BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 30 June 2016

UMNO/BN Songlap RM207 Bilion Wang Pampasan Buruh Paksa Landasan Keretapi?

UMNO/BN Songlap RM207 Bilion Wang Pampasan Buruh Paksa Landasan Keretapi?



Kedutaan Jepun sahkan serah wang pampasan

Salmiyah Harun,03 Jan 2013


(Pertemuan Sekretariat Jejak dengan wakil Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur)

KUALA LUMPUR: Kedutaan Jepun di Malaysia mengesahkan kerajaan negara itu telah menyerahkan sejumlah wang pampasan kepada kerajaan Malaysia untuk diserahkan kepada buruh paksa pembinaan landasan keretapi Thailand Myanmar.

Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun ke Malaysia, Takaharu Suegami, ketika mengesahkan penyerahan wang itu berkata,

"Berdasarkan maklumat yang dikaji, kami dapati wang tersebut diserahkan sekitar tahun 1990an.

"Kami akan merujuk kepada Tokyo selepas ini (untuk maklumat lanjut)," kata beliau.

Ketika ditanya, siapa penerima pampasan ini, pegawai kedutaan Jepun itu berkata, "Kami tidak tahu macam mana kerajaan Malaysia mengagihkan wang pampasan itu."

Bagaimanapun, Takaharu berjanji akan merujuk balik dengan Tokyo berdasarkan dokumen yang diberikan hari ini.

Sekretariat Jejak mencari bekas buruh paksa dan waris landasan maut Siam Burma  yang diketuai oleh Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin mengunjungi Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur hari ini bagi mendapatkan maklumat lebih mendalam tentang pampasan itu.

Turut bersama dalam kunjungan itu, Naib Ketua Pemuda PAS Dr Raja Iskandar Al-Hiss, Ketua Operasi Jejak Safarizal Saleh, Penolong Pengerusi Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946 dan beberapa orang lagi wakil dari Jejak.

Dalam sidang Dewan Rakyat sebelum ini, Nizar mendakwa, kerajaan Jepun telah membayar RM207 bilion kepada kerajaan Malaysia sebagai pampasan kepada buruh paksa pembinaan keretapi itu.

Namun sehingga kini, tidak ada sebarang wang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada mangsa atau waris mereka.

(Rombongan bergambar di perkarangan kedutaan selepas berjumpa pegawai kedutaan)

Dalam kunjungan hari ini, Sekretariat Jejak juga meminta pihak negara Jepun memberi maklumat bila dan berapa jumlah pampasan kepada buruh binaan itu di hantar ke negara  ini dan siapa yang mengesahkan penerimaan itu.

Dalam pertemuan sejam itu, Nizar turut meminta pihak Jepun menyerahkan senarai nama rakyat Malaysia yang menjadi buruh binaan landasan kereta api Siam-Burma 1942 hingga 1946 itu.

"Kita jumpa dengan pihak kedutaan Jepun petang ini, untuk mengesahkan maklumat yang kita perolehi itu benar atau sebaliknya.

"Sekiranya pihak Jepun masih menyimpan senarai buruh atau mangsa-mangsa dari Malaysia ini sila majukan kepada kami," katanya ketika ditemui.

Nizar yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang turut mendedahkan beberapa surat pengesahan dan dokumen rasmi kepada wakil Kedutaan Jepu berkenaan.

Salah satu surat tersebut dari Kementerian Kewangan bertarikh 29 Mac 2011 menjelaskan,  "kertas pertimbangan bagi kelulusan pengeluaran wang pampasan kepada buruk paksa  ke Burma 1942 hingga 1946. Sukacita dimaklumkan peruntukan sejumlah RM207 billion telah diangkat oleh kelulusan kerajaan di mana prosesnya dimaklumkan kepada pejabat Peguam Negara dan di peringkat Kementerian Sumber Manusia".

Menurut Nizar, pihaknya sehingga kini tidak tahu di mana pampasan itu berada sama ada masih disimpan di dalam Perbendaharaan Negara atau Amanah Raya kerana tidak ada sebarang penjelasan dibuat kerajaan sehingga kini.

"Kita tidak tahu. Kalau wang itu masih ada dalam simpanan kerajaan kenapa tidak diberi balik kepada mangsa. Mangsa ada 30,000 yang boleh balik semula ke Malaysia walaupun ada yang meninggal dunia tetapi mereka masih ada waris melalui Persatuan Kebajikan Bekas dan Warisan Buruh Binaan Landasan Kereta Api Siam Burma 1942-1946".

Mengikut rekod persatuan bekas buruh paksa ini, jumlah 30,000 buruh ini melibatkan 60 peratus bangsa Melayu, 20 peratus India, 15 peratus Cina dan 5 peratus bangsa lain.

Nizar yang juga Ajk PAS Pusat berkata, dengan jumlah RM207 bilion itu setiap keluarga dianggarkan layak menerima sehingga RM3 juta wang pampasan.

"Banyak! pemberian pampasan ini kepada mangsa lebih baik dari ETP yang dibuat oleh kerajaan, sekurang-kurangnya dapat mengatasi sedikit masalah ekonomi orang Melayu," katanya.

Sejak didaftarkan secara rasmi pada 11 Januari 2011, persatuan terbabit telah memohon beberapa kali untuk mendapatkan wang pampasan dari kerajaan Malaysia tetapi hingga kini masih gagal.


Pampasan Buruh Paksa RM207 Bilion Hilang ?

EDISI GEMPAR: Skandal RM207 Billion Terlondeh!!!


Berdentam dentum bertahun tahun, siap surat menyurat, siap putarbelit dari Kementerian.. Last last sekarang kata dana tu sebenarnya x pernah wujud.. Adakah surat menyurat itu ditulis oleh HANTU di pejabat Kementerian Kewangan? Ok.. begini ceritanya...

