BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Tuesday, 7 July 2015

JAWAPAN KEPADA PENJILAT NAJIB

JAWAPAN KEPADA PENJILAT NAJIB
ADAKAH DOKUMEN BUKTI YANG DIKELUARKAN WSJ TELAH DIEDIT (DOCTORED)?
(1) ISU TRANSKRIP TELEGRAPHIC SWIFT
Pada hemat saya tidak kerana seperti yang cuba ditunjukkan dalam gambar berkenaan herot-merot nombor "2" dan beberapa abjad, garisan yang ada seolah-olah telah berlaku "doctored". Itu tidak cukup untuk sahkan kerana berdasarkan pengakuan WSJ, mereka perolehinya daripada suruhanjaya yang menyiasat kes ini sendiri di Malaysia.
Saya berpandangan ianya samada telah di-fax, "scanned" atau "xeroxed" oleh "whistleblower" yang serahkan dokumen remittance itu kepada WSJ. Sebab itu ianya tampak tidak kemas.
(2) ISU AKAUN TUTUP
Ada juga tersebar seperti dalam gambar di bawah bahawa yang sebenarnya tidak adil kerana telah di"crop" untuk tunjukkan transaksi pada tempoh tahun-tahun yang berbeda dengan tarikh penutupan akaun tersebut.
Soalan yang dibangkitkan, bolehkah akaun yang ditutup dimasukkan semula duitnya?
Pandangan balas saya, dokumen tersebut tidak menunjukkan keseluruhan gambaran yang adil berkenaan transaksi aliran tunai sepanjang tahun 2013-2015. Akaun peribadi dalam "private banking" yang mempunyai pelbagai khidmat istimewa (concierge) tidak sama dengan akaun kita rakyat biasa. Boleh saja akaun yang ditutup dibuka semula pada tempoh tertentu oleh penjaga akaun tersebut.
Bukti terbaik untuk menghapuskan tuduhan ini adalah dengan menunjukkan "penyata akaun bank" yang menunjukkan aliran tunai. Tapi ini memaksa DS Najib untuk mengaku kewujudan akaun peribadi di "private bank" Ambank Islamic.
(3) KENAPA BUKAN AKAUN PERIBADI?
Seperti dakwaan WSJ, Sarawak Report, semua ini muncul ketika tempoh PRU yang lepas (http://goo.gl/qgbV0p) dan seperti yang ditulis panjang lebar oleh RPK (http://goo.gl/OhkwG5) ianya berkaitan dengan penyaluran dana kempen PRU.
Mungkin ini soal "kepercayaan" yang mana DS Najib tidak lagi percaya untuk serahkan jumlah wang yang besar kepada "trustees" (pemegang amanah) yang boleh saja tidak mengaku sama sekali dan mengambil pula duit tersebut untuk kegunaan sendiri, bukan untuk kempen PRU.
Seperti pepatah Inggeris: "those who hold the purse stings, control the organization".
(4) KENAPA ADA "BLANCO"?
Ditulis pada WSJ ianya adalah "redacted". Kenapa? Saya berpandangan ianya satu bentuk ugutan lembut (soft blackmail) kepada DS Najib.
KESIMPULAN
Dalam banyak-banyak dokumen yang dikeluarkan WSJ, tak ramai yang berminat dengan surat yang ditulis oleh Nik Faisal Ariff Kamil - individu yang namanya sering disebut oleh Sarawak Report, The Edge dan WSJ berkali-kali selama hampir setahun kebelakangan ini.
Bagi saya dokumen itu menunjukkan peranan beliau sebagai "runner" yang menghubungkan 1MDB dan SRC International, Gandingan Mentari Sdn. Bhd. dan Ihsan Perdana Sdn. Bhd. sampailah kepada akaun bank Ambank Islamic DS Najib.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...