BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 12 July 2015

Najib Minta Kita Nilaikan Berita Sebelum Percaya ...... Anda Nilaikan Gossip ini !

Najib Minta Kita Nilaikan Berita Sebelum Percaya ...... Anda Nilaikan Gossip ini !

Sunday, July 12, 20150 comments

Ahad selalunya trafik internet slow apalagi kalau waktu malam. Jadi rasanya sesuailah kalau kita bergossip sikit... hehehe... tapi sebelum tu, suka saya sampaikan peringatan dari Najib sepertimana majlis di Pekan tadi -

Najib kata kita jangan cepat percaya dan terpengaruh dengan berita di media sosial. Najib minta kita buat penilaian sendiri apakah berita yang disampaikan melalui media sosial itu benar atau palsu.

Betul tu, saya setuju sangat2. Kalau menurut penilaian kita ada kebenarannya, maka benarlah dan bolehlah kita terima/percaya.

Oya, sebelum ini tersebar berita di media sosial yang ramai percaya ada kebenarannya tapi bila di sanggah secara tegas dan tepat oleh pihak yang dituduh, maka kita terimalah penafian itu. 

Bank Negara Malaysia (BNM) menafikan dakwaan bahawa pegawainya telah membocorkan maklumat sulit kepada pihak media sambil menegaskan BNM tidak menyebelahi mana-mana pihak dan juga tidak akan memperdaya amanah rakyat.

"Dakwaan ini adalah tidak berasas sama sekali," BNM berkata mereka telah membuat laporan polis berhubung perkara itu. 
astroawani.


Menurut penilaian logik, jika BNM berani buat repot Polis terhadap dakwaan itu, sedikit sebanyak ia mencerminkan kredibiliti BNM dalam isu berkaitan. Biarlah pihak berkuasa pula yang siasat. sekurang2nya di pihak BNM, mereka berani mempertahankan integriti yang dimiliki. 

Bagaimana pula penilaian anda dengan berita ini -

KLiK

BUKAN saya tanya apakah anda percaya atau tidak kepada Task Force tapi adakah anda percaya kepada lafaz sumpah jawatan ?

Hahahaha ...... semua wakil rakyat akan angkat sumpah jawatan tapi berapa ramai yang hidup mengikut pendapatan resmi dan/atau melalui pendapatan lain yang diketahui umum sebelum mereka dipilih ?

Begitu juga penjawat2 awam ( dan swasta ) yang bersumpah jawatan ? Bukan semua tapi point saya, bukan soal angkat sumpah atau tidak saja yang menentukan kepercayaan kita. 

Dalam soal Task Force, saya rezab kepercayaan saya sehingga saya teliti hasil siasatan. Jangan ada yang pelik. Cuma satu, kepercayaan saya itu akan naik berlipat kali ganda jika orang yang disiasat itu digantung jawatan atau bercuti sehingga siasatan selesai. Normal la tu kan ....

Ni satu lagi ..... apakah penilaian anda kepada kenyataan ahli MT Umno ni -

TMI
Dia kata serangan media luar seperti WSJ terhadap Najib merupakan satu usaha terancang untuk melumpuhkan kepimpinan Melayu di Malaysia.

Sekarang ramai pro Najib yang menggunakan sudut hujah itu untuk pertahankan Najib. Well ..... boleh diterima walaupun saya agak skeptik sikit.

Sebabnya ...... saya nak tanya - SERANGAN APA ? 

Adakah SERANGAN itu merupakan satu serangan berbentuk Retoriks yang sememangnya payah untuk dibuktikan atau serangan terhadap dasar2 kerajaan yang mempertahankan hak Melayu ?

WSJ hanya dakwa Najib terima deposit USD2.6 juta dalam akaun peribadinya. Itu saja. Payah sangatkah nak tangkis ? 

Kalau Wall Street Journal dan Sarawak Report tuduh sejumlah wang 1mdb yang berjumlah USD700 juta dimasukkan ke dalam akaun peribadinya, DS Najib tanpa berlengah harus pergi ke balai polis terdekat untuk buat laporan polis terhadap pihak yang kononnya memfitnah beliau. Fitnah ini pula disebarkan ke seluruh dunia yang amat memalukan beliau serta imej negara. Malangnya, DS Najib enggan lapor polis serta tidak ambil tindakan saman malu secara secepat yang mungkin.....  Kenapa?? 

