BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Wednesday, 19 August 2015

Jho Low, PetroSaudi berpakat tipu Malaysia AS$1.83 bilion menerusi 1MDB

Jho Low, PetroSaudi berpakat tipu Malaysia AS$1.83 bilion menerusi 1MDB

The Edge Financial Daily melaporkan mereka kumpul bukti menunjukkan urus niaga 1MDB dan PetroSaudi International adalah satu penipuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Julai, 2015.The Edge Financial Daily melaporkan mereka kumpul bukti menunjukkan urus niaga 1MDB dan PetroSaudi International adalah satu penipuan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 20 Julai, 2015.
The Edge Financial Daily dalam laporan muka depan hari ini melaporkan bukti yang mereka kumpul menunjukkan urus niaga di antara 1Malaysia Development Bhd (1MDB) dan PetroSaudi International adalah penipuan bagi mencuri AS$1.83 bilion (RM6.9 bilion) dari Malaysia semata-mata.
Ia menamakan Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony, dengan dibantu beberapa lagi eksekutif tertinggi 1MDB, sebagai dalang penipuan yang bermula pada 2009 dengan pelaburan awal AS$1 bilion yang kemudian berkembang menjadi AS$1.83 bilion menjelang 2011.
Laporan muka depan The Edge Financial Daily hari ini menamakan Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony menjadi dalang penipuan urus niaga 1MDB dan PetroSaudi International. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Julai, 2015. Laporan muka depan The Edge Financial Daily hari ini menamakan Low Taek Jho (Jho Low), Tarek Obaid dan Patrick Mahony menjadi dalang penipuan urus niaga 1MDB dan PetroSaudi International. – Gambar The Malaysian Insider, 20 Julai, 2015.
Harian niaga itu melaporkan pada asalnya PetroSaudi sepatutnya melaburkan aset bukan tunai sebanyak AS$1.5 bilion bagi menjadikannya usaha sama bernilai AS$2.5 bilion.
Usahasama itu kemudiannya dibatalkan namun 1MDB tidak pernah mendapat semula wang mereka dan hanya mendapat murabahah serta nota hutang.
Menurut akhbar itu, AS$1.83 bilion yang dilaburkan 1MDB dimasukkan ke pelbagai akaun mereka yang terbabit di bank global di New York, Switzerland, London dan Singapura sementara 1MDB pula sekadar diberikan kertas maya yang tidak bernilai.
Bank berkenaan termasuk JP Morgan, RBS Coutts, Credit Suisse, HSBC dan BSI Bank.
Ini menunjukkan berlaku penipuan dan penggubahan wang haram di peringkat antarabangsa.
Akhbar itu turut menyertakan carta yang menunjukkan aliran keluar wang berdasarkan penyata bank penerima dan pengirim.
Ia juga menjelaskan cara 1MDB cuba menutup lubang yang terhasil daripada usahasama dengan PetroSaudi itu dengan membayar yuran penamatan sebanyak AS$2.22 kepada Aabar Investments bagi melupuskan opsyen yang dikeluarkan kepada Aabar.
Katanya, 2 pengarah 1MDB termasuk Bakke Mohd Salleh, meletak jawatan berhubung pembayaran sebanyak AS$700 juta kepada Good Star Limited tanpa izin lembaga pengarah dan mencabuli kelulusan Bank Negara.
Dalam nota kepada pembaca, penerbit Ho Kay Tat berkata akhbar itu mempunyai tanggungjawab awam melaporkan penipuan untuk menipu rakyat Malaysia berbilion ringgit.
Katanya, laporan itu adalah yang terakhir berkenaan 1MDB dan pihaknya akan menyerahkan apa saja yang ada pada mereka kepada agensi yang menyiasat 1MDB.
"Bagaimanakah perkara yang kami lakukan ini boleh dianggap konspirasi politik?" soalnya.
Akhbar harian itu dan penerbitan The Edge Weekly diberikan surat tunjuk sebab daripada Kementerian Dalam Negeri berkenaan laporan tentang 1MDB.
Klik di sini untuk baca berita penuh. – 20 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jho-low-petrosaudi-berpakat-tipu-malaysia-as1.83-bilion-menerusi-1mdb#sthash.VqV4rdT5.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...