BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 8 August 2015

MT Umno tak pernah diberitahu tentang RM2.6 bilion, kata Shafie Apdal

MT Umno tak pernah diberitahu tentang RM2.6 bilion, kata Shafie Apdal

Datuk Seri Shafie Apdal berkata derma politik yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibangkitkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015.Datuk Seri Shafie Apdal berkata derma politik yang diterima Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tidak pernah dibangkitkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 8 Ogos, 2015.
Derma politik berjumlah RM2.6 bilion yang diterima melalui akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya dimaklumkan kepada Kabinet, dan bukannya dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno, kata Datuk Seri Shafie Apdal.
Shafie berkata, sepanjang pengetahuannya, tiada makluman berhubung dana RM2.6 bilion yang diterima Najib itu dibangkitkan dalam mesyuarat MT Umno.
"Sejauh pengetahuan saya, sepanjang kehadiran saya (dalam mesyuarat MT), kita tidak diberitahu pun," katanya, kepada pemberita selepas berucap merasmikan mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Parit Sulong, di Maktab Rendah Sains Mara di Batu Pahat, Johor hari ini.
"Kami hanya diberitahu dalam Kabinet (terakhir yang saya sertai) baru-baru ini," katanya.
Pengerusi Majlis Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Tan Sri Shahrir Abdul Samad sebelum ini dilaporkan berkata, sejak zaman pentadbiran Tun Dr Mahathir MT Umno dan juga Badan Perhubungan Umno Negeri tidak pernah dimaklumkan apa-apa sumbangan dan derma politik yang diperolehi oleh presiden atau bendahari parti.
“Selama saya duduk dalam MT Umno dan Jawatankuasa Perhubungan Umno Negeri Johor, soal derma tidak pernah dibangkit atau didedahkan kepada ahli MT dan Perhubungan Negeri.”
“Selain daripada harta dan sumber pendapatan sedia ada, parti mempunyai kepercayaan kepada Presiden, Pengerusi Perhubungan Umno Negeri dan bendahari untuk mencari sumber kewangan bagi membiayai aktiviti politik dan pilihan raya," katanya. – 8 Ogos, 2015.
MENYUSUL LAGI
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/mt-umno-tak-pernah-diberitahu-rm2.6-bilion-kata-shafie-apdal#sthash.FwyF1JXn.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...