (GST).

Lebih malang, serangan itu dilontarkan menjelang ulang tahun enam pentadbiran Najib sebagai perdana menteri esok.

Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?

Konflik kepentingan anak PM dalam audit 1MDB?


Susulan aduan terhadap Deloitte dalam isu 1MDB, tumpuan kini beralih kepada seorang anak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, sebagai rakan kongsi dalam syarikat audit antarabangsa itu.

Nizar, anak pertama Najib, pengarah eksekutif, di perkhidmatan nasihat kewangan syarikat yang dikritik kerana pengendalian akaun 1MDB itu.

Naib Presiden PKR Rafizi Ramli, antara pengkritik paling lantang 1MDB, membangkitkan isu percanggahan kepentingan dalam perkara itu.

“Keadaan hanya menunggu masa sebelum orang ramai tahu bahawa anak sulung Najib – Nizar – rakan kongsi Deloitte (walaupun dalam unit perniagaan berbeza)," katanya.

Rafizi membangkitkan sama ada amalan itu boleh diterima secara terbuka dan profesional kerana ia mempunyai risiko serius ke arah percanggahan kepentingan.

Nizar belum memberikan sebarang respon ketika dimintaMalaysiakini berbuat demikian.

Malaysiakini juga telah menghantar e-mel kepada Deloitte berhubung perkara sama dan masih menunggu reaksinya.

Rafizi yang juga seorang akauntan bertauliah dan anggota Institut Akauntan Malaysia (MIA) berkata terdapat keperluan melihat semula bagaimana empat firma terbesar audit di negara ini beroperasi.

Deloitte antara empat firma audit gergasi di Malaysia selain PricewaterhouseCoopers, Ernst & Young dan KPMG.

Sebuah aduan hari ini difailkan terhadap Deloitte kerana didakwa gagal memberi amaran sehingga menyebabkan 1MDB terus berhutang dan tidak mampu membayar balik.

Aduan itu difailkan oleh anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua di MIA di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mendakwa Deloitte Malaysia sengaja dan/atau cuai sehingga gagal mengambil tindakan wajar dan perlu serta mengaudit aliran tunai dan risiko kecairan 1MDB.

IMDB MEMPERBODOHKAN SEMUA RAKYAT DAN PARLIMEN MALAYSIA.

1MDB membuat bodoh daripada setiap rakyat termasuk Parlimen

Mei 27, 2015
Tidak adakah seorang yang mempunyai kuasa dan tanggungjawab yang cukup yang boleh meletakkan brek pada kesan yang boleh merosakkan 1MDB adalah mempunyai pada negara?
KOMEN
1MDB, Parlimen

Oleh JD Lovrenciear

Pendedahan terbaru oleh Bank Negara Gabenor Zeti Akhtar Aziz mengesahkan menerima laporan daripada Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) berkenaan dengan 1Malaysia Development Berhad adalah tulang belakang sejuk.

Baru-baru ini kita juga tahu bahawa Ketua Pegawai Eksekutif semasa dan satu bekas di IMDB snubbed Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) dengan meminta tempoh 30 hari sebelum menghadiri pendengaran itu. Dan jika itu tidak mencukupi, Perdana Menteri Najib Razak berteriak sepanjang jalan dari Jepun yang kedua-duanya tidak akan lari tetapi menyimpan tarikh mereka dengan PAC.

Menjerit seperti yang kita boleh, ia tidak kelihatan untuk meletakkan brek pada 1MDB. Sebaliknya, PM telah pergi awam dengan pengumuman baru-baru ini mengupah seorang lelaki perhubungan awam untuk mengisi jurang yang ditinggalkan oleh pasukan lain di bawah PR bekerja dengannya.

Jika walaupun Parlimen tidak dihormati, maka kita sebagai rakyat tidak mempunyai peluang. Mengapa pemimpin-pemimpin yang berkuasa dalam kabinet lebih suka untuk mengambil lihat-no-kejahatan, bercakap-no-jahat dan mendengar-no-jahat pendirian?

Saudara walaupun Najib telah menyatakan kejutan yang melampau di jalan kejatuhan 1MDB yang bergolek pada tanpa tujuan. Ya, ia adalah satu "krisis negara" tetapi tiada seorang pun daripada pemimpin-pemimpin kita atau sesiapa sahaja dalam kabinet membuat tergesa-gesa untuk menyelamatkan negara ini.

Mengapa?

