BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 28 June 2016

NAJIB SEORANG PENDUSTA DAN PENYAMUN.??

Engaging Post
NAJIB SEORANG PENDUSTA DAN PENYAMUN.
WAJIB BACA DAN FAHAMI.

Drp Ayob Abdul Majid.

Mana yg dah lupa..ni haa..hadamkan.
Adakah dia seorg pemimpin yg jujur???

Mengimbau sejarah derma..
Hadamkan cite dibawah...

Najib: Saya belanjakan duit ‘derma’ itu bukan untuk tujuan peribadi

Rupa-rupanya Najib Razak tidak sahaja menerima wang berjumlah RM2,600 juta di dalam akaun peribadinya. Tetapi sebenarnya RM4,200 juta! Bagaimana dia boleh buat muka selamba dan berdiam diri kepada semua rakyat Malaysia sebelum ini? Bahkan, ahli majlis tertinggi Umno (Tajuddin Abdul Rahman) pun terperanjat dan tidak menyangka dan sukar mempercayai bahawa Najib telah menerima wang sebanyak itu.
Dalam tahun lepas juga ada seorang timbalan menteri berkata adalah amat bodoh bagi seorang Perdana Menteri memasukkan wang yang sangat besar ke dalam akaun sendiri. Ternyata akhirnya, Perdana Menteri tersebut sememangnya bodoh.
Dan yang paling mendatangkan kemarahan rakyat adalah apabila Najib cuba berbohong kepada kita semua dengan mengatakan bahawa ‘derma sedekah’ yang diterimanya bukan untuk tujuan peribadi.
Lihatlah betapa banyaknya duit derma sedekah yang diterima oleh seorang fakir bernama Najib Razak
Berapa banyak kali kita mendengar Najib berkata bahawa jumlah wang RM2,600 juta, RM42 juta dari SRC International (anak syarikat Kementerian Kewangan) dan sekarang RM4,200 juta tidak akan digunakan untuk kepentingan peribadi? Banyak kali bukan?
Malangnya, mengikut ABC News (stesen berita Australia) dan Wall Street Journal (akhbar popular Amerika Syarikat) yang sedang menyiasat penyalahgunaan wang tersebut, Najib Razak sememangnya telah menggunakan berjuta-juta ringgit untuk kepentingan peribadi beliau.
Oleh kerana ramai para pengampu dan pembodek telah mengatakan bahawa ianya adalah untuk UMNO dan kempen pilihanraya atau untuk melawan Muslim Brotherhood, kita lihat ternyata barangan yang dibeli bukan untuk perkara-perkara di atas.
Tetapi mungkin juga barangan-barangan ini digunakan untuk melawan pengaruh Yahudi dan DAP, serta melawan pengaruh ISIS dan mazhab-mazhab selain Ahli Sunnah Wal Jamaah?
Wallahualam.
Antara resit-resit barangan dan pembelian yang telah dibongkar oleh ABC News:
1) USD1,039,369.91 (RM3,320,670.65) untuk pembelian barang kemas intan permata di dalam bulan September 2014 melalui kredit kad AmBank.
2) RM360,000 dibelanjakan di gedung pakaian JAKEL
3) RM395,782.40 dibelanjakan untuk menginap di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur
4) RM178,000 dibayar kepada Two One Holidays Malaysia, sebuah ejen pelancongan.
5) RM167,959.50 dibayar kepada Signature Exotic Cars, sebuah syarikat kereta mewah (mungkin kerana penyewaan beberapa buah kereta berkuasa tinggi)
Wall Street Journal juga membongkar dokumen-dokumen pembelian yang telah dibelanjakan oleh Najib. Antaranya:
1) USD130,625 (lebih kurang RM418,000) telah dibelanjakan di kedai Chanel semasa Najib Razak bermain golf bersama Presiden Barack Obama dalam bulan Disember 2014 (ketika itu belanja besar melanda Semenanjung Malaysia). Bayaran dibuat melalui kredit kad AmBank.
