BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 4 August 2015

KES DUIT NAJIB RM2.6 BILION SPRM KANTOI!

5 hrs · 
KES DUIT NAJIB RM2.6 BILION
SPRM KANTOI!
Apakah SPRM profesional, berpegang pada undang-undang, tegas dan berani menentang rasuah dan penyelewengan? Najib mengaku dua akaun pribadi di Ambank Private kepunyannya. Cuma dia tidak mengaku menggunakan duit sebanyak RM2.6 bilion untuk kepentingan dirinya.

Menurut "siasatan" SPRM itu wang "derma" kepada Najib! Jadi wang "derma" halal menurut SPRM. Tidak salah Najib menerimanya dari segi undang-undang? Minta bos besar SPRM rujuk pada Undang-undang Malaysia Akta 694 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 mengenai erti "suapan" iaitu "wang, derma, pinjaman, hadiah ......."

Apakah wang dalam akaun Najib berjumlah RM2.6 bilion yang dikatakan "derma" itu tidak dianggap suapan atau rasuah? Ini bermakna SPRM sudah bertindak menyalahi undang-undang. Apa yang ditakrif sebagai "derma" oleh SPRM ialah "suapan" menurut undang-undang. Mengapakah Najib mempunyai keistimewaan dalam kes ini dan dia tidak dihadapkan ke mahkamah kerana rasuah menurut ndang-undang? Dimanakah letaknya integriti, profesionalisme dan amanah yang diabadikan dalam perkhidmatan SPRM itu?

Dari segi undang-undang Najib sama taraf dengan rakyat biasa. Wang sebanyak RM2.6 bilion yang dikatakan "derma" oleh SPRM ialah RASUAH menurut undang-undang. Imej SPRM tercemar kalau ia tidak berani bertindak menurut undang-undang negara. Tanya pada bos besar SPRM ada berani atau tidak?

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...