BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 13 August 2015

ADUUUH1 LAGA BALA UNTUK NAJIB!


ADUUUH1 LAGA BALA UNTUK NAJIB!
Allah membuktikan kuasaNya dalam berbagai cara. Duit RM2.6 bilion dalam akaun pribadi Najib yang kononnya digunakan untuk PRU 13 kini menjadi bala kepadanya. Siapakah yang memberi "derma" kepada Najib? Najib masih membisu tapi menteri pelancongan yang menjadi balacinya menjelaskan "derma" itu datangnya dari "sahabat" di Timur Tengah. 
Beberapa matyeh yang cuba tumpang sekaki melindungi Najib juga berkata dari pak Arab. Ada matyeh yang tidak populer di Sabah berkata lebih "selamat" wang itu dalam simpanan presiden dari para jerung, buaya dan naga yang berkeliaran dalam UMNO.

Sekarang Najib dan matyeh-matyehnya terperangkap. Menurut fasal 124 undang-undang jenayah parti-parti politik tidak boleh menerima sumbangan apa pun dari luar negara. Ketawa segala beruk, siamang dan babi montel dalam hutan Najib dan kabilah kroninya, termasuk PDRM kini terperangkap dalam jerat mereka sendiri. 
Mereka hendak menyiasat siapakah yang membocorkan rahsia RM2.6 bilion kepada media asing kononnya direkacipta ada konspirasi orang-orang tertentu dengan kuasa luar untuk menjatuhkan Najib. Allah Maha Kuasa sampai sekarang PDRM masih gagal menemui pembocor rahsia itu. Tapi para menteri dan balaci-balaci Najib dengan bangga mengatakan penderma Timur Tengah yang terlibat.

Bukankah ini menyalahi undang-undang negara di bawah fasal 126 kanun kesiksaan?
Najib akan diheret ke mahkamah kelak. Kenyataan-kenyataan akhbar dari berbagai menteri, timbalan menteri yang separuh cerdik, bodoh sombong, akan digunakan sebagai bahan bukti kelak. Malah mereka juga akan disupena kelak.
 Bagaimanakah Najib hendak melepaskan dirinya dari tindakan mahkamah? Nahe,nahe. Bangkai gajah tidak dapat ditutup dengan kenyataan-kenyataan sokongan para balaci yang separuh cerdik. Tali hayat Najib semakin menjerutnya. Ingat, berjuta rakyat sembahyang hajat dan berdoa pohon Allah hancurkan manusia munafik, korup, pengkhianat bangsa, ugama dan negara. Kata Najib dengan bangganya "cash is king". Allah Yang Maha Berkuasa menunjukkan kuasaNya secara kontan (tunai) di atas muka bumi ini lagi. Najib boleh merancang tapi Allah yang menentukan segala.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...