2) USD70,000 (lebih kurang RM224,000) diberi kepada anaknya Ashman (seorang DJ amatur).
3) USD14 juta (lebih kurang RM44.8 juta) telah diberi kepada syarikat gedung pakaian JAKEL dari tahun 2011 hingga 2014
4) €750,000 (lebih kurang RM3,750,000) telah dibayar kepada De Grisogono, sebuah kedai barangan kemas intan permata di Itali di dalam bulan Ogos 2014.
Banyak lagi pembelian-pembelian bercorak peribadi yang telah dibelanjakan oleh Najib. Sememangnya semua barangan di atas tidak nampak sebagai ingin menolong UMNO menang pilihanraya ataupun bertujuan untuk melawan ISIS. WSJ berkata terdapat lebih 500 pembayaran yang telah dibuat.
“CASH IS KING” = I AM A KING WITH A LOT OF CASH TO SPEND
Kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang tidak takut untuk menipu rakyatnya. Barisan menteri pun turut sama menipu rakyat.
Mungkin ada juga pak-pak menteri yang akan dengan bodohnya berkata kedua-dua agensi berita itu telah menuduh tanpa bukti.
Menteri-menteri ini juga lah yang tidak tahu malu apabila mereka suatu ketika dahulu bermati-matian berkata bahawa Najib tidak pernah menerima wang ke dalam akaun peribadi. Padahal, mereka yang bodoh ditipu Najib sendiri. Rupanya wang tersebut memang wujud.
Dalam masa yang sama, pak-pak menteri ini tidak merasa malu untuk mengiyakan surat dari ‘Putera Arab’ yang mengatakan ianya adalah ‘derma’. Tak malukah mereka semua ini?
Berkonspirasi untuk menutup kesalahan Najib Razak hinggakan sanggup menggadaikan maruah diri sendiri?
Seseorang penjawat awam (anggota pentadbiran, ahli Parlimen, ahli sesuatu Dewan Undangan Negeri, hakim Mahkamah Tinggi,
Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Persekutuan, dan sebagainya) tidak boleh menerima wang dalam bentuk peribadi dari mana-mana pihak. Ini amat jelas di dalam Akta Pencegahan Rasuah MACC 2009 di mana derma juga merupakan suapan.
“Suapan” ertinya –
wang, derma, alang, pinjaman, fi, hadiah, cagaran berharga, harta atau kepentingan mengenai harta, iaitu apa-apa jenis harta, sama ada alih atau tak alih, faedah kewangan, atau apa-apa manfaat seumpama itu yang lain
Seksyen 23: Kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan
23 (1) Mana mana pegawai badan awam yang menggunakan jawatan atau kedudukannya untuk apa apa suapan, sama ada bagi dirinya sendiri, saudaranya atau sekutunya, melakukan suatu kesalahan
Apa lagi yang hendak diperkatakan lagi? Orang ini masih lagi berani berdepan dengan rakyat dan masyarakat dunia seolah-olah dia tidak bersalah dan suci bersih.
Orang ini sepatutnya meletakkan jawatan dan dipanggil untuk dibicarakan atas kesalahan menggunakan wang untuk tujuan peribadi. Sebagai orang yang kononnya berjiwa besar dia patut faham bahawa tugas sebagai Perdana Menteri bukannya untuk mengumpul ‘sedekah’ dan kemudian membelanjakannya sesuka hati. Bukan juga berbohong kepada rakyat apabila kesalahannya diketahui umum.
Minggu depan hari Selasa akan muncul lagi. Mungkinkah ini masa yang sesuai untuk meletakkan jawatan dan bersedia untuk dibicarakan?

2 comments:

  1. Dalam Islam jika membuat tuduhan tanpa ada bukti apa dia ye?

    ReplyDelete
  2. Dalam Islam jika membuat tuduhan tanpa ada bukti apa dia ye?

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...