BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 6 August 2015

PEMUDA BN SOKONG SPRM PANGGIL NAJIB

Pemuda BN sokong SPRM panggil Najib

Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin. - Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Pemuda BN menyokong tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memanggil Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak berhubung penerimaan dana politik berjumlah RM2.6 bilion di dalam akaun peribadinya.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, segala siasatan yang sedang berjalan ketika ini mestilah berterusan sehingga mendapat gambaran yang lebih jelas supaya rakyat mendapat gambaran yang jelas apa yang sebenarnya berlaku.

"Sekiranya agensi ini memerlukan keterangan daripada Perdana Menteri untuk membantu siasatan dengan lebih sempurna dan menyeluruh, maka ia haruslah dilakukan supaya rakyat yakin bahawa kita tidak menyembunyikan apa-apa perkara daripada semua pihak," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bersama Pemuda BN di ibu pejabat Umno, di sini, hari ini.

Menurut beliau, usaha yang dilakukan SPRM ini membuktikan agensi itu telus dalam melakukan apa- apa siasatan tanpa 'fear or favour'.

"Ini membuktikan SPRM adalah satu badan bebas yang boleh menyiasat tanpa sekatan daripada mana-mana pihak.

"Kita melihat kredibiliti SPRM sangat penting supaya rakyat yakin dengan hasil siasatan kelak," katanya.

Semalam, SPRM akan memanggil Perdana Menteri untuk memberikan penjelasan kepada agensi berkenaan mengenai sumbangan derma yang diterimanya.

Dalam pada itu, beliau tertarik dengan tindakan parti pembangkang yang menyokong SPRM pada kali ini walaupun mereka pernah mempersoalkan kredibiliti agensi itu pada suatu ketika dahulu.

"Hari ini (semalam), saya difahamkan ramai pemimpin pembangkang ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk menyatakan sokongan mereka terhadap agensi berkenaan.

"Itu mungkin untuk tujuan dan kepentingan politik mereka tetapi tak apalah. Ini membuktikan SPRM merupakan satu badan bebas yang boleh menyiasat tanpa apa-apa sekatan," katanya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...