BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Wednesday, 22 July 2015

Kalau Nak Lompat Kapal Inilah Masa Nya.



Kalau Nak Lompat Kapal Inilah Masa Nya.
Ramai pemimpin Umno baik di peringkat MT dan Bahagian sedang tertanya tanya bila kah masa yang sesuai untuk mereka 'lompat kapal'. Nasihat BO, baca lah dengan teliti semua tanda tanda yang semakin hari semakin jelas. Tanda tanda yang reputasi dan kedudukan Najib dah semakin mustahil untuk di pertahankan.
Selain dari TSMY dan Shafie Apdal , setakat ni hanya kem Hishammudin yang dah mulai boleh membaca semua tanda tanda tu. Jadi lah antara orang yang pertama. Tak ada siapa yang akan ingat orang yang terakhir. Kepada sesetengah pemimpin, pilihan dan perkiraan yang tepat akan menjadi penentu kepada kerjaya politik mereka. Yang bintang nya dah malap mungkin akan bersinar kembali. Begitu juga yang bersinar terang mungkin akan tiba tiba malap dan bakal di lupai.
Untuk memudah kan pemimpin Umno membuat keputusan, berikut adalah antara tanda tanda yang perlu di 'baca' dengan serius.
1. Tangkapan demi tangkapan telah di buat berkaitan wang yang berbillion yang masuk ke akaun peribadi PM.
2. Kerajaan Singapura juga telah membekukan akaun 1MDB di Singapura yang di percayai terlibat dalam penyalahgunaan kuasa dan rasuah.
3. Akhbar The Edge dah menyerahkan puluhan ribu dokumen berkaitan 1MDB pada penyiasat khas yang di anggotai oleh PDRM, SPRM, BNM dan Jabatan Peguam Negara.
4. Lim Kok Wing pun dah meletak kan jawatan dan dah tak sanggup lagi nak memulihkan imej PM yang dah semakin mustahil untuk di pulihkan.
5. Ringgit semakin merudum tanpa sebarang tanda campurtangan dari BNM untuk menstabilkan nya. Kemungkinan nya rezab matawang asing BNM dah semakin kontang.
6. Betapa kem Najib semakin terdesak apabila sanggup mengunakan khidmat Lester Melanyi untuk membersihkan nama beliau. Lester Melanyi bekas pemberita Sarawak Tribune yang pernah menyiarkan kartun yang mengambarkan Rasulullah sebagai pengganas pada suatu ketika dulu.
7. Dan selepas artikel The Wall Street Journal hari ni keluar pulak artikel oleh Bloomberg. Makin jahanam reputasi Malaysia di mata negara dan pelabur asing.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...