Surat dari pihak peguam DS Najib yang dihantar ke Wall Street Journal pula hanyalah seutus surat 'bodoh' yang cukup melucukan. Bukan surat saman tetapi surat untuk meminta penjelasan dari Wall  Street Journal saja. Saya tak tahu samada peguam 'benak' atau DS Najib pun tak faham bahasa. 

Rakyat Malaysia mahu Pahlawan Bugis kesayangan mereka bangkit mempertahankan maruah dirinya sendiri dan maruah negara yang tercabar melalui satu notis saman bernilai billion2 USD !! 
Secara jujur dan ikhlas, saya sebagai rakyat marhein ingin menasihati DS Najib agar sekurang-kurangnya bercuti untuk izinkan satu siasatan yang komprehensif oleh pihak 'task force' dapat dijalankan secara telus, adil lagi saksama.
.
Itu saya copy dari blog Datuk Khairuddin - InsyaAllah ....Najib Akan Tumbang !

Direct to the point ! 

Kebenarannya tetap ada..... serangan WSJ amat mudah ditangkis jika Najib tampil dan jawab dengan mudah - Saya TIDAK ADA menerima sebarang deposit seperti yang didakwa dalam akaun peribadi saya !

Senang, kan ? Kemudian buat repot Polis dan hantar Notis saman kepada WSJ supaya tarik balik atau berdepan dengan saman USD2.6 billion.

Tak perlu nak libatkan Umno atau kerajaan pun. Najib sendiri boleh lawan serangan itu kerana sememangnya serangan itu bersifat peribadi. 

Jadi penilaian kita terhadap kenyataan ahli MT tadi harus mengambilkira bentuk serangan itu dan cara kita jawab yang seharusnya berpaksikan kepada Berani Kerana Benar.

Seperti kata Tan Sri Sanusi tidak berapa lama dulu...... yang telah saya ubahsuai! -

Kalau duit itu tidak masuk akaun najib, alhamdulillah lah. Tapi bagaimana kalau duit itu benar-benar masuk akaun Najib ? Kita menyesal nanti bila kita kalah. Waktu itu dah terlambat .....

( well, actually he said -  Kalau pemikiran Tun Mahathir itu salah, alhamdulillah lah. Tapi bagaimana kalau pemikiran Tun Mahathir itu betul ? Kita menyesal nanti bila kita kalah. Waktu itu dah terlambat ....   KLiK  )


OK..... Gossipnya .......

Ingat cerita Pengerusi Koperasi Kampung baru ni - KLiK ? Dengar cerita minggu lepas dia panggil mesyuarat tidak resmi ahli lembaga pengarah koperasi di rumahnya. Sebelum itu, orang dah bising lagi bila penyata banknya dibocorkan oleh cucunya. Ceritanya, posmen yang hantar penyata tu ke rumah Pengerusi disambut oleh cucunya. 

Budak kecil .... manalah dia tahu apa2. Dia buka dan habis dijajanya satu kampung yang atuknya ada banyak duit dalam bank ! Ditunjuknya penyata bank beberapa deposit juta2 masuk akaun atuknya.

Jadi dalam mesyuarat tidak resmi itu, Pengerusi BUAT PENGAKUAN bahawa apa yang disebarkan oleh cucunya itu BENAR !! Memang betul itu akaunnya dan memang betul deposit2 itu masuk akaunnya.

Cuma dia bagi alasan ..... tujuan dana itu bukan untuk kepentingan dirinya sendiri tapi demi ahli2 lembaga pengarah dan juga koperasi itu juga.

Jadi Pengerusi minta ahli2 lembaga pengarah koperasi supaya turut sama mempertahankan transaksi itu. 

Hmmmm ..... anda nilaikanlah gossip itu. Jangan terus percaya. Ambilkira faktor2 lain juga ...

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...