BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 4 August 2015

SIAPA DIA REEZAL MERICAN DAN TOLONG HENTI RETORIK POLITIK??!!


SIAPA DIA REEZAL MERICAN DAN TOLONG HENTI RETORIK POLITIK??!!
Saya amat tertarik baca kenyataan yb dato sri reezal merican yang memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang 'cover up' dalam siasatan kes skandal 1mdb?!
Hakikatnya, reezal merican juga adalah salah seorang haprak yang sanggup terima jawatan timbalan menteri dan terpaksa mansuhkan kedudukannya sebagai salah seorang anggota PAC.
Kalau saya berada di tempat atau kedudukan reezal merican saya samada akan tolak jawatan timbalan menteri atau terima secara bersyarat yakni setuju dilantik sebagai timbalan menteri hanya selepas siasatan kes skandal 1mdb selesai dijalankan oleh PAC!!
Tanggungjawab keempat-empat anggota PAC yang dilantik sebagai timbalan-timbalan menteri sebenarnya lebih penting untuk terus berada sebagai anggota PAC terlebih dahulu bagi menyelesaikan siasatan isu skandal 1mdb yang sedang menjadi satu polemik di negara kita.
Reezal merican ni pun manusia yang pentingkan pangkat dan jawatan jadi tak perlulah nak buat retorik politik untuk yakinkan rakyat kononnya tiada unsur 'cover up' akan berlaku dalam siasatan terhadap syarikat 1mdb.
Rakyat boleh baca motif najib tun razak untuk lantik keempat-empat orang anggota PAC secara serentak sebagai timbalan-timbalan menteri!!
Kini,, speaker parlimen pulak buat kenyataan bodoh kononnya siasatan kes skandal 1mdb kena ditangguhkan sehingga pengerusi baru PAC dilantik!! Anggota PAC cukup dan timbalan pengerusi ada; kenapa harus tangguh?!
Boleh reezal merican jawab apa motif yang telah dirancang ini untuk melengahkan proses siasatan kes skandal 1mdb oleh PAC?!
Saya turut yakin bahawa politikus haprak macam yb dato sri reezal merican dan yb datuk nur jazlan (bekas pengerusi PAC) telah hilang kredibiliti serta hornat dari rakyat jelata!!
Ahli-ahli politik yang pentingkan jawatan dari tanggungjawab untuk memelihara kepentingan rakyat jelata harus ditolak secara total!! Jangan beri sebarang undi kepada ahli-ahli politik yang cakap tak serupa bikin di masa akan datang!!

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...