BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 7 August 2015

BOS OPERASI SPRM DIKELUARKAN SERTA MERTA....

Bos operasi khas SPRM dikeluarkan serta-merta


Pengarah Operasi Khas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Bahri Mohamad Zin dipindahkan keluar daripada bahagian yang mengendalikan kes berprofil tinggi itu.

Difahamkan pegawai kanan yang lantang menentang “gangguan” polis terhadap suruhanjaya itu dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM).

Ketika dihubungi Malaysiakini, Bahri enggan mengulas perkara itu.

“Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula,” katanya.

Perpindahan keluar Bahri dilihat bakal menimbulkan tanggapan ia dibuat susulan kenyataan lantangnya yang tidak senang dengan langkah polis.

Bahri pada Rabu lalu bersumpah dengan nama Allah untuk memburu dalang-dalang yang mengarahkan penangkapan anggota suruhanjaya itu sampai ke lubang cacing.

Beliau juga mengingatkan 'dalang-dalang' itu bahawa kuasa yang mereka ada tidak sebesar mana.

“Kamu ada kuasa sedikit saja tapi saya ada Allah," katanya yang baru selesai menunaikan solat hajat ketika dihubungi Malaysiakini.

Bahri pada hari ini mengulas siasatan terbaru polis terhadap dua lagi pegawai SPRM, termasuk pegawai yang menyiasat bekas anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Polis menyiasat dakwaan kebocoran draf kertas pendakwaan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan kes derman RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya. 
 

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...