BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Friday, 10 July 2015

GABENOR BANK NEGARA DR.ZETI WAJAR LETAK JAWATAN


GABENOR BANK NEGARA DR.ZETI WAJAR LETAK JAWATAN
Image result for gabenor bank negara
Sepandai



Sepandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor bertindak dengan pantas menerusi peguamnya meminta Bank Negara menyiasat segera pembocoran akaunnya di Afffin Bank yang menerima RM2 juta.

Tindakan ini mengesahkan tentang wujudnya akaun simpanan itu yang dengan sekaligus menyebabkan orang ramai terfikir bahawa tidaklah semua laporan Sarawak Report palsu. Berasaskan kebenaran ini, awam juga membuat kesimpulan mudah maka laporan lain-lain SR juga adalah benar walaupun sedang dipertikaikan.

Menerusi peguamnya ,Rosmah memberikan tempoh 72 jam kepada Bank Negara untuk mendapat hasil siasatan terhadap pembocoran akaunnya yang kejadian ini melanggar Akta Perkhidmatan Bank 2013.

Saya kurang ariff apakah isteri seorang Perdana Menteri boleh bertindak sendirian, memerentahkan Bank Negara untuk kes peribadi disamping mengeluarkan kenyataan akhbar mengenainya. Adakah pekara ini telah ditimbang dengan semasak-masaknya lebih dahulu oleh Jabatan Perdana Menteri atau ini tindakan sendirian Rosmah?
.
Pada pandangan saya integriti dan reliability Gabenor Bank NegaraTan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz yang selama ini dihormati di dalam dan di antarabangsa yang ternama sebagai di antara Ketua Bank Pusat Terbaik di Dunia, sekarang berada dalam keadaan tercabar yang melibatkan keyakinan kepada Bank Negara dan juga pandangan dunia kepada Malaysia.

Ini tidak sepatutnya berlaku sekiranya pengurusan kewangan negara yang di ketuai oleh Menteri Kewangan telah berjalan dengan cekap dan bijak.



Soal yang berbangkit sekarang kenaapa Pasukan Petugas Khas yang menyiasat 1MDB hanya mengakui mengetahui wujudnya akaun Rosmah itu setelah pendedahan dibuat oleh Sarawak Report?. Jika alasannya masih dalam siasatan maka kenaapa tidak berpegang pada prinsip ini sehingga tamat penyiasatan?.

Sentimen saya kepada Dr. Zeti sama seperti sentimen saya kepada bapanya Pak Ungku Aziz seorang ahli akademik terulong negara dan ibunyaKak Azah (Allahyarhamah ) sebagai s budayawan negara tersuhur yang mendorogkan saya menulis buku biograpi bergambar Tun Abdul Razak untukYayasan Tun Abdul Razak.

Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakan jawatan sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...