BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 4 July 2015

Pasukan khas di tubuh siasat Najib


Pasukan khas di tubuh siasat Najib



Sebuah pasukan petugas khas, dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis Diraja Malaysia dan Bank Negara Malaysia, pun memulakan siasatan berhubung isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Pasukan ini memperoleh beberapa dokumen yang kemudiannya dikemukakan kepada saya untuk semakan.

Saya mengesahkan menerima dokumen-dokumen berkaitan 1MDB termasuk dokumen berkaitan dakwaan penyaluran dana ke akaun milik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak daripada pasukan petugas khas ini.Sehubungan itu, saya meneliti dan menyemak kesemua dokumen yang dikemukakan, dan seterusnya memberi nasihat dan panduan kepada pasukan petugas khas ini bagi mengambil tindakan lanjut.

Saya juga mengesahkan pada 3 Julai 2015, pasukan petugas khas ini menghantar pasukan siasatan ke syarikat SRC International Sdn Bhd, Gandingan Mentari Sdn Bhd dan Ihsan Perdana Sdn Bhd untuk mengadakan serbuan dan memper dokumen daripada ketiga-tiga premis terbabit.

Susulan semakan dan analisis yang dibuat ke atas dokumen-dokumen yang diperoleh hasil serbuan itu, saya juga memberi nasihat dan panduan susulan kepada pasukan petugas khas.
Siasatan akan memfokuskan setiap aspek yang dibangkitkan.

Saya yakin keanggotaan pelbagai agensi akan membolehkan siasatan dijalankan dengan lebih profesional dan terperinci.

Saya juga berharap semua pihak memberi kerjasama bagi membolehkan pasukan petugas khas ini menjalankan siasatan dan tidak mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengelirukan orang ramai.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...