BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 16 July 2015

MENGAPA NAJIB MEMBISU SIMPANAN RM2,600 JUTA?



MENGAPA NAJIB MEMBISU
SIMPANAN RM2,600 JUTA?
Najib kantoi kerana tidak menyangka rahsia kemasukan wangs sebanyak RM2,600 juta dari sumber luar negara itu boleh terdedah pada umum. Lebih mengejutkannya WSJ, akhbar bisnes terkemuka dunia, pula yang mendedahkannya. 
Dia boleh kontrol semua media perdana dengan TV3 sebagai corong propaganda murahanyna. Sekarang seluruh dunia tahu dia punya dua akaun pribadi di Ambank Private, KL dengan wang sebanyak USD700 juta (RM2,600 juta) sebelum PRU 13. Banyak pihak berpendapat sebahagian besar wang itu digunakan untuk kempen PRU 13. Najib membisu saja.

Kalau dia mengaku bermakna BN merasuah dan akibatnya keputusan PRU 13 boleh dianggap tidak sah, dan terpaksa diadakan pilihan raya yang baru. Kalau ini berlaku harapan kemenangan BN amat tipis kerana rakyat sudah tidak yakin lagi dengan kepimpinan anak Tun Razak ini.

Dia cuma bersilat dengan penafian kononnya dia tidak menggunakan duit itu untuk kepentingan dirinya. Penafiannya itu sudah menjadi bukti bahawa dia mengaku menerima wang sebanyak itu dalam akaun pribadinya. 
Najib sudah terperangkap dengan penafiannya sendiri. Inilah jawapan kebijaksanaan yang bodoh.
Kalau benar pasukan penyiasat "Empat Abdul" itu telus, profesional, meletakkan kepentingan rakyat, negara dan menurut undang2 maka mereka boleh soalsiasat Najib mengenai sumber kemasukan wang yang banyak itu. Selain dari itu BNM pula boleh mengarahkan Ambank Private memberi butir-butir kemasukan dan keluaran wang dalam akaun pribadi Najib untuk siasatan. 
Zeti tentu tahu tentang kemasukan wang itu kerana setiap transaksi kewangan untuk masuk dan keluar negara mesti dilaporkan ke BNM. Nampaknya Zeti juga seolah-olah bersekongkong dengan Najib dalam hal kemasukan wang itu. Ambank Private juga melakukan kesalahan tidak melaporkan kemasukan wang asing yg banyak dalam akaun pribadi Najib. 
Sebenarnya Peguam Negara boleh bertindak menurut undang2 mengheret Najib, Zeti dan CEO Ambank Private ke mahkamah atas isu ini saja. SPRM juga perlu siasat tetapi ia juga menikus kerana melibatkan PM.
Oleh itu bolehkah rakyat menyakini ketelusan dan kejujuran pasukan petugas khas yang duduk di bawah ketiak PM itu?
 Peguam Negara sendiri pernah buat kenyataan bahawa enam akaun yang dibekukan itu tidak termasuk dua akaun pribadi Najib yang sudah ditutup. Apakah itu bermakna pasukan bertugas menganggap siasatan mereka mengenai kemasukan wang USD700 juta dari sumber asing itu sudah selesai? Jangan memperbodohkan rakyat.

Rakyat mahu pasukan petugas khas i ni memeriksa dua akaun Najib yang ditutup itu dengan teliti supaya tahu sumber kemasukan wang itu dan butir2 pengeluarannya dari akaun Najib sebelum PRU 13 sebelum kedua akaun ditutup. WSJ sudah mendedahkan Najib menerima wang itu, dan Najib sendiri mengakuinya. Fokus pasukan khas ialah terhadap dua akaun Najib ini untuk menyiasat aliran kemasukan dan pengeluaran wang yang menjadi kontroversi itu. Jangan mengalih pandangan rakyat pada isu akaun-akaun lain yang dibekukan tetapi tidak meneliti dan menyiasat akaun Najib yang ditutup itu. Jangan berpura-pura menembak gajah tapi pelanduk yang kena.

Besar kemungkinan lebih banyak pendedahan akan dibuat oleh WSJ dan Sarawak Report yang membogelkan segala skandal yang ada kaitan dengan Najib dan 1MDB serta pihak asing nanti. Bangkai gajah mana boleh ditutup dengan nyiru beb. Banyak orang berpendapat pasukan khas ini pun tidak dihormati rakyat kerana "empat Abdul" yang diamanahkan membuat siasatan itu semuanya enggeh pada PM. Seperti laporan Ketua Audit Negara mengenai 1MDB kononnya semuanya beres buat rakyat menyebek, tak percaya dengan laporannya. Mereka pegawai kerajaan beb menjalanan tugas yang "diamanahkan" PM.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...