BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 28 July 2015

MUHYIDDIN JANGAN GENTAR LAWAN MESTI LAWAN


MUHYIDDIN JANGAN GENTAR
LAWAN MESTI LAWAN
TS Muhyiddin jangan putus asa. Rakyat dan ahli2 UMNO yang celik politik, tidak korup, bukan status pecacai, anti kemungkaran tetap menyokong Muhyiddin. Anda terlah menyatakan pendirian tegas dan bermaruah mengenai skandal 1MDB yang melibatkan Najib dengan para kroninya. Anda meletakkan kepentingan rakyat, UMNO dan negara di atas kepentingan pribadi anda. Anda tahu risikonya bila menyatakan pandangan yang berlawanan dengan Najib yang super rakus dan korup itu. Anda dipihak yang benar. Allah dan rakyat yang anti rasuah, anti penyalahgunaan kuasa, anti takut bini tetap berdiri teguh dengan anda.

Yang penting anda mesti kekal sebagai timbalan presiden UMNO. Ini pilihan dan sokongan dari para perwakilan kepada anda. Jangan letak jawatan penting ini. Anda mesti awasi setiap tindakan, penyelewengan yang dilakukan Najib dan ahli-ahli MKT yang menjadi kroninya. Mesti direkodkan segala buah fikiran semua ahli MKT supaya menjadi bahan bukti kelak.

Sebenarnya Najib sudah melanggar tatasusila tradisi UMNO/BN. Jawatan presiden dan timbalan presiden UMNO sejak dulu "berhak" menjawat jawatan PM dan TPM. Ini diterima baik oleh semua parti komponen BN. Bila Najib pecat Muhyiddin sebagai TPM dan melantik Zahid Hamidi sebagai pengganti bermakna dia melanggar tatatertib tradisi UMNO/BN. Memang betul PM mempunyai kuasa melantik siapa saja, termasuk para pecacainya yang bodoh sombong, uzur intelek, kitar semula sebagai jemaah menteri. Tetapi jawatan TPM mesti dari timbalan presiden UMNO! 

Justeru itu Zahid tidak layak menjadi TPM kerana dia hanya seorang naip presiden yang kewibawaan, integriti dan taraf intelektualismenya dipertikaikan. Nampak sekali Najib hendak meletakkan kroni-kroni, para parasitnya dalam kabinet yang bertaraf matyeh dan kaldai tua pansiunan. Ahli-ahli UMNO mesti buka minda dan mendesak Najib berpegang teguh pada amalan tradisi BN/UMNO yang membolehkan timbalan presiden UMNO sebagai TPM. 

Najib sudah menjadi desperado akibat bala 1MDB. Dia sudah terjerat dalam mainan politik kotornya sendiri. Dua akaun pribadinya di Ambank Private dengan duit sebanyak RM2.6 bilion itu sudah memerangkap dirinya. Dia mengaku kedua akaun itu kepunyaannya dan mengaku dia tidak menggunakan wang itu untuk kepentingan dirinya! Nah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke bumi juga. Pelanduk lupa pada jerat tapi jerat tak lupa pada pelanduk. Akhirnya pelanduk tua yang korup super rakus memerangkap dirinya sendiri!

Rakyat dan ahli2 UMNO sokong Muhyiddin kerana dia tidak mahu skandal 1MDB menghancurkan UMNO dalam PRU 14. Dia, Muhyiddin, sedar sokongan terhadap UMNO semakin menipis akibat penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa Najib dalam kes 1MDB ini.

Rakyat dan UMNO menyokong perjuangan Muhyiddin. Dia di jalan yang benar. Ahli-ahli UMNO jangan berpeluk tubuh lagi menjadi penonton yang buta matahati. Survival UMNO terletak pada sokongan anda. Kalau anda sokong Najib kekal sebagai presiden UMNO merangkap PM untuk menghadapi PRU 14 alamat kulluhumlah UMNO. Kalau anda sayangkan UMNO, mahu kembali berkuasa selepas PRU 14 maka anda mesti bertindak berani, jujur dan ikhlas mendesak Najib meletakkan jawatan sekarang, dan menyokong Muhyiddin untuk memimpin kerajaan dan UMNO. InsyaAllah UMNO akan kembali berkuasa selepas PRU 14.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...