BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 1 August 2015

NAJIB BAKAL TUMBANG DI TANGAN RAKYAT BERSERTA IZIN ALLAH SWT

NAJIB BAKAL TUMBANG DI TANGAN RAKYAT BERSERTA IZIN ALLAH SWT
Najib tun razak boleh menyusun berbagai taktik kotor untuk membuang atau mengenakan siapa saja dari pihak berkuasa petugas khas kearah menutup kemungkarannya tetapi beliau terlupa dengan kekuasaan Allah swt serta kuasa rakyat yang bakal menghukum semua kesilapan-kesilapan skandal kewangannya!!
Tunggu dan lihatlah; sesiapa saja yang berani tampil untuk mendedahkan seterusnya mengambil tindakan undang-undang terhadap najib tun razak mengenai skandal kewangan perdana menteri yang terbesar dalam sejarah politik negara bakal menerima berbagai implikasi negatif ataupun tekanan dari pihaknya.
Peguam negara dah dihentikan, ahli-ahli jawatankuasa kira-kira wang negara (PAC) sedang dipecahkan dengan melantik beberapa anggotanya sebagai menteri dan timbalan menteri, sprm mungkin jadi mangsa dan gabenor bank negara berkemungkinan akan diaibkan juga untuk mencemarkan kredibiti di kacamata rakyat.
Tindakan ini akan menampakkan seolah-olah semua anggota petugas khas bermasalah, tidak berintigriti dan tidak layak untuk menuduh kesalahan-kesalahan najib tun razak.
Inilah kaedah mereka untuk menutup proses siasatan kes 1mdb, skandal wang rm2.6 billion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi najib serta juga rm2 juta yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi rosmah mansor.
Tindakan-tindakan najib masakini sedang ditertawakan oleh keseluruhan rakyat jelata saja!! Rakyat tidak bodoh macam mereka!!
Sebab itu saya nasihatkan yb datuk nur jazelan, pengerusi pac agar jangan mengkhianati harapan rakyat yang mahukan beliau selesaikan siasatan kes skandal 1mdb ini!!
Secara ikhlas saya katakan kepada yb datuk nur jazelan agar jangan terima jawatan timbalan menteri yang haprak itu untuk menganggotai sebahagian daripada anggota di bawah kabinet 'half past six' najib!! Jawatan itu terlalu kecil dan haprak buat yb datuk nur jazelan!!
Dalam pesanan mesej peribadi saya kepada yb datuk nur jazelan; saya juga nasihatkan beliau untuk beri persetujuan terima jawatan timbalan menteri tersebut secara 'bersyarat' iaitu dibenarkan habiskan dahulu siasatan kes skandal 1mdb oleh pac kemudian baru terima jawatan haprak tersebut!!
Yb datuk nur jazelan bakal hilang kredibiliti dan imejnya akan hanyut ke dalam longkang sekiranya beliau terima jawatan timbalan menteri tersebut secara menamatkan perkhidmatannya sebagai pengerusi pac!! Rakyat tidak akan percaya pada yb datuk nur jazelan lagi seumur hidup!!
Rakyat akan nampak sangat yb datuk nur jazelan ini haprak serta kejar jawatan yang tak seberapa itu!! Taraf yb datuk nur jazelan adalah menteri penuh bukan timbalan menteri yang haprak itu!!
Apa pun rakyat jangan gusar dengan politikus-politikus yang pentingkan pangkat, poket serta perut!! Rakyat ada kuasa mutlak untuk menentukan arah tuju masa depan politik mereka!!
Allah swt Yang Maha Berkuasa juga dapat menentukan nasib baik dan buruk pemimpin-pemimpin zalim serta korup!!
Saya akan tetap menyinsing lengan baju untuk lawan kemungkaran najib tun razak secara habis-habisan sehingga beliau tumbang untuk menyelamatkan keseluruhan bangsa, agama serta negara kita!! Insya-Allah.
Pemimpin zalim dan korup mesti diterajang keluar dari sauf kepimpinan negara!! Kita jangan takut pada sesama manusia tetapi wajib takut serta patuh pada hukum-hakam Allah swt saja!!

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...