BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 14 August 2015

Ahmad Said bidas Najib simpan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi



Ahmad Said bidas Najib simpan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi
AHMAD_SAID_FACEBOOK
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata, jika amalan skandal derma politik RM2.6 bilion diteruskan, tidak mustahil akan ramai lagi wakil rakyat yang kaya raya mengikuti jejak yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan memasukkan wang ke akaun peribadi. – Gambar TMI / Nazir Sufari
Bekas menteri besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said hari ini mengkritik Datuk Seri Najib Razak yang terpalit dalam skandal derma politik RM2.6 bilion kerana katanya ia sepatutnya tidak berlaku memandangkan wang itu milik parti.
Katanya, jika amalan tersebut diteruskan, tidak mustahil akan ramai lagi wakil rakyat yang kaya raya mengikuti jejak yang dilakukan Najib dengan memasukkan wang ke akaun peribadi.
“Tiba-tiba, ada menteri yang kata, derma politik adalah normal. Selepas itu, ada menteri kata, lebih selamat masuk akuan peribadi daripada akaun lain.
“Lepas ni kaya-raya wakil rakyat apabila derma politik dimasukkan ke dalam akaun sendiri,” katanya ketika berucap pada mesyuarat perwakilan Bahagian Umno Kemaman di Terengganu petang ini.
Ahmad juga mempersoalkan mengapa Najib tidak mengakui tentang kewujudan wang tersebut sehingga pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendedahkannya.
“Selepas SPRM siasat, baru kata wang ini wang parti,” katanya. – TMI

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...