BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 5 July 2015

Kemelut Najib Billion2 - Keutamaan Najib Perlu Dapatkan Kepercayaan Rakyat Terlebih Dulu

Kemelut Najib Billion2 - Keutamaan Najib Perlu Dapatkan Kepercayaan Rakyat Terlebih Dulu

Monday, July 6, 20150 comments

Tidak banyak perkembangan hari Ahad ini kecuali kenyataan2 dari Najib -

"Sehari dua ini, mereka telah membawa macam-macam berita. Saya telah menjadi mangsa kepada serangan mereka secara bertubi-tubi kononnya saya songlap duit yang besar. 

"Saya berterima kasih kerana ramai juga menyatakan bahawa mereka tidak percaya (songlap duit),"


Najib juga berkata pembangkang telah menggunakan media sosial memainkan isu bagi mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin BN. Beliau berkata media sosial kini bukan lagi mencari kebenaran tetapi membawa berita terkini tanpa mengira ketepatan dan kesahihan laporan yang disiarkan.

"Matlamatnya bukan untuk mendedahkan kebenaran tetapi untuk mengubah persepsi rakyat terhadap kerajaan dan pemimpin. 

"Ini bukan untuk membina akal budi rakyat supaya berfikir secara matang, mengisi minda kita dengan fakta benar sebaliknya apa yang mereka lakukan ialah ubah persepsi.
 

"Itulah matlamat mereka. Kalau persepsi negatif, mereka boleh tambah undi masa pilihan raya," katanya. - astroawani


Dari Mkini "Saya telah merujuk perkara ini kepada peguam-peguam saya dan peguam-peguam saya akan memberi nasihat kepada saya apakah tindakan susulan dalam bentuk undang-undang dan sebagainya yang boleh saya buat dalam negara dan luar negara," 

"Saya akan buat keputusan dalam masa beberapa hari lagi akan apa tindakan selanjutnya yang akan saya ambil berhubung dengan dakwaan yang cukup jahat,"  

Juga Mkini -  "Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun," 

.
                                              ********************************

Whatever lah !  Rakyat cuma nak tahu apakah dakwaan oleh WSJ dan SR itu betul atau palsu. Mereka kata bukti yang mereka ada betul dan berita itu sudah tersebar SATU DUNIA. Najib pula kata tak betul ..... jadi salah satu pihak menipu. 

Apakah harus dibiarkan penipuan itu berlanjutan ? 

Sebagai Ketua Negara, Najib harus bertindak. Tidak cukup dengan menafikan saja segala dakwaan itu. Nama Najib dan negara Malaysia sudah tercemar dan menjadi tanggungjawab Najib untuk bersihkan semula. Jika Najib berjaya, beliau akan muncul sebagai HERO.

Dari reaksi yang saya baca, memang itulah yang ditunggu2 oleh rakyat - Najib kena lawan ! 

Kalau tidak, siapa yang sanggup nak berGolf Diplomasi lagi bersama Najib ? Pemimpin2 negara lain pun ahli politik juga. Persepsi rakyat menjadi keutamaan seorang ahli politik.


TOP ASIAN NEWS tuh ! Satu dunia dah baca ....

Hujah pro Najib yang paling kuat sekarang adalah semua dakwaan itu berupa satu bentuk Konspirasi Kuasa Asing.  

Apakah pendedahan isu 1MDB itu satu konspirasi ? 

- Ya tiada siapa nafikan WSJ, Sarawak Report ada agenda masing-masing yang kita perlu awasi. Mereka hanya buat kerja mereka iaitu menghidu kelemahan kita yakni korupsi dan pecah amanah untuk mereka ambil kesempatan ke atas keculasan dan kebodohan kita. 




Adakah ianya satu konspirasi asing? Ya.



Adakah Tun Mahathir membantu konspirasi asing? Tidak. 


Saya sudah ulaskan dulu sebulan lalu (https://goo.gl/Iwsjb9) bahawa pendedahan-pendedahan The New York Times (NYT) yang mereka sanggup terjemahkan ke dalam dua bahasa vernakular terbesar di Malaysia adalah mirip modus operandi media asing untuk menjatuhkan Suharto sekaligus menjajah ekonomi Indonesia melalui "Structural Adjustment Plan" di bawah IMF dan World Bank. 

Objektif utama: membangkitkan kemarahan rakyat jelata.

