BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 18 July 2015

Polis Thailand tolak permohonan Malaysia dapatkan maklumat Justo


Polis Thailand tolak permohonan Malaysia dapatkan maklumat Justo
Published: 18 July 2015 2:08 PM




Polis Malaysia tidak menerima sebarang maklumat daripada pihak berkuasa Thailand berhubung siasatan ke atas bekas pengarah Petrosaudi International Xavier Ante Justo, kata pegawai kanan negara itu semalam.

Channel News Asia (CNA) melaporkan Lt Gen Prawuth Thawornsiri sebagai berkata, polis Thailand menolak permohonan Bukit Aman dalam siasatan terhadap warga Swiss berhubung kebocoran maklumat kepada sebuah portal yang mendakwa kerajaan Malaysia menyalahgunakan dana negara.

"Kita tidak boleh mendedahkan perkara terperinci kerana ia menjejaskan ramai orang. Tetapi Justo memberitahu kita semuanya dalam pengakuan," kata Thawornsiri kepada CNA.



"Bagi kes ugutan pula, siasatan kita lengkap tetapi bukti yang kita temui dikaitkan dengan banyak negara."

Beliau berkata polis Thailand memaklumkan kepada pihak berkuasa Malaysia agar menggunakan saluran diplomatik sewajarnya sekiranya mereka ingin mendapatkan bantuan dalam siasatan tersebut.

Menurut CNA semalam, kementerian luar Thailand berkata, Malaysia setakat ini masih belum menghubungi mereka berhubung siasatan tersebut.

Semalam akhbar Singapura Straits Times (ST) melaporkan jurucakap polis Thailand Prawuth Thavornsiri sebagai berkata, ahli Umno adalah salah seorang daripada 10 pembeli maklumat berkaitan Petrosaudi International daripada Justo.

Menurut akhbar tersebut, Justo memberitahu polis Thailand beliau menjual maklumat kepada kumpulan tersebut selepas gagal memeras ugut Petrosaudi sebanyak 2.5 juta matawang Swiss sebagai tukaran untuk tidak mendedahkan maklumat.

"Kebanyakan mereka, kira- kira 10 individu adalah daripada media dan mereka yang dalam lingkungan parti sama dengan perdana menteri," katanya seperti dilaporkan akhbar tersebut.

ST melaporkan juga, Prawuth menolak untuk mengenal pasti 10 individu terbabit namun berkata rundingan untuk membeli maklumat daripada Justo dirancang di Singapura dan Thailand. – 18 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-thailand-tolak-permohonan-malaysia-dapatkan-maklumat-justo#sthash.o0DuLCs6.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...