BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 14 August 2015

Seleweng dana pencen tentera bukti Najib, Zahid khianati tentera


Seleweng dana pencen tentera bukti Najib, Zahid khianati tentera

SUARAKAMI 13:26 BLOGGER


Salah guna kuasa oleh Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan apabila menggunakan RM160 juta wang pencen anggota tentera untuk menutup mulut Deepak Jaikishan dari terus membuat siri pendedahan berkaitan skandal pembunuhan Altantuya Shariibuu merupakan pengkhianatan kepada bekas tentera.

Pengerusi Kor Bekas Anggota Tentera/Perajurit (Kobat) KEADILAN Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman menyifatkan, perilaku Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Zahid Hamidi itu amat keterlaluan kerana dana berkenaan sebagai menghargai pengorbanan tentera.

“Ini menunjukkan sikap buruk kedua-dua pimpinan Umno ini yang ternyata memperkecilkan usaha serta jasa tentera dan sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

“Dua ciri yang perlu dalam Islam adalah ukhuwah dan amanah. Amanah itu bermaksud bertanggungjawab dan bertindak berdasarkan etika dengan niat untuk membantu masyarakat bukan menyeleweng atas kepentingan sendiri.

“Apabila ciri ini diabaikan, mereka tidak layak bergelar seorang pemimpin apatah lagi memimpin rakyat,” tegasnya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, Fauzi menggesa Kerajaan Selangor selamatkan 200 ekar tanah yang dibeli dari Awan Megah Sdn Bhd berjumlah RM130 juta menggunakan dana Bakti Wira.

“Tanah itu perlu diselamatkan kerana ia melibatkan urus niaga yang salah dengan menggunakan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

“Kerajaan Selangor harus mengambil usaha seikhlas mungkin untuk menyelamatkannya,” ujar Pengerusi KEADILAN Pahang itu lagi.

Sebelum ini, Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli berkata, wang pencen itu digunakan dalam urus niaga melibatkan bayaran RM30 juta untuk membeli 80 peratus saham terbitan Astacanggih dan RM130 juta untuk membeli 200 ekar tanah dari Awan Megah Sdn Bhd (Awan Megah).

Urus niaga itu, katanya, dibiayai sepenuhnya oleh Bakti Wira Development Sdn Bhd, sebuah syarikat pelaburan hartanah miliki penuh Boustead Holdings Berhad, milik LTAT.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...