BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 16 July 2015

Lester Melanyi Penyelamat Maruah 1MDB dan Najib ? Hahahahaha ....

Lester Melanyi Penyelamat Maruah 1MDB dan Najib ? Hahahahaha ....

Friday, July 17, 20150 comments

Ingatkan nak Raya ni takdelah apa2 isu baru yang timbul, masing2 lupakan sekejap isu2 politik terutamanya berkaitan 1MDB dan sambung semula lepas beraya. Rupa2nya ada pihak tak senang duduk membiarkan rakyat dengan keadaan sediaada, paling tidak diorang nak juga selitkan sedikit propaganda yang mampu beri sedikit ruang bernafas kepada Najib.

Semua dah baca kenyataan Rahman Dahlan semalam kan ? Ada saya copykan di bawah. Punyalah usaha team Najib nak buat gempak minit terakhir .... habis dikerahnya askar2 siarkan kenyataan itu.

Point utama Rahman adalah semua pendedahan yang dibuat oleh Sarawak Report adalah palsu dan dakwaan itu berpandukan kenyataan/laporan polis oleh bekas editor SR bernama Lester Melanyi.



Turut bersama pakej kali ini adalah siri video yang merakamkan aksi Lester bercakap. - KLiK.

Baca di Mkini.

Nak komen apa ya ..... ? Setakat apa yang dipaparkan ..... mungkin ia sesuatu yang gempak buat pro Najib. Tapi bagi saya ... tidak nampak lagi apakebendanya yang gempak itu. Mungkin belum keluar lagi kot.

Harap2 adalah apa yang disebut sebagai bukti kukuh itu kalau tidak sekali lagi team Najib akan ditertawakan oleh rakyat.

Setakat ayat yang kononnya diambil dari emel yang dikirim oleh Clare yang berbunyi - “Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!” - saya rasa masih terlalu jauh untuk menyakinkan rakyat akan dakwaan Rahman ini.

Rakyat mahu tengok dan bandingkan antara yang ORI dengan yang PALSU. Itu saja bukti yang boleh menyakinkan rakyat. Dedahkanlah dokumen yang ORI itu. 

Satu perkara yang ingin saya tekankan di sini - Jika benar terdapat salahlaku SR dalam isu ini sebagaimana didakwa, maka bertindaklah ke atas SR !

Salah tetap Salah. Tapi isu 1MDB tetap kena jawab.

Jika tujuan segala episod pendedahan oleh PMO ini adalah untuk menyucikan 1MDB, suka saya ingatkan bahawa hampir kesemua persoalan yang ditanya oleh rakyat adalah merujuk kepada sumber 1MDB dan Kementerian Kewangan sendiri juga laporan2 dari media arus perdana mengenai transaksi2 yang berlaku.

Satu lagi, jika apa yang didedahkan selama ini oleh SR adalah palsu, adalah satu perkara yang amat senang untuk disanggah oleh 1MDB sendiri. Tak perlu tunggu pendedahan si Lester sebab 1MDB sendiri boleh kantoikan melalui dokumen yang mereka sendiri ada. 

Begitu juga dengan kes Najib Billion2. Najib punya akaun, Najib sendiri boleh kantoikan segala dakwaan palsu terhadap dirinya. Tunjukkan penyata bank bagi membuktikan segala transaksi billion2 itu adalah palsu/tidak wujud.

APA YANG PAYAH SANGAT ? ? ?

Itulah persoalan utama yang bermain di fikiran rakyat dan pastinya menjadi perbualan utama rakyat ketika cuti panjang ini - APA YANG PAYAH SANGAT UNTUK NAJIB JAWAB ?

Tak perlu heret parti Umno, tak perlu heret kerajaan, tak perlu libatkan maruah bangsa dan keselamatan negara bagai ..... Najib SENDIRI boleh jawab.

Pro Najib akan kata - eleh, kalau jawab pun apakah korang nak terima ?

Masalahnya Najib TAK JAWAB lagi ! Terlalu sukar untuk Najib berkatakesemua transaksi itu adalah PALSU, tidak ada deposit billion2 masuk akaun peribadi saya. Nah, ini penyata bank saya mengikut tarikh/bulan/tahun yang didakwa.... MANA ADA deposit2 itu ?

                                              **************************

Satu lagi lawak bodoh adalah dari Ngo CAGM yang mengaku mereka BERBOHONG selama ini dengan pelbagai kenyataan. ( KLiK )

Saya harap pihak MCMC akan dakwa mereka yang dibelakang CAGM kerana tindakan mereka adalah satu jenayah ! Mereka mengaku telah menipu rakyat. Kumpulan Ambank sudah mula siasat perkara yang berkaitan dengan mereka - KLiK.

Saya sendiri tidak pernah nak layan CAGM ni... tak tahulah macamana yang mereka boleh dakwa berjaya 'jual' cerita mereka.

Apapun alasan yang diberi bagi penipuan mereka, apa yang mereka lakukan adalah salah dan harus dikenakan tindakan.

                                  **********************

Terbaru mengenai kes Xavier Justo, beliau dikatakan mengaku bertemu dengan beberapa individu di Singapura bagi merunding untuk menyerahkan dokumen2 Petrosaudi. Tapi Justo menafikan ada mengubahsuai dokumen2 asal itu. - TMI.

Bagi saya tidak ada salahnya kalau ada sesiapa yang berjumpa Justo atau sesiapapun di Singapura atau di mana sekalipun. Melainkan kalau dapat dikaitkan dengan perkara jenayah.

Yang saya tahu, Najib, 1MDB dan beberapa Menteri kita yang terpaksa membuktikan dakwaan yang mereka lemparkan kononnya Justo ada ubahsuai dokumen milik Petrosaudi untuk diberikan kepada SR.