TPPA adalah salah satu mekanisme kepada dasar "containment" ini dan Malaysia berada di tengah-tengah kancah yang besar seperti yang saya telah beri amaran setahun lalu dalam tulisan saya "Pelanduk on the Pivot: Is Malaysia 3S Ready?" (http://goo.gl/PBwxKv). 


1MDB adalah keldai sekaligus kuda trojan (mule and trojan horse) untuk operasi ini melalui mekanisme perangkap hutang (debt entrapment) menggunakan "pensabotaj ekonomi" (economic hitmen) seperti yang dijelaskan oleh bekas economic hitmen, John Perkins yang sudah berlaku ke atas Greece sejak tahun 2000 (http://goo.gl/CTNRgG).



Siapakah "economic hitmen" untuk 1MDB? Goldman Sachs. 

Baca analisis menarik ini seterusnya - KLiK.


Satu lagi pembacaan menarik sementara menunggu Sahur - Why M’sian gomen so heboh over a Swiss guy arrested in Thailand?


                                                *****************************



Ada satu perkembangan menarik juga bila gambar Datuk Khairuddin bersama Clare Brown, editor Sarawak Report dijaja oleh askar2 Najib, bukan calang2 blogger sehingga RockyBru pun turut sama mainkan persepsi kononnya gambar di atas menjadi bukti yang mengaitkan segala dakwaan WSJ dan SR dengan Tun Mahathir !

Pertamanya, gambar itu diambil beberapa tahun yang lepas di dalam sebuah negara di rantau ASEAN bukannya di London.

Keduanya, Clare Brown dan suami beliau adalah sahabat saya dari London. Perjumpaan kami sekadar berdasarkan pada tali persahabatan saja. Baca seterusnya jawapan dari Datuk Khairuddin -KLiK.



Saman ! Sekarang ni semua main SAMAN jer !! Takder dah Tunggu Audit!


                                                ***************************

Terlintas satu perkara bab saman menyaman ni ...... sekiranya Najib saman WSJ dan SR di atas artikel yang didakwa sebagai fitnah itu, apakah keputusannya bakal diketahui segera ? Bila masuk court pun belum tahu apatahlagi keputusannya.  Mungkin saja makan masa bertahun2 .......

Bagaimana kalau proses mahkamah itu tidak sempat selesai menjelang PRU14 ?


Apakah nasib Umno BN nanti bila berdepan dengan pengundi dalam keadaan kes ini masih dalam perbicaraan ? Makanya pada pandangan saya, Najib dan 1MDB masih perlu buat sesi soal jawab dengan rakyat. Biarlah betul2 Nothing2Hide.

Dengan cara itu, sekurang2nya Najib dapat kembalikan sokongan dari rakyat Malaysia terlebih dahulu. Itu pastinya menjadi Plus Point bila bertempur dipentas antarabangsa kerana antara perkara yang terlebih dahulu dilihat oleh dunia luar adalah - Apakah rakyat Malaysia sendiri sokong Najib ?

Jadi hentikanlah acara menuding jari mencari kambing hitam dalam isu 1MDB. Tak laku ! Sebab rakyat nampak jelas sejelas2nya yang 1MDB sedang berdepan masalah dan ini diakui sendiri oleh Najib dan Kementerian Kewangan.

Dan jangan terus berlagak bodoh sombong dengan menempelak sesiapa saja yang tidak dapat menerima penjelasan longgar dari 1MDB sebagai pro pembangkang.

Cubalah bersikap rendah diri .... at the end rakyat adalah BOS anda. Anggaplah sesi soal jawab itu sebagai sesi penerangan antara pekerja (1MDB) dengan Bos (rakyat). Masuk akal ke kalau pekerja menempelak bos bila penjelasan dari pekerja tidak cukup lengkap ?


PS - Dalam soal dakwaan Najib Billion2, mungkin nampak mudah tapi saya setuju, kenapa tidak bank2 yang dikaitkan dengan transaksi dana itu tunjukkan penyata bank bagi membuktikan TIDAK ADA transaksi yang didakwa itu ?

Kalau pemilik akaun sendiri yang tunjuk, tidak timbul isu BAFIA. WSJ dan SR dakwa ADA masuk..... Najib tunjuk je penyata yang TIDAK ADA masuk.  Simple kan ? Ke tidak ?

PS2 - Tolong lah jangan mainkan persoalan - Takkanlah Najib bodoh sangat nak masukkan billion2 dalam akaun sendiri ..... bila teringat kes Tunai-Aset-Unit, saya nak jawab pun tak sampai hati !

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...