BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Wednesday, 5 August 2015

BAGAIMANA USD 700 JUTA MENJADI KES PENGUBAHAN WANG HARAM.

PENTING | SEBARKAN
Penggubahan Wang Haram?
Bagaimana USD700 Juta Yang Dipindahkan Dari 1MDB Ke PetroSaudi Holdings (Cayman) Berubah Menjadi Wang Jenayah 'Haram' oleh Matthias Chang, Mantan Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagi mereka yang sudah terlupa, saya ulang balik bagaimana MDB membayar USD700 juta kepada Jho Low / Sindiket Jenayah 1MDB.
Langkah 1:
Pada 18 September 2009, sebuah Syarikat Perkongsian (JV) bernama 1MDB-PetroSaudi Ltd telah ditubuhkan di British Virgin Islands (BVI). Ini berlaku sebelum Perjanjian Perkongsian (JV) dimeterai dan ditandatangani oleh 1MDB.
Langkah 2:
Pada 25 September 2009, pinjaman palsu telah diwujudkan oleh syarikat bernama PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd berjumlah USD700 juta bagi membiayai Syarikat Perkongsian (JV), 1MDB-PetroSaudi Ltd.
Langkah 3:
Pada 28 September 2009, Perjanjian Perkongsian (JV) antara 1MDB dan PetroSaudi Holdings (Cayman) Ltd. Dalam perjanjian tersebut, 1MDB perlu membayar RM1.0 billion untuk 1.0 billion saham dalam Syarikat Perkongsian (JV) manakala Pak Arab Kaya pula perlu mendaftarkan aset mereka berjumlah USD2.5 billion di bawah Syarikat Perkongsian (JV) tersebut.
Langkah 4:
Tidak semena-mena, pada 29 September 2009, Syarikat Perkongsian (JV) disuruh melangsaikan hutang 'palsu' USD700.0 juta (Langkah 2), dalam tempoh 4 hari dari tarikh ia diwujudkan.
Langkah 5:
1MDB pun melangsaikan pinjaman tersebut pada 30 September 2009. Wang tersebut tidak dibayar terus ke akaun bank milik Syarikat Perkongsian (JV) sebaliknya, ia diarah oleh Penyangak Arab agar dibayar melalui bank US, JP Morgan Chase yang akhirnya telah mengkreditkan USD700 juta ke dalam akaun bank RBS Coutts di Zurich yang dimiliki oleh Good Star Ltd, sebuah syarikat yang dimiliki oleh Jho Low dan rakan-rakan.
Beza sebanyak USD300 juta telah dimasukkan ke dalam akaun bank Syarikat Perkongsian (JV) bagi melunaskan pelbagai kos syarikat, dll.
Langkah 6:
Penyangak Arab (sepatutnya menurut Langkah 3) tidak pun mendaftar aset mereka bernilai USD2.5 billion kerana aset tersebut bukan pun milik mereka. Ia adalah satu penipuan besar. Perjanjian Perkongsian (JV) adalah pendustaan dan penyelewengan semata-mata untuk membawa wang keluar dari Malaysia bagi memenuhi agenda besar sesetengah pihak.
Langkah 7:
Perjanjian Perkongsian (JV) dibatalkan pada Mac 2010.
Kesimpulan
Oleh itu, wang USD700 juta yang diperolehi oleh Jho Low / Sindiket Jenayah Arab adalah satu penipuan yang disengajakan. Wang berjumlah USD700 juta adalah Wang Haram ! Wang berjumlah USD700 juta itu diagihkan dan dibayar kepada pelbagai pihak melalui pelbagai lapisan transaksi dan melalui pelbagai syarikat untuk apa saja tujuan. Wang itu telah 'di-cuci-bersih' agar ia boleh mengelirukan pihak berkuasa seolah wang USD700 juta itu adalah 'wang bersih' (setelah melalui mesin basuh kepunyaan penjenayah Jho Low/1MDB).
Wang USD700 juta masih Wang Haram walau sebanyak mana 'cucian' dan 'basuhan' dibuat kerana ia diperolehi melalui satu penipuan yang disengajakan.
Walaupun wang USD700 juta itu digunakan untuk pelaburan sah, wang serta keuntungan yang diperolehi melalui pelaburan tersebut adalah tidak sah kerana asalnya ia adalah 'Wang Haram' !
Penerangan yang dibuat oleh Persatuan Kompliant Antarabangsa (International Compliant Association) adalah seperti berikut:
Pencucian Wang adalah terminologi generik yang digunakan bagi menerangkan proses yang digunakan oleh penjenayah bagi menyembunyikan pemilik asal dan pihak yang mengawal aliran wang penjenayah dengan membuat transaksi itu seolah dari transaksi yang sah.
Bagaimana Wang Haram Dicuci?
Prosesnya amat terperinci. Secara umum, wang haram di-cuci apabila seseorang atau sesuatu perniagaan itu terlibat dengan seseorang yang memperolehi keuntungan dari jenayah. Ia boleh berlaku melalui pelbagai kaedah.
Secara tradisinya, pen-cucian wang haram melalui proses yang melibatkan 3 peringkat berbeza.
Pelaburan, peringkat awal di mana wang haram mula diwujudkan dalam sistem kewangan.
Pelapisan, merangkumi pelbagai peringkat proses di mana wang / aset / pelaburan itu 'di-cuci' melalui penyamaran pemilik dan sumber asal disembunyikan.
Penzahiran, peringkat akhir di mana wang / aset / pelaburan yang sudah di-cuci itu diwujudkan dalam sistem ekonomi yang sah lagi halal.
Tiga (3) peringkat proses ini menerangkan bahawa proses pen-cucian wang dengan amat mudah.
Namun secara realitinya, peringkat proses ini sering bertindih antara satu sama lain. Sebagai contoh dalam jenayah kewangan, wang dari hasil jenayah tidak semestinya berbentuk pelaburan.
Maka kita juga tidak boleh sama-sekali terima kenyataan SPRM bahawa wang berjumlah RM2.6 billion itu adalah 'Wang Bersih' (tidak kira ia adalah sumbangan atau tidak) melainkan dan selagi mana semua bank yang terlibat dalam pemindahan wang ke Falcon Bank, Singapura belum disiasat sepenuhnya oleh SPRM, BNM dll dan mengesahkan bahawa sumber asal RM2.6 billion (setiap Ringgit dan USD) adalah wang bersih lagi sah.
Jika SPRM gagal untuk menjalani ujian forensik ke atas seluruh rantaian aliran wang, maka kenyataan SPRM bahawa wang tersebut adalah Wang Bersih membuktikan bahawa terdapat suatu usaha bagi menyembunyikan hakikat sebenar. Sesungguhnya mereka yang membuat kenyataan sedemikian secara tidak langsung telah bersekongkol di atas jenayah yang terang lagi jelas.
Perdana Menteri sama sekali tidak boleh diisytiharkan tidak bersalah di atas mana-mana jenayah yang dituduh ke atas beliau selagi mana siasatan lengkap di atas belum selesai !

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...