BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 9 July 2015

Skandal 1MDB: Najib perlu bersumpah jika tidak boleh tunjuk akaun bank


Skandal 1MDB: Najib perlu bersumpah jika tidak boleh tunjuk akaun bank

Rakyat hanya mahu tahu atau tidak ada kemasukkan RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

PETALING JAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak perlu membuat pengakuan ya atau tidak berlakunya kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadinya seperti yang didakwa Wall Street Journal (WSJ).

Ini kerana, rakyat hanya ingin mengetahui kebenarannya dan bukannya mendengar jawapan Perdana Menteri yang melencong kepada amanah rakyat yang tidak pernah dikhianati atau pengakuan beliau tidak menggunakan wang untuk diri sendiri.

“Yang dunia ingin tahu ialah tentang kemasukan wang ke dalam akaun peribadinya, maka jawablah dengan jujur dan tunjukkan buktinya sekali.

“Mudah dan habis cerita. Rakyat pun pasti akan gembira dengannya,” tulis Shahbudin Husin diblognya, shahbudindotcom.blogspot.com.

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Wangsa Maju turut menasihatkan Najib supaya tunjukkan buku akaun banknya kepada rakyat seperti yang disarankan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya sekiranya diteliti maksud tersirat Dr Mahathir ialah kalau susah sangat nak mengaku “ya” atau “tidak”, tunjukkan saja buku akaun bank sebagaimana nombor akaun yang sudah didedahkan oleh WSJ itu.

“Biarlah buku bank berbicara jika mulut dan lidah sudah tidak boleh berkata apa-apa,” katanya. Bekas Ahli Jawatankuasa UMNO Wilayah Persekutuan itu juga bersetuju dengan Mohd Sayuti Omar yang mencadangkan agar Najib bersumpah.

“Ini pun bagus juga, kalau dalam kes pembunuhan Altantuya Shariibuu, Najib boleh bersumpah, tentulah tiada masalah juga untuk melakukannya sekali lagi dalam kes wang bilion- bilion ini. “Sebagai pemimpin, apatah lagi Perdana Menteri, jangankan menerima kemasukan wang sebesar AS$700 juta atau RM2.6 bilion boleh dicurigai dan merupakan suatu kesalahan, malah jika nilainya RM1 pun tetap kesalahan juga,” ujarnya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...