BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 18 July 2015

TANYA PADA PASUKAN KHAS "EMPAT ABDUL"



13 mins · 
TANYA PADA PASUKAN KHAS "EMPAT ABDUL"
Sekarang sudah terbukti Najib ada dua akaun pribadi di Ambank Private yang punya duit simpanan USD700 juta (RM2.6 bilion) sebelum PRU 13. Dia sudah tutup kedua akaun tersebut. Dia mengaku dia tidak menggunakan duit itu untuk kepentingan dirinya. Nah, sekarang rakyat tahu Najib secara tidak langsung mengaku kedua akaun itu dia punya dan ada duit sebanyak itu.

Sekarang rakyat ingin tahu dari pasukan khas "Empat Abdul" yang menyiasat skandal 1MDB dan Najib juga. Apakah mereka sudah siasat Najib mengenai dua akaun tersebut? Kalau tak siasat lagi, mengapa tak siasat? Mungkinkah ini duit rasuah? Kalau rasuah dari mana datangnya wang itu? Dari jin dan syaitan? 1MDB? dari Yayasan Noah, datuknya, yang mendapat hasil dari perjudian kasino Genting?

Keempat-empat Tan Sri yang menganggotai pasukan khas tersebut perlu bertanggungjawab dan melaksanakan hasrat rakyat, bukan melindungi Najib yang masih bersilat, berkuntau dengan penafiannya selama ini.

Rakyat tidak peduli Najib hendak menyaman WSJ atau Sarawak Report.Itu hak dia. Tapi hak rakyat mesti diutamakan. Justeru itu Najib harus disiasat mengenai dua akaun pribadinya. Ini bukan fitnah, wahai para pecacai yang buta matahati. 
Ini pengakuan Najib sendiri yang terjerat dalam mainan politiknya yang tidak bijak. Sebagai ayam jantan Najib pernah berkokok dia telus, dia juga meletakkan kepentingan rakyat di atas kepentingan dirinya dan mama montelnya.Nah, mengapa pasukan "Empat Abdul", khasnya Peguam Negara, belum menyiasat Najib dan bertindak tegas menggantung jawatan PM buat sementara waktu sehingga selesai penyiasatan terhadapnya? Ketua Polis Negara jangan membebel tak tentu fasal hendak mencari siapakah yang membocorkan rahsia tentang berbagai aspek dari skandal 1MDB itu yang melibatkan Najib. 
Rakyat mahu pasukan ini tegas, berpegang pada undang-undang dan meletakkan kepentingan rakyat dan negara di atas kepentingan Najib dan diri mereka sendiri. Empat orang Tan Sri ini bukanlah kaldai tambatan tetapi pegawai kerajaan yang berwibawa, dihormati ramai.Sekarang bukti kukuh dua akaun Najib sudah ada. Jangan berdolak-dalik, memburu pelangi, menembak angin, mencipta reka hal2 yang menyimpang dari isu dua akaun Najib ini. Rakyat mahu pasukan ini bertindak tegas, penuh wibawa, bukan bersilat dengan kata-kata di angin lalu.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...