BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 5 July 2015

NAJIB TELAH TERPERANGKAP ????

NAJIB TELAH TERPERANGKAP ????
MENILAI KEBARANGKALIAN KESAHIHAN DAKWAAN DAN BEBAN BUKTI YANG ADA PADA WSJ, SARAWAK REPORT.
Berdasarkan maklumat yang ditimbulkan dalam laporan-laporan mereka, dan cara mereka pertahankan pendedahan mereka saya berpendapat berkemungkinan besar mereka telah memiliki sekurang-kurangnya dua bukti:
(1) Butiran transaksi elektronik atas talian (wire transfer) dalam mata wang US Dollar ($USD) daripada Tanore Finance Corp. yang berpusat di British Virgin Island kepada Falcon Private Bank (dahulunya milik AIG sebelum diambil alih oleh IPIC) di Singapura sebelum disalurkan ke Ambank.
(2) Buku atau kertas cek atau penyata bank (remittance documents) penyaluran wang dalam mata wang Ringgit Malaysia (RM) yang tertera tandatangan ahli pemegang syarikat untuk anak syarikat MOF Inc. yang diselia dibawah Menteri Kewangan iaitu SRC International kepada anak syarikat SRC (SPV – Special Purpose Vehicle) iaitu Gandingan Mentari Sdn. Bhd, dan disalurkan kepada satu lagi SPV iaitu Ihsan Perdana Sdn. Bhd, sampailah kepada akaun “private” DS Najib di Ambank.
Mari kita sama-sama nilai kemungkinan kesahihan melalui ulasan saya di bawah:
---
BUKTI (1)
Untuk bukti (1) ianya amat-amat maklum. Falcon Private Bank bukan bank biasa. Ianya adalah “boutique swiss-bank” yang hanya digunakan oleh orang-orang kaya. Sama juga BSI yang simpan “units” 1MDB di Singapura yang mana bank induknya BSI SA Lugano berpusat di Switzerland.
Seperti gambar yang tertera di bawah melibatkan tuduhan (indictment) kes rasuah oleh US Justice Department ke atas FIFA yang berlaku baru-baru ini, sebarang transaksi melibatkan mata wang US Dollar, ianya terpaksa lalui bank-bank Amerika Syarikat khusus di New York tak kisah ianya dihantar dari bank Malaysia ke bank di Malaysia atau dari bank Singapura ke bank Malaysia. Asalkan ada US Dollar, regulators Amerika mesti dapat tahu. (Wells Fargo masih tidak menafikan).
Maka dalam kes Falcon Private Bank dan Tanore Finance Corp., penyaluran jutaan US Dollar ke akaun “private” DS Najib di Ambank telah dikesan oleh penyelia undang-undang kewangan (regulators) di US kerana ianya melalui bank Amerika - Wells Fargo.
BUKTI (2)
Untuk bukti (2), bukti mungkin juga seperti (1) yang ada pada Bank Negara pada masa yang sama melibatkan dokumen bertulis seperti cek (remittance documents).
Bagaimana pula dengan penafian Shamsul Anwar Sulaiman yang merupakan “Pengarah Urusan” Ihsan Perdana menafikan tuduhan-tuduhan penyaluran wang tersebut?
Berdasarkan penjelasan ini berkemungkinan besar Shamsul Anwar Sulaiman adalah “legal owner” (sama seperti Datuk Suboh Yassin dan Nik Faisal Ariff Kamil), bukannya “beneficial owner” kepada Ihsan Perdana.
Mungkin beliau tidak tahu apa yang dilakukan oleh “beneficial owner” Ihsan Perdana yang telah disahkan berdasarkan maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Memang selalunya “beneficial owner” tidak akan zahirkan dokumen dan maklumat ini kepada “legal owner”.
Pokok soalannya: Siapa penama yang dipercayai oleh DS Najib? Siapa yang tandatangan cek untuk salurkan duit? Siapa yang namanya muncul dalam kesemua dan ketiga-tiga syarikat (SRC International, Gandingan Mentari, Ihsan Perdana) yang menjadi perantara kepada penyalurang wang tersebut?
Individu yang berautoriti di sini kemungkinan besar ialah Nik Faisal Ariff Kamil.
WSJ sendiri mendakwa punya beban bukti dokumen berkenaan Nik Faisal:
"Nik Faisal Ariff Kamil, a director of SRC International, declined to comment. Mr. Kamil had power of attorney over Mr. Najib’s accounts, according to documents that were part of the government investigation."
--
KESIMPULAN
Saya fikir dua beban bukti (1) dan (2) di atas ada pada Wall Street Journal, Sarawak Report dan juga kini mungkin pada AG.
Wallahua’lam. Sekadar mengulas atas ulasan yang telah didedahkan. Kita sama-sama tunggu.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...