                                 **********************

Beberapa hari lepas peguam Najib ada keluarkan kenyataan menyatakan bahawa artikel WSJ mengenai Najib Billion2 itu mengelirukan ! 

Sebab itu mereka hantar surat minta penjelasan ...... 

Bila ditanya apakah tindakan lanjut selepas tamat tempoh 2 minggu itu jika tidak ada balasan dari WSJ -
 
Mohd Hafarizam berkata pihaknya perlu mendapatkan arahan daripada Najib terlebih dahulu.

Bernama
Kalau tak pasti atau keliru mengenai dakwaan pembabitan 1MDB, kenapa tidak tuntut saja penarikan artikel itu atas alasan TIDAK WUJUD segala transaksi deposit billion2 itu ? Tak kiralah dari siapapun sebab dakwaan transaksi itu sendiri telah mencemar nama Najib selaku PM Malaysia.

PS - Pendek kata, apapun usaha team Najib bagi mengalih tumpuan rakyat dari persoalan2 utama yang mengenai 1MDB dan Najib, semua itu tidak mampu menjelaskan kenapa 1MDB terpaksa bergolok gadai ketika ini untuk bayar hutang berbillion2.


KENYATAAN MEDIA
UNTUK SIARAN SEGERA
JULAI 15, 2015

1.​ Telah dibawa kepada perhatian saya pagi ini, satu laporan polis yang telah dibuat oleh seorang pengadu di mana satu bukti baru telah dikemukakan tentang salah-laku pengendali laman web Sarawak Report: Claire Rewcastle Brown.

2. ​Laporan polis itu mendakwa Claire Brown telah melakukan pemalsuan fakta berkaitan isu 1MDB, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Razak, Datin Sri Rosmah Mansor, Reza Aziz, Petrosaudi dan isu-isu lain yang berkait-rapat dengan 1MDB.

3.​ Pengadu tersebut mendakwa beliau mempunyai bukti kukuh bahawa wujudnya niat jahat oleh pihak-pihak berkepentingan untuk melunaskan sebuah misi yang bergelar: “Mission to criminalize Dato Seri Najib Tun Razak dan 1MDB”.

4.​ Selain daripada itu, pengadu juga mendakwa bahawa niat jahat itu bertujuan untuk menjatuhkan nama baik dan maruah kerajaan dalam mentadbir-urus negara, di samping bertujuan untuk memesongkan rakyat supaya membenci kerajaan.

5.​ Pengadu juga mendakwa bahawa segala tindakan – termasuk pemalsuan fakta yang dilakukan oleh pihak-pihak berkepentingan tersebut – telah memberi tekanan kepada ekonomi negara.

6.​ Saya difahamkan bahawa bukti baru yang dikemukakan oleh pengadu kepada pihak polis – termasuk sebuah video pengakuan seorang individu yang terlibat secara langsung dalam perbuatan memalsukan fakta, penerbitan dan penyebaran fakta palsu – di laman web Sarawak Report.

7.​ Sehubungan dengan itu, saya menggesa supaya pihak Polis Diraja Malaysia dapat memberi perhatian khusus terhadap laporan polis yang dibuat oleh pagi tadi dan siasatan segera dilakukan tanpa lengah lagi.

8.​ Saya juga memohon pihak polis untuk segera menghubungi rakan sejawat mereka dalam Interpol, supaya individu-individu yang dinamakan dalam video pengakuan tersebut dapat disoal siasat oleh pihak Interpol dan polis United Kingdom. Ini penting agar bukti-bukti lain yang masih dalam tangan atau pegangan mereka tidak dimusnahkan atau dialihkan oleh pihak-pihak yang berkepentingan.

9.​ Saya telah dimaklumkan bahawa individu-individu warga British yang dinamakan dalam video pangakuan tersebut hanya akan memberi keterangan jika ada penyiasatan rasmi oleh pihak berkuasa di United Kingdom.

10.​ Menurut kandungan salinan laporan polis tersebut, video pengakuan yang dibuat oleh seorang individu turut mendedahkan beberapa nama pemimpin pembangkang yang didakwa bersengkokol dengan Clare Brown dan Sarawak Report. Pendedahan ini perlu disiasat rapi oleh Polis untuk mencari kebenaran dan keadilan kepada semua pihak yang terbabit dalam isu 1MDB.

11.​ Selain daripada video pengakuan tersebut, saya dimaklumkan bahawa pengadu juga telah menyerahkan kepada pihak polis, sesalinan email yang didakwa telah ditulis oleh Claire Brown. Antara isi kandungan email yang bertarikh 1 Mac 2015 tersebut, Claire Brown telah didakwa menulis:

“Thanks! Yes it was quite a job!…. sitting up night after night cleverly ‘forging’ all those documents!!!!!”

12.​ Pada masa ini, apa yang dimaksudkan oleh Claire Brown melalui email itu tidak dapat dipastikan. Tetapi oleh kerana sejak akhir-akhir ini ramai pihak yang ragu dengan Claire Brown dan laporan Sarawak Report memalsukan fakta, saya berharap pihak Interpol, polis United Kingdom serta Polis Diraja Malaysia dapat menyiasat apa yang dimaksudkan dalam email berkenaan.

13.​ Akhir sekali, saya berkeyakinan tinggi bahawa pihak Polis Diraja Malaysia akan menyiasat laporan polis ini dengan terperinci, profesional dan telus. Saya juga mempunyai tahap keyakinan yang sama bahawa pihak Interpol akan memberi kerjasama kepada Polis Diraja Malaysia untuk mengesahkan dan mencari kebenaran dalam isu pemalsuan fakta dalam Sarawak Report.

Datuk Abdul Rahman Dahlan
Pengarah Strategik Komunikasi Barisan Nasional
Putrajaya
Malaysia

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...