BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Monday, 20 July 2015

NAJIB BOLEH DIANGGAP SEBAGAI PENGKHIANAT KEPADA NEGARA.-KERAJAAN NAJIB "GORENG" KES JUSTO?


KERAJAAN NAJIB "GORENG" KES JUSTO?

1) Kita sedia maklum Justo seorang bekas eksekutif kanan PetroSaudi International telah ditahan oleh polis Thailand di negara itu atas pertuduhan membocorkan rahsia syarikat yang berurusan dengan 1MDB tersebut. Dia juga didakwa mengugut syarikat carigali minyak tersebut untuk membayarnya sejumlah wang agar dokumen-dokumen sulit syarikat tersebut tidak dibocorkan.

2) Polis Thailand mengesahkan Justo menjual dokumen-dokumen urusniaga PetroSaudi International dengan 1MDB itu kepada beberapa individu termasuk pihak media yang pro pembangkang di Malaysia. Dikatakan dokumen-dokumen itu pula telah dipalsukan oleh kumpulan yang menerimanya dari Justo tersebut.

3) Yang menghairankan ialah, jika dokumen-dokumen sulit tersebut mempunyai "harga" untuk dijual, sudah tentulah ia mempunyai nilai tertentu untuk dijadikan modal bagi pihak pembangkang atau musuh negara, di mana ia dapat menunjukkan KORUPSI dan SALAH URUS NIAGA membabitkan kerajaan Najib.

4) Maka kenapa pula dokumen-dokumen sulit tersebut perlu dipalsukan (oleh pihak pembeli) jika ianya sudah pun mengandungi rahsia-rahsia KORUPSI urus niaga yang boleh mengoncang pentadbiran Najib? Siapa yang palsukannya? Apa bukti ia dipalsukan? Jawapannya ada pada Justo.

5) Tetapi kenapa pula polis Thailand tidak memberi akses kepada polis Malaysia untuk menemui Justo bagi mendapatkan keterangan lanjut darinya? Apa rahsia pentadbiran Najib yang Thailand pegang hasil dari soal siasat ke atas Justo tersebut? Kenapa Thailand tidak mahu kongsi maklumat tersebut sedangkan kita berjiran dengannya?

6) Dan kenapa portal berita pro pembangkang yang berpusat di London, Sarawak Report tersebut tidak disaman oleh pihak Najib atas dakwaan menyebarkan fitnah atau dokumen palsu membabitkan 1MDB? Kenapa hanya hantar notis guaman kepada WSJ sahaja sedangkan pihak yang paling utama membongkar skandal 1MDB ini ialah Sarawak Report dan akhbar The Edge.

7) Tun Mahathir dituduh Najib sebagai antara dalang yang terlibat kononnya memfitnah dirinya, tetapi kenapa "dalang" tersebut tidak ditahan, disaman atau didakwa di mahkamah? Kenapa Najib masih berlindung di belakang TV3 yang berterusan menghentam elemen-elemen dari Tun Mahathir yang tiada kaitan pun dengan skandal 1MDB tersebut?

8) Bagaimana pula dengan dakwaan Bekas MB Terengganu, Datuk Ahmad Said bahawa Najib cuba cagar (gadai) kawasan minyak petroleum Terengganu (aset negara) untuk urusan bisnes 1MDB nya? Bukankah itu suatu dakwaan berat? Jika benar, Najib boleh dianggap pengkhianat kepada negara.

9) Kita kena faham bahawa Najib yang melantik dirinya sebagai Menteri Kewangan juga terlibat secara langsung dengan urusan bisnes 1MDB kerana Menteri Kewangan turut mewakili kepentingan kerajaan Malaysia dalam syarikat pelaburan tersebut. Dan apa-apa jua urusan jual-beli bernilai tinggi melibatkan MARA, Tabung Haji atau urusan KWAP, KWSP turut melibatkan pengetahuan serta keputusan terakhir di pihaknya.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...