BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 19 July 2015

Siapa Jho Low?




Siapa Jho Low?
Jho low atau nama cina asal Low Taek Jho yang lahir di Pulau Pinang
Julai lalu, satu nama misteri “Jho Low” muncul dalam senarai individu yang rapat dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang dikompilasi oleh akhbar Straits Times Singapura, dan sekaligus mendorong lebih ramai yang ingin tahu mengenai dirinya.
“Siapakah Jho Low?” ramai yang mungkin tertanya-tanya selepas membaca pengenalan ringkas yang menggambar dirinya sebagai “arkitek utama” Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA), sebuah dana pelaburan bebas negeri tersebut.NONE
Bagaimanapun, setahun kemudiannya, ‘Jho Low’ menjadi selebriti terkemuka Malaysia ekoran kemunculannya berparti dengan aktres kontroversi Hollywood Paris Hilton, menjadi laporan muka depan akhbar tempatan dan antarabangsa.
Nama sebenarnya ialah Low Taek Jho, atau biasanya dikenali sebagai Jho atau Jho Low. Jejaka berusia 28 tahun ini adalah anak kelahiran Pulau Pinang kepada jutawan Larry Low.
Semakan Malaysiakini menunjukkan Low sudah mendapatkan tempat di kalangan tokoh perniagaan tempat sejak dua tahun lalu, ekoran hubungan rapatnnya dengan pelabur dari Timur Tengah.
Selain TIA, yang kini dikenali dengan nama 1Malaysia Development Bhd (1MDB), beliau memainkan peranan utama dalam UBG Bhd – syarikat milik keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud.
Faktor ‘J Low’
Pengambilalihan UBG Bhd oleh sebuah syarikat Arab Saudi – PetroSaudi International Ltd – tujuh bulan lalu, telah mencetuskan lagi spekulasi mengenai pengaruh luas Low.
PetroSaudi telah membentuk usahasama Mei tahun lalu, dengan 1MDB untuk melabur AS$2.5 bilion dalam sektor tenaga. Ada pihak menanggap, pengambilalihan UBG oleh PetroSaudi ini ada kaitan dengan usaha niaga dengan IMDB.
The Star dalam laporannya pada 8 April menyebut, kesemua usaha niaga ini melibatkan Low, yang disifatkan sebagai faktor “J Low.”
PetroSaudi bagaimanapun kemudiannya menafikan bahawa urusniaga UBG Bhd itu berkait dengan usahasamanya dengan 1MDB. Laporan Malaysiakini
Jho low atau nama cina asal Low Taek Jho lahir di Pulau Pinang
Beliau boleh berbahasa Malaysia, Inggeris, Mandarin, Hokkien, Teo Chew dan Bahasa Arab. Bersekolah di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Ling dan Uplands School (O-Levels) Harrow School, London (1998-2000) (A-Levels). Kemudian sambung belajar di Wharton School of Business, University of Pennsylvania, Philadelphia (2000-2005) (Bachelor of Science in Economics majoring in Finance)
Ketika usia 20 tahun, sebelum tamat universiti, beliau telah menubuhkan syarikat Wynton Group dengan modal US25 milion hasil pelaburan keluarga , rakan Arab dan Asia Tenggara. Menjadi lembaga pengarah UBG Bhd pada 2008 dan terlibat dalam urusniaga global.
Beliau berurusniaga dan mengembara dari Los Angeles ke New York, London, St Tropez, Abu Dhabi dan Kuala Lumpur. Beliau anaka bungsu Datuk Larry Low , pengasas syarikat kejuruteraan MWE.
Namanya muncul di media massa apabila intim dengan gadis jutawan Paris Hilton menonton bola sepak Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Johannesburg . Dia juga kenal baik dengan Jamie Foxx, Lindsay Lohan ,Usher Nicky Hilton dan David Katzenberg. Ayah David adalah pengasas Dreamworks Studios .Pada Mei 2010, akhbar New York Post melaporkan Taek Jho Low (28 tahun) didakwa membelanjakan AS$50,000 semalaman untuk berhibur dan menghadiahkan 200 botol arak berjenama bernilai AS$1,000 sebotol kepada pelakon Hollywood, Megan Fox.
Penswastaan pangkalan Sungai Besi
Pada Jun 2010, semasa persidangan Dewan Rakyat, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan Lapangan Terbang Tentera Sungai Besi dipindahkan . Tapaknya diswastakan dan dijual kepada Pembangunan 1Malaysia Bhd (1MDB). Jlo Low dikatakan menjadi penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu yang kini diperbadankan menjadi 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Dalam satu wawancara dengan The Star, Jho Low enggan mengakuinya. Lapangan terbang ini ada hubungan terus dengan Butterworth di utara, Kuantan di timur dan maklumat radar mobile dari Bukit Ibam.Pangkalan itu juga merupakan pusat sistem MADGE (Malaysia Air Defence Ground Environment) yang menggunakan sistem Hughes Air Defence Radar. Pemindahan Electronic Warfare Support Centre (EWSC) di pusat itu amat sensitif dan kritikal memandangkan ia pusat operasi tentera udara. Lokasi baru belum dimaklumkan. Sedbelum ini beberapa kem tentera di tengah bandar telah dipindahkan. Antaranya ialah Kem Majidee (Johor Bharu), Kem Transit Ampang, Markas 2 Div di Pulau Pinang, Kuarters Tentera di Batu Uban, di Pulau Pinang.
