BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 11 July 2015

TPM: Siasatan Mesti Telus Tak Kira Libat Siapa Pun

TPM: Siasatan Mesti Telus Tak Kira Libat Siapa Pun


MUAR - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin ‎Yassin melahirkan keyakinan pasukan petugas khas yang dibentuk bagi menyiasat  segala tohmahan dan tuduhan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB)  baru-baru ini, akan melakukan siasatan secara telus dan adil.
Beliau berkata, semua pihak perlu yakin bahawa pembentukan pasukan petugas khas itu adalah untuk mencari kebenaran, sama ada segala tuduhan terhadap 1MDB itu benar atau sebaliknya.

"Saya menyokong penuh pasukan penyiasat yang dibentuk ini dan saya  bersetuju perkara (siasatan) ini perlu diselesaikan segera untuk memulihkan kembali keadaan yang meresahkan banyak pihak.

"Siasatan ini mesti telus dan mengikut lunas undang-undang yang siasatan  tidak mengira sesiapa pun," katanya ketika berucap pada Majlis Tadarus, Khatam Al-Quran dan Iftar Umno Bahagian Pagoh di Masjid Jamek Kampung Hujung Tambak,  Gersik, Ledang di sini, hari ini.

Baru-baru ini, Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail, Gabenor Bank Negara,‎ Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Tan Sri Abu Kassim Mohamed  dilantik menganggotai pembentukan pasukan petugas khas itu untuk menyiasat dakwaan mengenai 1MDB.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata, pasukan petugas khas itu ditubuhkan bukan untuk mencari kesalahan sesiapa, sebaliknya akan melakukan  siasatan secara menyeluruh terhadap segala tuduhan yang dilemparkan.

"Sempena bulan Ramadan ini, berdoalah kepada ALLAH SWT agar semuanya akan kembali pulih dan biarlah pasukan penyiasat ini melakukan tugas mereka dengan sebaik mungkin," katanya.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Pagoh berkata, selagi isu yang  membelenggu 1MDB itu tidak diselesaikan segera, ia juga akan menjejaskan  pandangan masyarakat antarabangsa terhadap kepimpinan negara.

Muhyiddin berkata pada masa ini, masyarakat antarabangsa melihat dengan teliti apa yang berlaku dan sebab itu, kepercayaan mereka terhadap negara perlu dipulihkan.

"Paling penting kita juga mahukan keyakinan rakyat terhadap negara dan  pemimpin termasuk keyakinan mereka terhadap Barisan Nasional (BN) terus utuh apatah lagi tidak lama lagi Pilihan Raya Umum Ke-14 akan diadakan," katanya.

Beliau berkata sudah semestinya semua pihak mahukan kesudahan yang baik terhadap kemelut yang berlaku kerana jika tidak, ia juga akan menjejaskan  pandangan masyarakat terhadap pemimpin dan negara.

Katanya, menjadi keazaman setiap pemimpin untuk membawa negara ke era yang  lebih kukuh dan rakyatnya lebih berjaya.

Muhyiddin juga berkata, beliau sendiri banyak ditanya mengenai keadaan yang berlaku dalam negara, dan pada masa yang sama meminta rakyat mendoakan yang terbaik agar negara tidak terjerumus dalam keadaan yang kacau-bilau.

"Sebagai pemimpin, yang paling penting mahu menjaga kebajikan ummah dan perlu kembali kepada landasan Islam untuk berjaya.

"Malaysia tidak seperti negara Islam lain, sejak selepas Merdeka, rakyat hidup makmur dan keadaan itu perlu kita teruskan sampai bila-bila," katanya.

Muhyiddin juga berkata segala dugaan yang berlaku dalam negara seperti  nahas MH17, kehilangan MH370 dan gempa bumi di Sabah baru-baru ini, ada rahmat di sebalik apa yang berlaku itu.  
- Bernama

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...