Doa ini tidak menjadi seperti yang membunuh kita semua terlalu biasa dengan mana motif dianggap tidak penting dan semua yang bercakap tentang ia diancam dengan menghina caj mahkamah.

Apabila kita mengatakan cukup cukup? Tidak adakah seorang di negara ini dengan kuasa dan tanggungjawab yang boleh menghalang seterusnya ini tidak masuk akal peristiwa?
Atau mesti orang mengambil untuk jalan-jalan seperti yang kami lakukan berkenaan dengan Hindraf atau Bersih atau berhujah GST untuk membuat rasa tidak puas hati kita dengar?

Buat masa ini, maruah negara ini telah hilang.
Najib perlu perjelas sudah 'kantoi' atau tak
SUARAKAMI 23:28 NEWS


Parlimen digesa gantung perbahasan berkaitan Rancangan Malaysia ke-11 (RMK11) segera dan memberi laluan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peranannya dalam kontroversi berkaitan 1MDB.

Pembangkang membuat gesaan itu susulan laporan bahawa kelulusan perdana menteri diperlukan untuk sebarang komitmen kewangan pelopor 1MDB, Terengganu Investment Authority (TIA), dan sama ada peraturan itu masih terpakai.

Jika perkara itu benar Najib ternyata berpura-pura di Parlimen dan kepada orang awam dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap operasi harian 1MDB dan hanya mempengerusikan lembaga penasihat syarikat itu.

“Ini mungkin kali pertama dalam sejarah negara apabila perdana menteri 'kantoi' berpura-pura besar,” katanya.

Pembangkang mencadangkan undi tidak percaya di Parlimen sama ada beliau patut kekal sebagai perdana menteri.

Tuesday, 26 May 2015

NAJIB AMAT TERDESAK, MEMBABITKAN SULTAN DALAM POLITIK.


Tindakan Datuk Seri Najib Razak melibatkan Sultan Pahang dalam pertelingkahan politik adalah sesuatu yang tidak sihat dan boleh menyebabkan terjejasnya rasa hormat kepada raja, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Katanya, institusi diraja dipandang tinggi rakyat jelata tetapi situasi ini boleh berubah dengan pengisytiharan Najib yang beliau mendapat sokongan sultan pada ketika ada pihak menggesa beliau meletak jawatan.

"Jika menang, baiklah, tetapi jika kalah orang yang disokongnya bagaimana?" soal Zainuddin, juga dikenali sebagai Zam, dalam blognya zamkata.blogspot.com hari ini.

"Jika Sultan dilibatkan dengan percaturan politik kepartian, apakah pemimpin Umno dan ahli Umno tidak melihat ini sebagai suatu permainan politik yang tidak sihat yang akan menjejaskan kuasa demokrasi di tangan rakyat dan mahu membina feudalisme dalam Umno?"

Najib pada Sabtu berkata beliau mendapat sokongan Sultan Ahmad Shah untuk terus kekal sebagai perdana menteri walaupun ada pihak mahu beliau disingkirkan.
Zainudin, yang merupakan salah seorang pengkritik tegar Najib, berkata beliau tidak faham kenapa perdana menteri itu merasa perlu mengumumkan beliau mendapat sokongan Sultan walaupun pada masa sama beliau mengakui mendapat sokongan "jutaan rakyat."
Beliau bertanya, adakah Najib menghargai sokongan seorang Sultan lebih daripada sokongan ribuan rakyat yang ditunjukkan kepadanya.

"Beliau sendiri mengisytiharkan di mana-mana beliau pergi ribuan rakyat menunjukkan sokongan kepadanya. Di Tawau lebih 40,000, di Johor lebih 15,000, di Gopeng lebih 25,000, di Kuantan 12,000 dan perhimpunan rakyat yang lebih besar sedang menunggunya di mana-mana," kata bekas wartawan Utusan Malaysia itu.

"Jika beliau yakin dengan sokongan rakyat yang kuat dan hebat maka kenapakah beliau perlu mendapatkan sokongan daripada Istana?"

Katanya, tindakan Najib melibatkan Sultan dalam konflik politik sesuatu yang tidak pernah dilakukan, sambil menambah, pada masa depan, menteri besar atau pemimpin Umno mungkin akan mendakwa Sultan atau Raja masing-masing menyokong mereka dalam pertandingan merebut kedudukan dalam Majlis Tertinggi Umno.

Search This Blog

Loading...

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...