Urusniaga
Beliau bijak berkomunikasi dan memilih rakan niaga dari Kuwait, Arab Saudi , Jordan serta Putera Yousef Al Otaiba dari Abu Dhabi . Yousef adalah Dr Mana Al Otaiba yang menjadi Menteri Minyak UAE. Hubungan rapat antara kerajaan Malaysia dengan kerajaan di Timur Tengah meluaskan skop perniagaan dan pembinaan.
Rakan baiknya Hamad Al-Wazzan dari keluarga diraja Kuwait merupakan rakan sekolahan di Wharton Business School, University of Pennsylvania di Philadelphia, Amerika Syarikat dan Wall Street. Mereka tinggal di apartmen yang sama di Park Imperial dengan kadar sewa US$100,000 sebulan. Kebanyakan parti mewah seperti di Caesar Palace Las Vegas ditaja oleh rakan Arabnya. Selebriti yang hadir ialah Lindsay Lohan bersama arak Cristal Champagne.
Tuahnya mendadak semasa di universiti lagi apabila melabur dalam The Wynton Group dan pelbagai jual beli syer pelbagai syarikat di Timur Tengah dan Asia Tenggara. Antara teman rapatnya ialah anak Raja Hussein dari Jordan. Syarikatnya berkonsep SOHO terdapat di Malaysia, Singapura dan ibu pejabat di British Virgin Island. Sumber Wikipedia
Sumber laporan The Malaysian Insider:
Sementara itu, Low Taek Jho, 30-an, yang berasal dari Pulau Pinang, juga dikenali sebagai Jho Low, terlibat dalam penubuhan Terengganu Investment Authority (nama 1MDB sebelum ini).
Beliau masih lagi berpengaruh luas di 1MDB kerana hubungan rapatnya dengan pihak Abu Dhabi yang mempunyai urusan bernilai berbilion ringgit dengan syarikat kontroversi yang sarat menanggung hutang itu, yang dimiliki Kementerian Kewangan.
Low yang sering dilihat di parti mewah dengan selebriti Hollywood seperti Paris Hilton dan Leonardo Di Caprio, mempunyai urusan perniagaan dengan 1MDB, termasuk tawaran £1 billion (RM5.6 bilion) untuk kumpulan hotel UK Coroin Ltd yang gagal pada 2011.
1MDB memberi surat sokongan kepada Kumpulan Wynton milik Low untuk membeli Coroin yang memiliki beberapa hotel, termasuk Claridge’s.
Low membuat bidaan tersebut bersama rakannya Sheikh Mansour Zayed of Abu Dhabi, yang juga pemilik kelab English Premier League Manchester City.
Namun mereka gagal kerana sesetengah pemegang saham Coroin merasakan, perjanjian yang dicadangkan dengan hutang yang tinggi (seperti kebiasaan perjanjian dibuat 1MDB) tidak dapat berfungsi.
Namun Low dan Sheikh Mansour, yang membeli saham kecil dari Coroin sebelum cuba membeli semua sahamnya, dipercayai mengaut keuntungan besar selepas menjual saham mereka kepada pembeli berikutnya.
1MDB tidak pernah menjelaskan mengapa ia mengeluarkan surat sokongan tersebut, yang timbul semasa kes mahkamah di London melibatkan pemegang saham Coroin yang bertelagah, bagi membantu Low.
Tahun lepas, The Edge Media Group menyiarkan beberapa pendedahan tentang hal ehwal 1MDB, termasuk sokongan 1MDB bagi Low untuk membeli Coroin serta pembelian tanah RM1.38 bilion di Pulau Pinang seminggu sebelum Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13), daripada ahli perniagaan yang rapat dengan Low dan bapanya Tan Sri Larry Low Hock Peng.
The Edge melaporkan yang 1MDB terlebih bayar bagi bidang-bidang tanah yang bermasalah, dan ia akan kehilangan banyak wang untuk membina 9,999 perumahan mampu-milik, disebabkan kos tanah yang tinggi serta kos mengosongkan beberapa ribu rumah yang berada di sana sejak 1950-an.
Rujukkan:
1) https://ms.wikipedia.org/wiki/Low_Taek_Jho
wikipedia ni sesiapa boleh edit tokok tambah dan keraguan tetap ada
2) http://www.astroawani.com/…/siapa-sebenarnya-hartawan-jho-l…
Portal berita paling rakyat percaya kerana telus
3) http://mmy.malaysiakini.com/news/139261
Kisah Jho Low ni dari tahun 2010 Malaysiakini dah menulis pasal dia
4) http://www.themalaysianinsider.com/…/terbongkar-blogger-pro…
Dalang yang melagajan Tun M dan Najib pada awal cerita.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...