BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 14 July 2015

Pindahan RM2.6 Bil Ke Akaun Peribadi Tidak Timbul - Harap MCMC Siasat Kenyataan Husni Ini !!

Pindahan RM2.6 Bil Ke Akaun Peribadi Tidak Timbul - Harap MCMC Siasat Kenyataan Husni Ini !!

Tuesday, July 14, 20150 comments

Semua pihak diminta menghentikan segala dakwaan tidak berasas berkaitan urus niaga 1Malaysia Development Berhad (1MDB) selepas laporan awal siasatan Ketua Audit Negara baru-baru ini mendapati tiada bukti sebarang salah laku, kata Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. 

Menurut Ahmad Husni, susulan laporan Ketua Audit Negara itu, dakwaan liar sesetengah pihak termasuk tentang "kehilangan wang sebanyak RM42 bilion dan pemindahan AS$700 juta (RM2.6 bilion) kepada individu tertentu" tidak timbul.


Peeeergh ! 1MDB Bersih !!  Najib Clear !! Takde duit billion2 masuk akaun peribadi Najib !! 

astroawani




Betul ke ni Husni ? Dakwaan Bersih itu dibuat berdasarkan laporan awal Ketua Audit Negara ya ..... tapi kalau tak silap, masa sesi taklimat laporan interim kepada PAC, Ketua Audit ada berkata yang dia tidak akan siasat dakwaan WSJ kerana percaya BNM lebih pakar dalam kes sebegitu !

Satu lagi, Ketua Audit Negara juga kata, ada lagi dokumen yang belum diserahkan oleh 1MDB. Masih banyak lagi hal yang kita kena lihat, sebab itu kita perlu dokumen. - TMI 9/7



Habis tu macamana Husni boleh kata Tiada Bukti Sebarang Salah Laku ?

Makanya saya suka berikan peringatan kepada Menteri Kewangan 2, Datuk Ahmad Husni supaya hentikan dari menyebar maklumat palsu mengenai 1MDB !

MCMC dah sound baru ni ... kalau sabit salah, boleh kena denda dan penjara oooooo .....



Kita setakat ini cuma bertanya dan tuntut supaya Najib tampil mempertahankan kredibilitinya. Bukannya susah pun ..... cakap je yangTIDAK ADA WANG MASUK AKAUN PERIBADI SAYA! 

Lepas itu baru kita cakap tentang siapa yang masukkan duit itu, bayaran untuk apa, dan digunakan untuk apa .... haaaaa bab ni baru Najib boleh masuk dengan alasan bukan untuk kepentingan sendiri.

Penyebaran maklumat palsu bukan saja boleh ditujukan kepada penuduh tapi juga kepada pihak membela. Asalkan maklumat itu palsu, maka salah lah.

Jadi sekarang kita kena tanya dari mana Husni dapat maklumat di atas ? Siap keluar TV lagi sebentar tadi.....  

Harap MCMC siasat kenyataan Husni !

PS - Satu lagi, kalau tak silap, mengikut dakwaan WSJ melalui artikel dan imej yang dipaparkan, tidak ada disebut yang dana 2.6 billion itu datang dari 1MDB.

Yang disebut adalah SRC International, Gandingan Mentari S/B, dan Ihsan Perdana S/B.



No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...