BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 26 July 2015

"KEHEBATAN JHO LOW "FLIPPING COMPANIES" TIDAK SEMUDAH "FLIPPING BURGER PATTIES": ATAS DASAR APA MEREKA DITAHAN REMAN OLEH SPECIAL TASKFORCE 1MDB?




"KEHEBATAN JHO LOW "FLIPPING COMPANIES" TIDAK SEMUDAH "FLIPPING BURGER PATTIES": ATAS DASAR APA MEREKA DITAHAN REMAN OLEH SPECIAL TASKFORCE 1MDB?
Perhatikan dengan jelas baju oren yang dipakai oleh Dato' Rosman Abdullah, tahanan reman ke-4 yang dibuat oleh team Special Task Force di bawah Tan Sri Gani Patail ke atas individu yang bersangkut paut dengan skandal 1MDB.
Tertulis pada baju oren itu "LOKAP SPRM".
Waran tahanan reman yang dikeluarkan mahkamah setakat ini ke atas keempat-empat tahanan reman itu ialah atas dasar AKTA MAJLIS PENCEGAH RASUAH MALAYSIA di bawah SEKSYEN 17 iaitu berhubung MEREKA YANG DISYAKI MEMBERI ATAU MENERIMA RASUAH.
Bila dah masuk lokap, akan ada yang bercakap tapi macam SPRM mengeluh, selalunya apa mereka cakap dalam tahanan reman, 70% daripada mereka bila masuk mahkamah akan ubah testimoni.
Selalunya kes SPRM kalah di mahkamah yang menyebabkan penjenayah terlepas kerana ALASAN-ALASAN TEKNIKAL BUKAN MORAL! (rujuk:http://www.thestar.com.my/…/MACC-laments-witnesses-who-cha…/)
Soalnya sekarang kenapa mereka khususnya Dato' Rosman Abdullah ditahan reman bawah Seksyen 17 Akta MACC??
Tang mana yang beliau disyaki menerima atau memberi rasuah sampai melayakkan beliau memakai baju oren LOKAP SPRM???
Kita kena faham transaksi berbelit-belit yang melibatkan Jho Low, Nik Faisal, Mahony dan juga Tabung Haji yang mana Dato' Rosman Abdullah adalah "watak sampingan" berhubung CODE NAME: "Projek Utopia". (rujuk:http://www.themalaysianinsider.com/…/why-jho-low-teamed-up-…)
Dalam "Project Utopia" ini, Jho Low gunakan PetroSaudi International untuk ambil alih Putrajaya Perdana Bhd. secara "private" dalam program "privatisation" UBG Bhd. Ya Jho Low ketika itu sudah pun berurus niaga dengan 1MDB melalui PetroSaudi International.
Diringkaskan cerita untuk orang awam yang sukar nak ikut jejak-jejak laporan The Edge, [ada hemat saya, SPRM menahan beliau untuk bertanya bagaimana beliau melalui satu "Special Purpose Vehicle" (SPV) yang baru dibuat, Cendana Destini Sdn. Bhd. punya duit untuk membeli pegangan (equity) Putrajaya Perdana Berhad daripada UBG Berhad yang Jho Low jual kepada UBG dengan jumlah nilai sampai lebih RM 300 juta!!! Kita tak tahu berapa jumlah sebenar yang dibayar oleh Cendana Destini Sdn. Bhd. kepada UBG Berhad (berapa ringgit satu share??) sampai Cendana Destini Sdn. Bhd. yang kecil boleh "GOBBLED UP" Putrajaya Perdana Berhad??
Soalnya dari mana datang duit sebanyak itu?
Siapakah "bos" atau "BENEFICIARY OWNER" Cendana Destini Sdn. Bhd. yang dipandu oleh Dato' Rosman????
Adakah Dato' Rosman proksi kepada seseorang???
Adakah daripada JV PetroSaudi 1MDB???????????
Dan kenapa sejurus daripada itu Lembaga Urusan Tabung Haji yang mana CEOnya Tan Sri Ismee Ismail yang juga merangkap ahli lembaga pengarah 1MDB terus beli pegangan Putrajay Perdana Berhad sebanyak 30% secarra OFF MARKET (TIDAK DIMAKLUMKAN KEPADA PAKCIK MAKCIK PENDEPOSIT TABUNG HAJI)??
Apa yang Wie Hock Kiong dapat setelah menjual pegangan beliau kepada UBG Berhad??
Putrajaya Perdana Berhad bukan syarikat cekadak, memang power! Tersohor! Hanya dibelakang SP Setia, EcoWorld sebagai pemaju hartanah! Takkan Wie Hock Kiong boleh "blah" macam tu saja?
Setelah melupuskan pegangan beliau daripada Putrajaya Perdana, Wie Hock Kiong dan adiknya Hock Beng memegang hampir 60% pegangan Pesona Metro dan duduk dalam lembaga pengaranya.
Nak tahu apa Wie Hock Kiong dapat melalui Pesona Metro selepas beliau tinggalkan Putrajaya Perdana Berhad?
Seperti laporan The Star (http://www.thestar.com.my/…/04/22/Highway-job-on-the-cards/…), Persona Metro Holdings Bhd yang akan berkongsi projek bernilai RM 2 BILION untuk buat highway dengan Putrajaya Perdana Berhad.
Bukan itu saja Persona Metro seperti ulas The Star dapat kontrak kerajaan yang lumayan untuk bina:
"The construction firm’s other projects include the Port Klang bridge, the Election Commission building in Putrajaya, the Government Building Complex in Johor, a hostel for University Malaysia Perlis and high-end service apartment The Mews."
Kesimpulan saya:
ON THE GROUND OF SUSPICION, SPRM BOLEH MENAHAN DATO' ROSMAN DI BAWAH SEKSYEN 17 UNTUK MENYOAL SIASAT DARI MANA DATANG DUIT SEBANYAK RATUSAN JUTA TERSEBUT UNTUK MEMBELI PEGANGAN PUTRAJAYA PERDANA BERHAD YANG TELAH DISWASTAKAN OLEH JHO LOW PADA AWALNYA DALAM PROGRAM PENGSWASTAAN UBG BERHAD OLEH KAWAN-KAWAN JHO LOW DALAM PETROSAUDI INTL YANG TURUT SAMA PUNYA "JOINT VENTURE" DENGAN 1MDB YANG KEMUDIANNYA PEGANGAN PUTRAJAYA PERDANA BERHAD DIBELI PULA SEBANYAK 30% ENTAH DALAM HARGA BERAPA SECARA BELAKANG TABIR (OFF MARKET) OLEH PEMEGANG AMANAH PAKCIK MAKCIK PENDEPOSIT TABUNG HAJI IAITU LEMBAGA URUSAN TABUNG HAJI.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...