Beberapa orang bekas buruh paksa dari Terengganu telah memulakan inisiatif untuk menuntut pampasan dari Kerajaan Jepun dan sekitar Disember 2005, Kerajaan Jepun telah menjemput wakil persatuan untuk berbincang di Narita, Jepun. Apa yang mengejutkan ialah, Kerajaan Jepun mendakwa telahpun membayar pampasan kepada Kerajaan Malaysia sejumlah RM207 billion. Pengesahan tentang wujudnya sejumlah wang pampasan tersebut dibuktikan dengan satu memo yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia yang bertarikh 29 Mac 2011.

Pada 27 Julai 2011, Persatuan telah memohon secara rasmi bayaran wang pampasan tersebut setelah menunggu begitu lama. Namun, pada 3 Oktober 2011, Bahagian Kabinet, Jabatan Perdana Menteri telah menghantar satu surat kepada Persatuan untuk memberitahu bahawa pengeluaran wang pampasan ini memerlukan proses tertentu kerana kelulusannya melibatkan Dana Khas.

TETAPI ADA 2 FAKTA YANG AMAT MENGEJUTKAN SEMUA...

Pada 10 Oktober 2012 yang lalu, DS Hj. Nizar Jamaludin telah membangkitkan isu ini di Parlimen. Soalan Hj. Nizar itu cukup serius tapi malang, tidak ada akhbar arus perdana yang membangkitkan isu tersebut. Mengapa? Apakah wang tersebut sudah dibelanjakan oleh Kerajaan Umno? Dalam ucapan Hj. Nizar di Parlimen, Hj. Nizar menyentuh tentang satu memo yang ditulis oleh Gabenor Bank Negara, Zeti Aziz yang juga menyebut tentang wang RM207 billion. Apakah wang yang disebut oleh Zeti ini wang pampasan…atau secara kebetulan?

Dari laporan yg ditulis di KOSMO, pampasan tersebut sebenarnya tidak pernah wujud - Kira-kira 9,000 ahli Persatuan Buruh Paksa kempunan RM80,000-RM120,000. Pampasan ratusan ribu ringgit yang dijanjikan kepada ahli Persatuan Bekas dan Warisan Buruh Paksa ke Burma 1942-1946 (PBP) oleh bekas presidennya, Wan Mamat Ngah sebenarnya tidak wujud langsung.

sumber : Erapasca

Jepun nafi bayar Malaysia RM207 bilion

pada 08-01-2013 08:01 Ditulis Oleh Yeap Boon Yam



Post Pic
SHAH ALAM: Kerajaan Jepun menafikan dakwaan PAS bahawa kononnya Tokyo membayar Putrjaya RM207 bilion sebagai pampasan untuk mangsa projek "Landasan Maut " semasa Perang Dunia ke dua.
Takaharu Suegami, Setiausaha Kedua Kedutaan Jepun di Kuala Lumpur menegaskan adalah salah untuk mencadangkan bahawa Malaysia menerima pampasan lumayan sebegitu.

Beliau terkejut dengan tindakan beberapa pemimpin pembangkang termasuk Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Seri Nizar Jamaluddin mendakwa Jepun membayar RM207 bilion kepada Malaysia dalam tahun 90-an.

"Mereka mendakwa angka RM207 bilion, kita tidak tahu dari mana datangnya jumlah itu. Kami tidak mempunyai apa-apa rekod transaksi wang antara kerajaan Jepun dan Malaysia," katanya.

Nizar mendakwa pampasan itu adalah untuk 30,000 keluarga mangsa yang terbabit dalam pembinaan landasan maut di Myanmar (dahulunya Burma) ketika Jepun menakluki rantau ini semasa Perang Dunia ke dua.

Dakwaan Nizar itu dimuat oleh portal Harakahdaily milik PAS dan portal pembangkang lain.

Ia disusuli dengan Ketua PKR Johor Chua Jui Meng melempar pelbagai tuduhan terhadap BN mengenai wang itu.

Takaharu menjelaskan segala isu pampasan untuk mangsa-mangsa Perang Dunia Ke 2 yang membabitkan Malaysia diselesaikan menerusi perjanjian antara dua kerajaan berkenaan pada tahun 1967.

Takaharu berkata bahawa di bawah perjanjian ini, Jepun telah membekalkan produk dan perkhidmatan bernilai RM25 juta kepada Malaysia.

"Ini adalah dalam bentuk geran, yang berbeza daripada membayar wang," katanya.

Beliau berkata perjanjian ini, yang bertujuan menggalakkan kerjasama ekonomi adalah lanjutan daripada Perjanjian San Francisco tahun 1952 yang juga telah menyelesaikan sepenuhnya persoalan pampasan perang apabila Malaya masih di bawah jajahan British.

Ditanya bila perjanjian 1967 itu dilaksanakan sepenuhnya, beliau berkata: "Pada masa ini saya tidak mempunyai tarikh yang tepat. Saya meminta Tokyo untuk memeriksa jangkamasanya (bila ianya telah dipenuhi)."

Takaharu berkata memandangkan perjanjian itu ditandatangani pada tahun 1967, perkara itu sepatutnya telah diselesaikan selewat-lewatnya tahun 80-an.

Namun beliau menegaskan tidak timbul isu Malaysia menerima imbuhan RM207 bilion daripada Tokyo sebagaimana yang cuba digembar-gemburkan oleh pembangkang.

Nizar yang juga Ahli Parlimen PAS Bkit Gantang, menuntut BN memberi penjelasan mengenai dakwaannya itu.

Usaha untuk mendapatkan penjelasan beliau susulan penafian daripada Kedutaan Jepun sedang dilakukan.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...