BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Wednesday, 26 August 2015

HANYA MANGKOK NAJIS SAHAJA YANG PERCAYA.

HANYA MANGKOK NAJIS SAHAJA YANG PERCAYA.
Saya Sayang Tun Dr Mahathir Mohamad
[MESTI BACA: Artikel TERBAHARU dari blog Tun Dr Mahathir Mohamad, 26 Ogos 2015]
DERMA 2.6 BILION? (Versi BM)
1. Dato’ Sri Najib dan para penyokongnya perlu berhenti dari meyakinkan rakyat Malaysia bahawa 2.6 bilion Ringgit di dalam akaun peribadi beliau adalah derma.
2. Tidak ada seorang pun percaya atau boleh percaya sejumlah wang yang besar boleh didermakan oleh sesiapa kepada Dato’ Sri Najib atau kepada sesiapa dengan tujuan apa sekalipun.
3. Penjelasan bahawa ia diberikan atas sebab Malaysia menentang Islamic State adalah tidak masuk akal kerana Islamic State telah mempromosi kegiatan keganasan mereka hanya pada 2014 sedangkan wang tersebut muncul pada 2013 atau sebelumnya.
4. Dengan mengatakan kerana amalan kesederhanaan Malaysia di dalam Islam adalah sama sekali tidak masuk akal kerana Malaysia langsung tidak ekstrem dalam mengamalkan Islam.
5. Mengapa 700 juta dolar? Sesungguhnya ini adalah terlalu besar untuk keperluan pilihanraya di Malaysia, kecuali jika ia adalah untuk merasuah pengundi. Mengapa ada orang mahu merasuah pengundi supaya Najib boleh menang. Rakyat Malaysia telah menyokong Barisan Nasional tanpa perlu diberi rasuah yang besar oleh sesiapapun lebih-lebih lagi dari orang asing.
6. Timbalan Perdana Menteri yang baharu mengatakan bahawa beliau telah bertemu dengan orang Arab yang telah memberikan wang tersebut. Kemudian biar beliau buktikan bahawa orang Arab ini mempunyai wang yang banyak untuk diberikan kepada Malaysia dan negara-negara yang lain. Dari manakah sumber wang ini? Perniagaan apakah yang dibuat? Apakah nama bank yang digunakan. Tunjukkan akaun beliau dalam bank tersebut, cek yang telah dikeluarkan, terutamanya 700 juta USD. Bank penerima semestinya memegang cek tersebut.
7. Kesemua maklumat ini mungkin telah disahkan oleh empat petugas terbabit. Tetapi Najib telah menghapuskan pasukan petugas dengan memecat Peguam Negara, menghantar Ketua SPRM bercuti, menuduh Bank Negara membocorkan rahsia Kerajaan.
8. Sekarang ini SPRM dikatakan masih menyiasat 2.6 bilion. Dengan SPRM sahaja tidak berkesan. Jika Najib serius untuk menyiasat 2.6 bilion Ringgit di Ambank, beliau perlu membentuk semula pasukan petugas khas yang luhur. Satu pasukan petugas baru yang dianggotai orangnya tidak mempunyai kredibiliti.
9. Pihak bank perlu mengekalkan kerahsiaan perbankan. Tetapi bank-bank juga dikehendaki melaporkan penggubahan wang haram yang disyaki. Bank-bank Malaysia, Singapura, Switzerland dan Amerika tidak perlu menyimpan rahsia perniagaan mereka dengan wang yang disyaki dicuri. Apa yang telah mereka lakukan?
10. Apabila wang yang dicuri dimasukkan ke bank, tujuannya adalah untuk menghalalkannya. Namun wang itu telah hilang dari Ambank kerana akaun telah ditutup.
11. Apabila akaun ditutup, ia tidak bermakna bahawa jumlah wang yang besar itu telah dikeluarkan secara tunai. Ia mesti telah dipindahkan ke bank yang lain. Namun kita tidak dengar laporan dari mana-mana bank yang mengakui wang ini ada dalam simpanan mereka. Dua akaun dilaporkan telah dibekukan di Singapura. Itu sahajakah? Sesungguhnya pemegang akaun perlu disiasat. Tetapi setakat ini tiada apa yang didengar. Adakah bank-bank menyimpan wang ini! Jika ini tidak dilaporkan ke pihak berkuasa untuk diambil tindakan, jelas wang telah digubah.
12. Jika ini benar apa perlunya bank meneliti jumlah wang yang telah didepositkan kepadanya. Mereka juga mungkin tidak meneliti jika wang besar yang curiga ini, yang mempunyai kaitan dengan kontrovesi ini disimpan oleh mereka.
13. Orang ramai mempunyai hak untuk tahu kerana orang ramai tidak percaya wang 2.6 bilion Ringgit merupakan hadiah peribadi kepada PM Malaysia untuk tujuan memenangi pilihanraya. Rakyat Malaysia tidak ingin percaya calon untuk pejabat tertinggi di negara adalah seorang calon dari negara lain. Apa yang menjadi tanggungjawab kepada penyokongnya. Adakah beliau akan berkhidmat kepada rakyat Malaysia atau negara asing.
14. Berhentilah menganggap bahawa rakyat Malaysia bodoh.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...