BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 6 August 2015

Terima derma RM2.6 bilion, wartawan veteran ada 6 soalan untuk Najib


Terima derma RM2.6 bilion, wartawan veteran ada 6 soalan untuk Najib

Wartawan veteran Datuk A. Kadir Jasin mempunyai enam soalan bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengenai derma RM2.6 bilion yang diterimanya bagi pilihan raya pada 2013. – Gambar fail The Malaysian Insider, 6 Ogos, 2015.

Datuk A. Kadir Jasin hari ini mengemukakan enam soalan berhubung wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang disahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai sumbangan derma.

Menulis dalam blognya, wartawan veteran itu bertanya adakah tidak menjadi kesalahan bagi Najib "menerima secara rahsia" wang tersebut yang dikatakan SPRM, dari penderma di Timur Tengah, namun tidak dinamakan.

Kadir turut menggesa identiti "penderma yang murah hati" itu didedahkan, sambil menambah ada spekulasi mengatakan ia dari kerabat diraja Arab yang kaya atau "pedagang unta".


"Mungkin lebih dari seorang, dan tidak semestinya seorang Arab atau Islam," tulis beliau dalam blognya hari ini.

Bekas Ketua Pengarang New Straits Times Group itu turut menyoal apa yang dilakukan Najib dengan wang yang jumlahnya "sukar dibayangkan" itu dan adakah ia digunakan untuk Umno dan Barisan Nasional dalam kempen Pilihan Raya Umum pada 2013.

"Sekiranya RM2.6 bilion itu digunakan untuk 222 kerusi Parlimen, maka satu kerusi akan dapat RM11.72 juta.

"Adakah semua wang itu dibelanjakan atau sebahagiannya disalurkan dan disimpan di suatu tempat di salah satu pusat kewangan pesisir pantai luar negara?" soalnya.

Isnin lalu, SPRM mengesahkan wang yang dimasukkan ke akaun Najib adalah dari sumber derma dan tiada kaitan dengan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Semalam, SPRM memaklumkan ia akan memanggil Najib bagi memberi penjelasan berhubung wang RM2.6 bilion tersebut. – 6 Ogos, 2015.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...