BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 7 July 2015

Najib hanya perlu tunjuk akaun bank, kata Dr Mahathir selepas laporan WSJ

Najib hanya perlu tunjuk akaun bank, kata Dr Mahathir selepas laporan WSJ

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak senang membuktikan beliau tidak bersalah seperti didakwa akhbar The Wall Street Journal dengan hanya perlu menunjukkan akaun banknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Julai, 2015.Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Datuk Seri Najib Razak senang membuktikan beliau tidak bersalah seperti didakwa akhbar The Wall Street Journal dengan hanya perlu menunjukkan akaun banknya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 8 Julai, 2015.
Tun Dr Mahathir Mohamad mencabar Datuk Seri Najib Razak mendedahkan akaun banknya selepas perdana menteri menafikan dakwaan The Wall Street Journal (WSJ) yang sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi beliau sejak Mac 2013.
Najib menafikan menggunakan wang syarikat milik kerajaan Strategic Resources Corporation (SRC) untuk "kegunaan peribadi" dan menghantar surat tindakan undang-undang kepada akhbar perniagaan Amerika Syarikat itu berhubung laporannya.
"Anda kata anda nafikan, tunjukkan akaunnya," kata Dr Mahathir kepada stesen televisyen British Broadcasting Corporation (BBC) dalam wawancara disiarkan hari ini.
Ia merupakan kenyataan pertama Dr Mahathir selepas pendedahan WSJ Jumaat lalu, walaupun beliau banyak menulis di blognya mengenai kehidupan mewah Najib dan meminta pihak berkuasa percukaian menyiasat kekayaan perdana menteri itu.
Wall Street Journal (WSJ) melaporkan AS$11.1 juta (RM42 juta) daripada SRC dipindakan antara beberapa syarikat berkaitan kerajaan sebelum akhirnya dimasukkan ke 2 akaun peribadi Najib di AmBank Kuala Lumpur antara Disember 2014 dan Februari tahun ini.
Pemindahan lebih besar sebanyak AS$681 juta dikatakan dibuat kepada akaun Najib melalui 2 transaksi pada Mac 2013, sebelum pilihan raya pada Mei tahun sama. Wang itu daripada syarikat British di Kepulauan Virgin.
Dr Mahathir memberitahu BBC, amat mudah jika Najib hendak membuktikan dirinya tidak bersalah.
"Dia ada semua akaun bank itu, dia hanya perlu arahkan 'kamu sila tengok dan siasat akaun saya'.
"Kenapa dia tak jawab dakwaan yang dibuat terhadapnya? Bila orang dakwa dia melakukan sesuatu, dia hanya kata itu mengarut dan tak betul," katanya.
Dr Mahathir beberapa kali menggesa Najib meletakkan jawatan, memberi tekanan kepada beliau dan menyebabkan ahli Umno berpecah akibat kepimpinan presiden parti itu.
Mereka yang setia kepada Najib menggesa siasatan perlu dilakukan terlebih dahulu, manakala unit propaganda kerajaan Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) berkata, dakwaan WSJ itu merupakan sebahagian komplot antarabangsa untuk menyerang kempimpinan Malaysia. – 8 Julai, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/najib-hanya-perlu-tunjuk-akaun-bank-kata-dr-mahathir-selepas-laporan-wsj#sthash.7Sj8yoJ3.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...