BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 5 July 2015

Jerat jenayah bakal menjerut leher Najib



Jerat jenayah bakal menjerut leher Najib
Tidak sampai 24 jam Najib Razak terus melakukan "senaman duduk bangun, bangun duduk" untuk menjawab dakwaan Wall Street Journal (WSJ) yang kononnya berbilion ringgit wang dari syarikat 1MDB telah mengalir senyap ke dalam akaun peribadinya. Angka yang disebut oleh WSJ ialah sebanyak AS700 juta bersaman dengan RM2.67 billion.
Najib, bukan menangis tetapi hidung berair.
Dengan terdedahnya maklumat gelap tentang Najib itu, menyebabkan perdana menteri yang dalam proses hendak digiringkan itu berada dalam lingkaran kawat jenayah yang agak tebal. Kalau dakwaan dan tuduhan yang dilemparkan ke atasnya sebelum ini boleh dipersoalkan, tetapi kali ini tidak mudah dirungkaikan.
WSJ bukan sembarangan media. Ia adalah daily kewangan, ekonomi, politik liberalisme yang terhebat di dunia yang mendedahkan pelbagai skandal bertaraf dunia. Setiap sen atau dolar yang mengalir secara haram di pasaran bebas yang berlaku dalam mana-mana institusi diintip dan hiduinya.
WSJ juga berfungsi sebagai badan pemantau dan penyiasat perjalanan dan penyusupan kewangan. Ia juga bertindak sebagai polis menyiasat apa-apa laporan atau perkembangan mengenai kewangan meragukan alias haram.
Kedudukannya yang istimewa dan diiktiraf itu menyebabkan WSJ menerima maklumat daripada berbagai pihak untuk dibongkar dan didedahkan. Apakah tujuan dan matlamat pendedahan itu untuk menjatuhkan sesebuah kuasa atau individu berkuasa, tetapi ia berlandaskan fakta dan dalil yang ada.
Apabila WSJ membuat pendedahan itu ia sesuatu yang mengejutkan kerana kredibiliti daily berkenaan. WSJ bukan seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, jauh sekali seperti Harakah lidah rasmi parti yang dikepalai Haji Hadi. Kalau WSJ setaraf dengan akhbar kroni itu, bolehlah ia dilupakan begitu sahaja. Usianya yang mencecah 125 tahun menjadikan ia sebuah harian pemantauan dalam pelbagai bidang yang kronik seperti kewangan,ekonomi dan politik.
Walaupun Najib dan sang setianya telah membuat "senanam duduk bangun, bangun duduk" menjelaskan dan menafikan pendedahan WSJ tampaknya ia bukan mudah untuk dipercayai. Penafian itu sendiri bersifat emosi yang berbau bodekan, untuk mengambil hati Najib dan menguleknya sahaja. Orang-orang yang kini sedang dan akan menjalani senaman itu pun sudah dikenal siapa mereka. Mereka juga bertindak pun kerana ada undang di sebalik batu.
Ahmad Maslan, Hassan Malik, Abdul Rahman Dahlan, Salleh Said Keruak, Khairy Jamaluddin, Nazri Aziz dan "seraga" dengannya sudah dimaklumi dan difahami peranan dan persembahan mereka. Inilah penyokong dan pembodekan Najib nombor satu di kala ini. Mereka ini akan menelan ubat lebih dahulu daripada Najib sekiranya Najib demam atau selesema.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...