BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 10 July 2015

Jangan tuduh pengkritik mahu gulingkan kamu, pesan Musa Hitam kepada Najib

OLEH KC NAZARI

Published: 11 July 2015 6:58 AM

Tun Musa Hitam meletakkan beban kesalahan kepada pasukan perhubungan awam Datuk Seri Najib Razak kerana gagal mengendalikan situasi dengan baik. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 11 Julai, 2015.



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu menjawab dengan tegas satu persatu tuduhan-tuduhan yang dilemparkan kepadanya dan bukan sekadar mendakwa ia satu komplot bagi menggulingkannya, kata Tun Musa Hitam.

Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, adalah lumrah buat seseorang yang memegang tampuk kuasa jika ada pihak yang ingin melihatnya tumbang dan ia sebahagian daripada resam berpolitik.

"Selain menjawab soalan dan menjelaskan keraguan daripada penyokong dan seterunya, Najib tidak sepatutnya membuat tuduhan yang ia dibuat bagi menggulingkan pentadbirannya," kata Musa kepada The Malaysian Insider dalam satu wawancara eksklusif merujuk kepada kenyataan Najib mutakhir ini yang berulang kali memberikan alasan itu bagi menepis kritikan yang terus dilemparkan kepadanya berkaitan pengurusan syarikat sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB).



Pada 2 Julai lalu, The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.67 bilion) dipindahkan ke akaun peribadi Najib – satu tuduhan yang dinafikannya.
Pada masa sama, Najib menuduh pengkritik nombor satunya, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahahthir Mohamad adalah dalang di sebalik dakwaan itu.

Menurut Musa, kebanyakan bekas perdana menteri sebelum Najib mungkin boleh didakwa dengan tuduhan sama namun mereka bernasib baik kerana pada zaman mereka, ruang "demokrasi digital" belum wujud.

Beliau merujuk kepada media sosial yang membolehkan sebarang salah laku kerajaan dan ketidakcekapan kerajaan dilondehkan dengan mudah.

"Mereka (pemimpin sebelum Najib) terselamat tetapi maaflah Najib, ini (tuduhan cubaan mengguling) tidak lagi sesuai kerana zaman berubah," katanya.

Pada masa sama, Musa meletakkan beban kesalahan kepada pasukan perhubungan awam Najib.

Beliau mempertikaikan tempoh masa maklum balas Najib terhadap tuduhan-tuduhan yang dilempar padanya serta; sama ada dalam menafikan atau menjawab tuduhan-tuduhan tersebut.

Menurutnya, walaupun Najib aktif di beberapa media sosial, isu yang dilambakkan kepada beliau bagi dijawab, tidak dikendalikan dengan sempurna.

"Saya tak minat hendak menyenaraikan satu persatu (isunya) tetapi 1MDB bukanlah satu perkara baharu dan ia menimbulkan lebih banyak persoalan berbanding jawapan," katanya. – 11 Julai, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jangan-tuduh-pengkritik-mahu-gulingkan-kamu-pesan-musa-hitam#sthash.KGewsLMA.IiKSfDz6.dpuf

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...