BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 14 August 2015

APAKAH KU LI BERSAMA MUHYIDDIN?

APAKAH KU LI BERSAMA MUHYIDDIN?
Banyak orang meramalkan Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) akan kembali dalam gelanggang untuk menyelamatkan UMNO. Walaupun Tun M dan Ku Li merupakan musuh politik di masa lalu namun Tun M perlu kerjasama Ku Li kali ini untuk menyelamatkan UMNO. Ku Li mempunyai hubungan baik dengan bukan Melayu dan juga para pemimpin Pas, PKR dan DAP. Pada suatu waktu dulu ada ura-ura di pihak pembangkang mahu bekerjasama dengan UMNO dengan syarat Ku Li jadi PM. Nampaknya para pemimpin pembangkang menghormati Ku Li dan dapat bekerjasama dengan beliau sekiranya beliau dilantik sebagai PM.

Memandangkan politik sekarang tidak stabil, dan Najib banyak membawa bala kepada UMNO, rakyat dan negara maka banyak orang meminta Ku Li masuk gelanggang sekali lagi menyelamatkan UMNO. Beliau boleh bekerjasama dengan TS Muhyiddin untuk membawa perubahan yng radikal dalam kepimpinan kerajaan dan parti. Sebagai pemimpin veteran yang tidak pernah kalah dalam pilihan raya Ku Li permah menjadi menteri kewangan dan MITI merupakan tokoh yg berpengaruh dalam UMNO. Sebagai seorang pemimpin yang bermaruah, tidak korup, Ku Li sanggup tampil dalam medan menentang Najib untuk merebut jawatan presiden UMNO kelak. Dengan gadingan Muhyiddin sebagai timbalan presiden UMNO akan kembali gagah perkasa, dan boleh memulihkan kembali keyakinan dan sokongan rakyat kepadanya.

Sekiranya hendak menyelamatkan UMNO dari kemusnahan dan hilang kuasa maka ahli2 UMNO mesti mendesak pemilihan parti diadakan pada tahun ini juga. Jangan tunda 18 bulan lagi kerana perubahan besar dalam kepimpinan UMNO mesti dilaksanakan segera sekarang. Najib mahu UMNO hancur bersamanya kalau dia kekal sebagai presiden sampai PRU 14. Kalau sayangkan parti maka ahli2 UMNO mesti mendesak dan melaksanakan pemilihan pucuk pimpinan pada tahun ini juga.

Najib dan kabilah kroninya akan cuba menghalang dan mengugut para pemimpin UMNO supaya tunduk pada kemahuannya menundakan pemilihan 18 bulan lagi. Najib hanya mahu menyelamatkan dirinya dan bininya bukan untuk menyelamatkan UMNO yang kini dibenci rakyat kerana perbuatannya. 

Sekiranya Tun M berganding bahu bersama Ku Li, Muhyiddin dan Shafie Apdal serta beberapa orang pemimpin yang mahu membuat perubahan dalam UMNO maka besar kemungkinan rakyat akan menyokong hasrat mereka. Malah generasi muda yang merupakan 40% pengundi baru akan menyokong gadingan Tun M-Ku Li-Muhyiddin itu. Para pemimpin UMNO jangan bersikap dayus, menjadi kaldai tunggangan Najib kerana masa depan UMNO dan kamu semua yang korup tidak boleh dijamin oleh Najib untuk mencapai kemenangan. UMNO adalah hak semua ahlinya, bukan hak Najib dan bininya sendirian berhad. Hidupkan semangat juang anda sebagai pahlawan Melayu Islam. Jangan kamu takut menentang kemungkaran kerana Allah berfirman menentang kemungkaran adalah wajar di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...