BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 8 August 2015

APA AGENDA ZAHID?



APA AGENDA ZAHID?
Zahid tahu Najib mengharapkan bantiannya untuk menggunakan polis bagi melindungu Najib. Caranya menangkap pegawai2 SPRM dan menggelidah pejabat dan rumah mereka untuk mendapatkan berbagai maklumat mengenai SRC International, syarikat di bawah Kem. Kewangan, yang menghulur RM42 juta ke dalam akaun pribad Najib di Ambank. Sebenarnya pasukan "4 Abdul" itu bukanlah suatu pasukan yang mempunyai tujuan yang sama dalam menanggapi skandal Najib yang terlibat dalam bala 1MDB itu. Najib tidak ada jalan lain untuk memuaskan desakan rakyat yang mengkritik 1MDB dan dia sendiri . Lalu ditubuhkan pasukan petugas khas "4 Abdul" untuk mengabui mata rakyat.

Oleh sebab desakan rakyat dan pendedahan oleh WSJ serta Sarawak Report menghantuinya maka dia mengharapkan "4 Abdul" dapat melindunginya dalam isu penerimaan RM2.6 bilion itu. Mungkin timbul keinsafan dan kesedaran pada Gani Patail, mantan Peguam Negara, untuk membawa Najib ke pengadilan dengan bukti-bukti yang diperolehi. Tapi ada "hantu" yang memberitahu Najib bala yang bakal menimpanya. Lalu Najib bertindak memecat Gani serta merta.

Gani hanya menyerah pada nasib. Tidak berani mencabar pemecatannya di mahkamah. Mungkin dia berpendapat tidak mungkin menang menentang PM yang sudah menjadi seperti singa pencen yang terjerat. Lalu dicipta dongeng kononnya ada konspirasi hendak menjatuhkan kerajaan. Peguam Negara yang baru serta polis menjaja dongeng ini untuk meyakinkan rakyat yang sudah menyampah dan tidak menghormati Najib lagi. Bila SPRM menangkap beberapa orang pegawai SRC International dan menggelidah pejabatnya Najib menjadi panik lagi. WSJ dan Sarawak Report telah mendedahkan bahawa SRC International inilah yang menghulur RM42 juta kepada akaun bank Najib. Ini anak syarikat Kem. Kewangan. Maknanya Najib menerima rasuah dari syarikat kepunyaan Ken Kewangan sendiri! Takut rahsianya terdedah maka pihak polis menangkap pula beberapa orang pegawai SPRM yang menyiasat SRC International. Satu lagi dongeng dicipta. Kononnya polis hendak mendapatkan maklumat siapakah yang membocorkan rahsia Najib kepada media asing! Rakyat tahu itu helah polis dan Zahid untuk melindungi Najib. Rakyat melepaskan kentut saja terhadap dongeng polis dan Zahid itu.

Zahid tahu tali hayat politik Najib semakin menjerutnya. Dia sudah membina angan-angan menjadi PM dalam masa yang singkat kalau Najib tersungkur cepat. Dari laporan polis dia tahu rahsia Najib seperti yang didedahkan WSJ dan Sarawak Report itu benar. Lalu dia berlagak sebagai pemain silap mata untuk meyakinkan Najib bahawa dia banyak membantu Najib melindunginya dari kes rasuah dan pecah amanh serta penyalahgunaan kuasa. Sebenarnya nyawa Najib di hujung tanduk kini. Kalau Zahid berpaling tadah, menggunakan polis, dengan segala bahan bukti yang ada, Zahid boleh heret Najib ke mahkamah bila-bila masa saja.

Setelah Muhyiddin dipecat sebagai TPM hanya Zahid yang paling berkuasa hari ini untuk menentkan nasib Najib kalau dia berani bertindak hendak menyelamatkan UMNO. Banyak orang berpendapat tali hayat politik Najib paling lama sampai akhir tahun ini saja. Kalau Najib masih berkuasa sampai PRU 14 bukan saja UMNO kalah tetapi Najib, Rosmah dan seluruh kabinet "Najib Fan Club" akan diheret ke mahkamah. Korupsi sudah menjadi barah dalam pentadbiran Najib hingga Malaysia dianggap oleh dunia sebagai negara paling korup dewasa ini.

Sekarang rakyat sedang memerhati tindak-tanduk Zahid sebagai TPM merangkap menteri dalam negeri. Apakah dia mempunyai agenda tersembunyi untuk merealisasikan mimpinya menjadi PM secara mi segera atau melindungi Najib sampai UMNO ditalkinkan oleh ahli-ahlinya sendiri pada PRU 14. Rakyat tunggu melihat lakonan mereka.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...