BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 28 July 2015

NAWAITU = "SUPAYA UMNO KALAH PLIHANRAYA"


NAWAITU = "SUPAYA UMNO KALAH PLIHANRAYA"
Kita harus mengakui bahawa strategi taktikal team Najib memang cukup pintar. Sebelum ini saya menyangka bahawa ini semua arahan secara impulse daripada Datin. Tetapi bila difikirkan semula maka sudah jelas ada pengarah strategi yang lebih pintar mengatur kesemua domino ini.
Untuk mememahami strategi ini maka apa yang perlu fahami ialah grand master plan didalam kepala hotak pengarah taktikal itu sendiri yang mana Najib pun mungkin tidak tahu iaitu "Supaya UMNO/BN kalah pilihanraya". Itu saja kiblatnya dan jika memutarkan kompas pemikiran kita ke situ maka kesemua soalan terjawab kenapa mereka seola-olah tidak peduli dengan populariti UMNO yang menjunam ini.
1. SUPAYA UMNO KALAH PLIHANRAYA, Zahid Hamidi mesti jadi bakal Perdana Menteri.
Tak kiralah anda sokong Tun atau Najib, persoalannya siapa yang masih ada hati nak turun mengundi kalau Perdana Menteri ialah Dato Seri Zahid Hamidi dan timbalan pula Hishamuddin? 2 makhluk incompetent tu merupakan pasangan duo yang paling sesuai untuk 'menyatukan' orang UMNO untuk menyampah tidak turun mengundi.
Maka itu sebablah hanya selepas TSMY digugurkan barulah Pembangkang sebok nak buat usul undi tidak percaya ke atas Najib (masa TSMY masih TPM diorang pakat sokong Najib lagi). Sebab secara protokol kalaupun Najib diundurkan sekarang TSMY tetap tidak akan jadi PM mengganti juga. Malahan Zahid Hamidi pun senyap senyao berkomplot nak jatuhkan Najib sebab kalau Najib diundurkan secara undi tidak percaya, maka yang gantikan PM tentulah TPM dan TPM tu bukan lagi TSMY tapi Zahid Hamidi.
2. SUPAYA UMNO KALAH, PM/TPM harus tandatangan TPPA
UMNO sekarang sedang ditunggang oleh tiga ahli politik tidak popular, tidak cekap, diketahui mengamalkan politik wang dan bernafsu politik besar. Mereka ialah Najib yang nak kekal jadi PM dan dua lagi ialah Zahid Hamidi dan H20 yang nawaitu hidup mereka hanya nak jadi PM. Ketiga tiga malas baca buku dan bergantung hampir sepenuhnya kepada penasihat. Mereka juga sebenarnya agak pengecut, tidak suka befikir di luar kotak dan suka pilih penyelesaian mudah.
Sesiapa yang sudah biasa dengan sejarah dasar luar US akan tahu bahawa jika US mahukan sesuatu negara mengikut kehendaknya maka 2 perkara akan diselit dalam semasa perbincangan iaitu :
A. Rasuah - bagi negara-negara atau pemimpin yang mengalamai masalah kewangan, US akan menawarkan samada 'bantuan kemanusiaan' (ehem!) atau pinjaman mudah. Di Asia Tenggara sekarang memang ada seorang pemimpin negara yang memerlukan 'bantuan' ini memandangkan pemimpinnya terdesak untuk menutup lobang hutang 1MDB dan hutang batu permata.
B. Ugutan - Bersama dengan tawaran 'bantuan kemanusiaan' itu akan terselit juga ugutan kepada pemimpin yang dilihat was was hendak menerimanya. Contohnya ugutan bahawa tanpa bantuan kemanusiaan itu, sesuatu yang buruk boleh menimpa negara dan pemimpin itu akan dipersalahkan rakyatnya (terutamanya kalau dia memang salah). Bagi pemimpin politik yang takut dengan kuasa besar, maka jalan paling mudah tentulah ialah sain saja hari ni dan cong rakyat besok. Tiga manusia di dalam UMNO adalah calon-calon pak turut paling sesuai. Tengok sajalah bagaiamana mereka akur saja dengan tekanan pembangkang untuk hapuskan ISA. Ada satu bekas menteri KDN tu siap suruh PDRM merayu pada pengganas Sulu selama tiga minggu agar balik.
Jika TPPA ditandatangani maka akan semakin bencilah orang melayu dan rakyat pada UMNO/BN. Saya sebenarnya tidak pasti had limit para penyokong Najib ni. Adakah mereka tetap akan back up Najib jika Najib tandatangan TPPA? Saya dah kemukakan soalan secara terbuka tapi masih belum ada yang jawapan setakat ini.
3. SUPAYA UMNO KALAH, bibit 13 Mei harus disemai.
Pada tahun 1969 dulu orang cina (DAP dan Gerakan) sebenarnya dah menang pilihanraya tempatan, tapi bila berlaku 13 Mei maka cina dipersalahkan dan Gerakan-DAP dikira tumbang apabila Gerakan terpaksa menyertai Perikatan BN yang dipimpin oleh UMNO. So by the same logicjika berlaku 13 Mei lagi tapi UMNO yang dipersalahkan maka tumbanglah UMNO.
