BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 16 August 2015

SUMBER PENDERMA RM 2,600 JUTA KEAKAUN NAJIB TELAH DIKENALPASTI.

PENDERMA 2.6BILLION KE DALAM AKAUN NAJIB SUDAH DIKENALPASTI




Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak tetap mempertahankan bahawa wang yang diterima dalam akun peribadinya adalah wang derma daripada seorang Tok Arab dari sebuah negara Timur Tengah. Namun Najib tidak berani memperkenalkan kepada rakyat siapa Tok Arab tersebut.

Pendedahan terkini wang RM2.6 bilion yang masuk ke akaun peribadi Najib telah dibuat pemindahan semula wang dari akaun Najib ke akaun sumber asalnya, lapor Sarawak Report.

Portal berkenaan mendakwa dimaklumkan bahawa AS$650 juta (RM2 bilion) dipindahkan dari akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak di AmPrivate Bank di Kuala Lumpur ke akaun Tanore Finance Corporation (BVI) di Falcon Bank Singapura pada hari akaun di AmPrivate Bank ditutup 30 Ogos 2013.

Tanore Finance Corporation adalah syarikat yang memindahkan AS$681 juta ke dalam akaun Najib di AmPrivate Bank bernombor 2112022009694 pada awal Mac 2013, lapor Sarawak Report.

Dalam laporan yang disiarkan semalam, Sarawak Report mendedahkan, penjelasan ini sekali gus menjawab isu yang dibangkitkan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengenai baki wang RM2.6 bilion yang Najib dakwa sebagai derma untuk dana politik diberikan oleh penderma dari Timur Tengah.

“Bagaimanapun, ia menimbulkan banyak persoalan serius kepada Najib, termasuk apakah hak beliau untuk memindahkan wang itu yang didakwanya sebagai dana parti, ke luar negara dan kenapa wang ini didapati dicampur dengan jutaan ringgit lain yang ada di dalam akaun peribadi Najib bernombor 2112022009694 itu,”

Untuk ini, tiada penjelasan diberikan bagi menjustifikiasikan bagaimana sejumlah besar wang ‘rahsia’ boleh didermakan secara sah mengikut undang-undang, dengan kaedah apa dan untuk tujuan apa.

2 Julai lalu, Sarawak Report dan akhbar kewangan antarabangsa The Wall Street Journal (WSJ) mendedahkan siasatan Pasukan Petugas Khas mendapati Tanore Finance Corporation melakukan dua pemindahan wang ke dalam akaun peribadi Najib di AmPrivate Bank berjumlah AS$681 juta pada 21 dan 25 Mac 2013.

Akaun Tanore Finance Corporation yang digunakan dalam urusan ini adalah di Falcon Private Bank di Singapura, yang mana bank ini dimiliki oleh syarikat Abu Dhabi, Aabar, yang menandatangani kerjasama strategik dengan 1MDB berjumlah RM18 bilion, sehari sebelumnya.

Najib kemudian mengancam untuk menyaman WSJ berhubung pendedahan itu pada Selasa bulan lalu namun sehingga kini tiada apa-apa surat saman dikeluarkan. Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kemudian mengesahkan mengenai pemindahan wang itu, tetapi menyatakan bahawa wang berkenaan adalah ‘derma’ dari individu tidak dikenali di Timur Tengah.

SR yang menganggap ‘penderma rahsia’ itu adalah pemilik Tanore Finance Corporation, agak menghairankan kenapa Najib mesti mengosongkan akaunnya dan memasukkan semula ‘derma’ itu ke akaun Tanore Finance Corporation selepas pilihan raya.

Pihak berkuasa kewangan Singapura telah mengesahkan mereka membekukan dua akaun dipercayai di Falcon Private Bank, dalam usaha menyiasat kes 1MDB.

Bank berkenaan mengumumkan mereka memberi kerjasama berhubung siasatan itu, Sementara itu, beberapa akaun bank yang tidak dinyatakan di Kuala Lumpur juga dibekukan berkaitan siasatan itu.

Portal lain mengesahkan bahawa Perdana Menteri berada di Singapura pada pertengahan Julai lalu dalam rangka lawatan empat hari di Singapura, yang mana ketika berada di sana beliau dikatakan berusaha supaya pembekuan akaun berkenaan dibatalkan, tetapi gagal.

Menurut Sarawak Report, rakyat Malaysia dan ahli Umno kini boleh bertanya bagaimana Perdana Menteri dibenarkan untuk memindahkan sejumlah wang yang besar dari akaun peribadi, selain perbelanjaan dalam pilihan raya.

Adakah beliau menerima lebih banyak lagi derma rahsia atau adakah Perdana Menteri memiliki wang peribadi yang dicampur aduk dengan ‘derma’ itu?

Dalam kes lain, bagaimana Perdana Menteri memperoleh wang tunai berjumlah jutaan ringgit dan bagaimana semua wang itu boleh dimasukkan ke akaun peribadi atau akaun rahsia dan sekarang ini telah dinyatakan sebagai wang ‘derma’ untuk dana parti.

Sumber memberitahu Sarawak Report bahawa selain akaun di AmPrivate bank, ada sekurang-kurangnya dua lagi ‘bantuan’ membabitkan sejumlah wang dalam tempoh 2013 – satu melalui Arab Saudi dan satu lagi melalui Dubai.

Sarawak Report mendakwa mereka diberitahu bahawa sejumlah wang yang dimasukkan dalam tempoh sebelum pilihan raya itu sesuatu yang mengejutkan iaitu melebihi satu bilion dolar Amerika.

Di mana dalam kes ini ianya adalah sesuatu yang luar biasa dan tidak sesuai apabila Peguam Negara yang baru dilantik mengumumkan bahawa Pasukan Penyiasat Khas menyiasat kes 1MDB, dibubarkan.

Sementara itu, Sarawak Report juga melaporkan bahawa bukti mula muncul menunjukkan wang itu diserahkan secara peribadi oleh Najib kepada pemimpin Umno, bukan saja sebelum pilihan raya malah selepas itu, termasuk sejumlah bayaran yang besar kepada Ahli Parlimen.

Wang dalam bentuk cek itu diserahkan kepada penyelaras parti oleh Najib, yang diambil dari akaun AmPrivate bernombor 2112022009694.

Kebanyakan penerima sudah membuktikan bahawa mereka adalah antara penyokong kuat Najib dalam krisis yang berlaku sekarang.

Mereka termasuk Pengerusi Kelab Penyokong Umno, Datuk Shahril Abdul Samad, yang menerima RM1 juta selepas pilihan raya dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang menerima RM2 juta dalam bentuk cek.

Ini mengesahkan bahawa wang ‘derma’ yang diterima itu telah digunakan, tetapi menimbulkan banyak persoalan mengenai bagaimana Perdana Menteri menggunakan kebanyakan wang itu selepas pilihan raya.

Sarawak Repot juga mendakwa siasatan ke atas dokumen Tanore Finance Corporation di Kepulauan British Virgin mengesahkan syarikat itu telah ditutup pada April tahun lalu.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...