BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Monday, 6 July 2015

Wakil rakyat PAS mewakili FELDA bertemu Tun Mahathir-فايز ناقمان‎


9 mins · Edited · 
Wakil rakyat PAS mewakili FELDA bertemu Tun Mahathir
See? Orang PAS pun cari Tun M... Tak boleh harap pada Wan Azizah (PAKATAN) dah.
Pertemuan bersejarah antara Ngo ANAK dengan Tun Dr Mahathir di Yayasan Kepimpinan Perdana Putrajaya petang ini. Perbincangan lebih sejam mengenai Felda, FGV, KPF, IMDB, GST dan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Tun hairan kenapa Najib lantik Isa Samad jadi Pengerusi Felda, sedangkan beliau telah buang Isa atas salah laku dan politik wang. Kenapa FGV buang duit beli hotel, kilang dan melabur di luar negara sedangkan ruang dan peluang masih terbuka luas di negara sendiri. Beli aset pula dengan harga tinggi, untuk ambil kesempatan peribadi.
Tun berkongsi kebimbangan sekiranya FGV buka ruang pemilikan saham kepada syarikat luar, maka akan tergadai harta para peneroka.
Paling menarik Tun sebut, beliau bimbang penyenaraian FGV ada niat tak baik pada peneroka. Najib melakukan banyak perkara yang memudaratkan negara. Dia kata Pak Lah teruk, tapi pemerintahan Najib lagi teruk. Dulu saya sokong Najib, le ni saya terpaksa bersuara dan tarik balik sokongan.' Saya sudah tegur dia, Najib tidak endah pandangan saya', kata Tun dalam nada yang sedih.
Pendedahan menarik dari Tun Dr Mahathir. Bagi pihak ANAK, saya mohon Tun membuat kenyataan mengenai situasi kritikal dalam Felda dan FGV. Alhamdulillah, respon cukup baik dari beliau.
Terimakasih Tun atas kesudian dan meraikan kedatangan rombongan ANAK. Turut hadir, Dr Rosli Yaakop, Hj Abd Ghani Mahmood dan Tuan Mohd Said Jonit, kedua duanya bekas Pegawai Kanan Felda.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...