13 Mei atau sebarang anarki anti kerajaan adalah impian utama musuh negara dari luar. Lanskap politik dan kestabilan negara-negara seperti Indonesia, Thailand, Syria, Lubnan, Mesir dan lain lain semuanya berubah selepas berlaku rusuhan dan keganasan di jalanraya oleh demonstrasi anti-Kerajaan. Bukannya bertambah baik tetapi tak baik-baik sampai sekarang. Pertumpahan darah dan kehilangan banyak nyawa adalah pasti.
Secara 'kebetulan' sekarang ni jika berlaku 13 Mei part 2 maka tidak dapat tidak kesalahan akan berbalik kepada tiga jejaka bertuah ni iaitu Najib, H20 dan Zahid Hamidi sebab mereka adalah trio yang didokumantasikan di sebalik penghapusan ISA dan Ordinan Darurat.
Kes Bible, penghinaan oleh para anti-Islam, ketiadaan tindakan untuk menghalang aktiviti mubaligh kristian, penghinaan ke atas melayu, berleluasanya syiah dan wahabi, peningkatan kadar jenayah bersenjata dan pembunuhan oleh gangster India, penculikan kanak kanak dan gadis, aktiviti pemerdagangan manusia yang membawa kematian massal pun berleluasa dibawah lubah hidung mereka bertiga juga. Ini semua lambat laun akan berkumpul dan meletup menjadi 13 Mei Part 2.
Itu belum masuk MH307, MH17, ISIS, dan pencerobohan Sulu yang juga diinkompetenkan oleh mereka bertiga.
KESIMPULAN.
Dengan tersingkirnya TSMY maka penyokong UMNO yang mahukan Perdana Menteri baru kini berada dalam dilema yang amat luar biasa sebab '‪#‎unduerNajib‬ sekarang sudah bersamaan dengan ‪#‎Zahid4PM‬ dan‪#‎HishamuddinTPM‬ yang mana kedua-duanya sangat memualkan.
Lagipuan grand master plan pro-Mahathir adalah untuk menyelamatkan UMNO supaya tidak kalah PRU14. Tapi kalau Najib berundur dan Zahid & Hismamuddin naik jadi PM/TPM pun sama juga UMNO akan kalah PRU. Mereka berdua adalah poster boys yang paling tidak popular untuk memikat undi akar umbi, undi atas pagar dan undi gen-Y (dan satu diantara mereka disyaki ejen Anwarinas).
Saya difahamkan bahawa seorang Ketua Polis Bahagian Cawangan Khas juga telah ditukar dan secara profiling saya mengandaikan bahawa ini kesemua adalah persiapan kepada tarikh di mana Dato Seri Najib akan meletak jawatan dan diganti oleh Zahid Hamidi sebagai PM manakala Hishamuddin sebagai TPM.
It make sense sebab dengan terlucutnya jawatan Peguam Negara yang sebelum ini berkuasa memfailkan pertuduhan dan terlucutnya jawatan Ketua Polis Bahagian Cawangan Khas tersebut yang berkuasa ke atas simpanan bukti-bukti siasatan polis ke atas 1MDB, maka ini jelas menunjukkan perancangan tersusun untuk menghalang pendakwaan ke atas Najib dan keluarganya.
Dan itulah punca utama disebalik kesemua kejadian ini. Iaitu semasa di umrah dulu Dato Seri Najib sudahpun membuat perjanjian bagi mendapatkan jaminan daripada Zahid Hamidi dan Hishamuddin bahawa jika dia meletak jawatan maka Dato Seri Najib dan keluarga tidak akan menerima nasib seperti Thaksin (Thailand) dan Suharto (Indonesia).
Sudah tentu imbalan kepada perjanjian itu ialah Zahid Hamidi jadi PM manakala Hishamuddin jadi TPM. Of coz lah kan.
Sesungguhnya ketiga-tiga mereka telah ditipu hidup hidup oleh the Grand Master yang mencaturkan pergerakan mereka. Mereka menyangka ini adalah win-win strategi untuk mereka dan UMNO - tapi hakikatnya tidak.
UMNO dan MALAYSIA sedang dikapankan.
P/S Tambahan:
Satu lagi saya nak tambah ialah mengenai facepalm saya kerana memikirkan bagaimana dua tokoh yang sebelum ini dipopularkan oleh grass roots sebagai calon yang layak menjadi PM juga telah tertipu hidup-hidup.
Mereka ialah Tok Mat (N9) dan Adenan Sateem (Sarawak).
Umum mengetahui bahawa terdapat 3 Pemimpin Negeri popular yang dikatakan sebagai berpotensi menjadi Perdana Menteri Malaysia iaitu..
1. Tok Mat (my favourite)
2. Mukhriz
3. Adenan Sateem.
Dari 3 calon ini dua ada masalah teknikal iaitu (a) Mukhriz sebab bapak dia Mahathir dan rasanya bapak dia pun tak akan bagi dia jadi PM untuk elak fitnah (b) Adenan Sateem sebab dia bukan UMNO dan partinya di Sarawak tiada kekuatan di parlimen.
So yang ideal tentulah Tok Mat kan?
Tapi Tok Mat dah kena tipu... Entah apa mimpi dia tetiba keluar statemenet sebijik macam jemuan Najib pula. Maka downlah imej dia di mata ahli-ahli UMNO yang pro-Tun Mahathir.
Adenan Sateem pun kena tipu juga,,, Dia pun dah terdeclare dia sama taraf dengan blongang Najib. Malahan dia buat mistake lebih besar dari Tok Mat sebab dia siap kutuk Tun Mahathir.
Kesimpulan? Calon 1,2,3 pun dah out.
We have nothing left.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...