BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Monday, 20 July 2015

NAJIB HARUS BERCUTI SEHINGGA SIASATAN SELESAI


NAJIB HARUS BERCUTI SEHINGGA SIASATAN SELESAI
Yab dato sri najib tun razak harus bercuti dari tugasan Perdana Menteri sehinggalah proses siasatan oleh 'task force' keatas semua tuduhan terhadap 1mdb serta kemasukkan dana rm2.6 billion dalam akaun peribadi dato sri najib selesai!!
Ini sepatutnya dijadikan asas untuk dato sri najib memberi ruang siasatan yang bebas, telus, adil serta secara komprehensif tanpa dipengaruhi oleh bayangannya. Tetapi apa yang meragukan kita adakah 'task force' membuat siasatan dan hasil yang diperolehi bakal dilaporkan kepada Perdana Menteri?!
Kaedah serta struktur ini tidak tepat sama sekali!!
Ini merupakan satu polemik dan isu yang sangat besar kerana tuduhan telah dilemparkan pada ketua kerajaan iaitu Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai bahan bukti!! Bukan saja tuduhan dari dalam negara tetapi juga dari negara-negara luar!! Ini amat serius!!
Ahli-ahli parlimen sepatutnya memohon dan mendesak sidang tergempar parlimen bagi menubuhkan satu 'royal commission' bagi membuat siasatan secara terperinci lagi bebas. Peranan 'task force' benar-benar meragukan rakyat jelata. Ketua-ketua dalam 'task force' adalah terdiri dari penjawat awam di bawah Perdana Menteri Malaysia.
Yakinilah isu justo hanya untuk mengalih pandangan rakyat daripada persoalan pokok iaitu skandal syarikat 1mdb serta kemasukkan duit-duit ke dalam akaun peribadi dato sri najib serta datin sri rosmah mansor.
Kes akaun peribadi dato sri najib dan datin sri rosmah bukan pun matlumat dari justo!! Isu ini pun amat sahih!! Dato sri najib tak nafi itu bukan akaun beliau tetapi sekadar menyatakan bahawa beliau tidak guna duit-duit tersebut untuk kepentingan peribadinya!! Apa maksud ini??!!
Apakah pihak polis di raja malaysia dan sprm sudah memanggil dato sri najib dan datin sri rosmah untuk menyiasat kes ini?! Ketua polis negara dan ketua pesuruhjaya sprm mesti buat kenyataan samada dato sri najib dan datin sri rosmah telah dipanggil untuk memberi keterangan mengenai punca dari mana datangnya duit-duit ini yang begitu banyak jumlahnya?!
Begitu juga dengan tan sri zeti akhtar aziz selaku gabenor bank negara kena beritahu keseluruhan rakyat samada beliau mengetahui ataupun tidak mengenai akaun-akaun peribadi dato sri najib serta datin sri rosmah?! Tapi takkan tan sri zeti tidak tahu kerana jumlah yang dimasukkan dalam akaun dato sri najib dan datin sri rosmah bukan satu jumlah yang kecil!!
Kenyataan dan pengesahan dari ketua polis negara, ketua pesuruhjaya sprm dan gabenor bank negara amat penting kearah bersikap telus tanpa memilih bulu bagi memulihkan semula keyakinan rakyat jelata pada badan-badan berkuasa di negara kita.
Apa pun dato sri najib harus bercuti sehingga semua siasatan terhadap dirinya selesai dan seandainya didapati tidak bersalah barulah beliau boleh memegang semula jawatan tampuk pemerintahan nombor satu negara ini.
Pada pendapat peribadi saya secara jujur dan ikhlas; insyallah dengan izin dan berkat dari Allah swt beliau bakal tumbang serta hanya masa terdekat bakal menentukannya!! Ameen yarabbal alameen.....


No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...