BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 19 July 2015

KITA TANYA LAIN 1MDB JAWAB LAIN


KITA TANYA LAIN 1MDB JAWAB LAIN
Saya tak faham dengan sikap 1mdb yang senantiasa cuba elak jawab persoalan pokok yang dipertikaikan oleh rakyat di negara kita.
Rakyat tanya mana perginya semua wang pelaburan 1mdb di kepulauan cayman melebihi jumlah rm7 billion?! Di mana wang tersebut berada pada masa kini?!
Apa jadi dengan sejumlah wang 1mdb sepertimana kata dato sri najib disimpan dalam bentuk tunai berjumlah usd1.103 billion di bank BSI singapura?!
Selepas dato sri najib tipu parlimen pada bulan mac 2015 melalui jawapan bertulisnya dan akhirnya dipinda kononnya simpanan tersebut di dalam bentuk unit pulak; rakyat nak tahu unit apa?! Zahirkan lah kepada umum apa yang dimaksudkan dengan unit yang disimpan dalam bank BSI singapura tersebut?! Di dalam akaun syarikat brazen sky ltd ni ada aset-aset apa?! Kita nak tahu!! Huraikanlah!!
1mdb telah umumkan secara terbuka bahawa wang pelaburan pada petrosaudi sejumlah rm2.5 billion telah ditukarkan kepada pinjaman islamik murabaha apabila perjanjian syarikat 1mdb dengan petrosaudi ditamatkan!!
Persoalannya, pada pendapat peribadi saya gabenor bank negara iaitu tan sri zeti akhtar aziz sepatutnya dakwa 1mdb di bawah akta 'money laundering' atau pengubahan wang haram!!
Syarikat 1mdb bukan sebuah institusi kewangan yang mempunyai lesen perbankan islam. Macamana 1mdb boleh beri pinjaman murabaha kepada petrosaudi?! Modal berbayar syarikat 1mdb hanyalah rm1juta; ini bermakna mereka tidak layak pun untuk nak memohon lesen perbankan islam!!
Jadi keseluruhan rakyat di negara kita tanya apa kelayakan untuk 1mdb beri pinjaman murabaha tersebut pada petrosaudi?!
Saya pun pernah tanya gabenor bank negara begitu banyak wang-wang negara yang dilaburkan oleh syarikat 1mdb di luar negara; adakah mereka memaklumkan kepada bank negara duit-duit tersebut masuk keluar dari negara kita?! Apakah bank negara mempunyai rekod-rekod aliran keluar-masuk wang-wang 1mdb ini?!
Kenapa selama ini bank negara hanya bersikap membisu tanpa sebarang ulasan langsung mengenai polemik skandal syarikat 1mdb ini?!
Begitu juga saya tanya lembaga pengarah 1mdb syarikat mana yang buat 'valuation report' keatas pembelian sebidang tanah di ayer itam, pulau pinang untuk tujuan pembinaan rumah kos sederhana serta kos murah?! Berapa nilai sebenar harga tanah tersebut?!
Sejumlah hampir rm1.3 billion telah dibayar pada pembelian tanah tersebut oleh 1mdb. Kenapa bayar pada kadar yang terlalu tinggi?!
Begitu juga dengan pembelian aset-aset janakuasa yang hampir tamat kontrak 'power purchase agreement' dengan Tenaga Nasional (TNB) itu dibayar pada harga yang amat tinggi!! Keputusan ini amat meragukan!!
Bagaimana 1mdb dapat tanah trx pada kadar yang murah dari kerajaan malaysia telah diberikan hak 60% ekuiti dikuasai oleh syarikat luar dari australia iaitu lend lease ltd?! Ini tanah kerajaan tetapi kenapa bagi hak pada orang asing untuk menguasai pegangan ekuiti secara majoriti?!
Dulu kata jho low tiada kaitan dengan 1mdb tetapi ada 'judgement' dari mahkamah di london mengaitkan jho low mewakili 1mdb secara rasmi dengan bida pembelian sebuah hotel di sana!!
Dato sri najib kata tak kenal dan jho low tiada kaitan dengan beliau tetapi ada gambar jho low dengan dato sri najib, datin sri rosmah serta riza aziz. Macamana tu?!
Timbalan menteri kewangan; dato ahmad maslan tipu parlimen kata kementerian kewangan tak pernah keluarkan surat jaminan untuk pinjaman 1mdb dan akhirnya terbukti di sebaliknya dan dato ahmad maslan kena minta maaf di dewan rakyat!!
Matlumat-matlumat ini tiada kaitan serta bukan diberikan oleh justo pun!!
Banyak lagi persoalan-persoalan skandal syarikat 1mdb yang boleh saya huraikan tetapi terlalu panjang berjela-jela. Moralnya, matlumat persoalan-persoalan ini tiada kaitan langsung pun dengan matlumat justo!! Hakikatnya, justo tidak ada kena mengena pun dengan polemik skandal syarikat 1mdb di negara kita.
Tetapi kes justo ini akan serta bakal memunafaatkan dengan memberi satu platform untuk berbagai-bagai lagi pendedahan skandal 1mdb dapat dimaklumkan ke seluruh dunia!! Sama-samalah kita menanti!!
Kini, arul kanda kandasamy banyak bercakap tentang pelan rasionalisasi 1mdb untuk kurangkan hutang syarikat tersebut. Arul kanda tak faham persoalan sebenar yang rakyat nak tahu!!
Kalaupun 1mdb jual semua aset-asetnya dan berjaya bayar hutang syarikat mereka di bawah pelan rasionalisasi ini tetapi persoalannya mana pergi duit-duit 1mdb yang dilaburkan sebelum ini??!!
Duit-duit syarikat 1mdb sebelum ini apa dah jadi dan di mana hilangnya!!!!


No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...