BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 5 July 2015

BNM, AmBank perlu perjelas dakwaan WSJ


BNM, AmBank perlu perjelas dakwaan WSJ
FMT Reporters | July 5, 2015

Ketiadaan kenyataan daripada BNM dan AmBank menyebabkan ruang kosong dan dijadikan alasan pihak tertentu

Rizal-Merican_ambank_bnm_600

PETALING JAYA: Ketiadaan kenyataan yang jelas daripada Bank Negara Malaysia (BNM) mahupun AmBank menyebabkan kekeliruan kepada rakyat berhubung dakwaan wujudnya transaksi wang 1MDB ke dalam akauan peribadi Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak.

Bagi Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Rizal Merican Naina Merican, situasi itu menyebabkan wujudnya ruang kosong.

“Pada saya, inilah ‘vakum’ yang perlu diisi dalam sebarang usaha penafian dan penjelasan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, penafian awal yang dibuat Pejabat Perdana Menteri kena pada masanya, namun usaha pembersihan imej bersifat menyeluruh mengenainya juga mesti dilakukan dengan kadar segera kerana tuduhan yang dibuat Wall Street Journal dan beberapa media antarabangsa merosakkan imej Perdana Menteri dan kerajaan.

Begitu juga dengan penubuhan sebuah pasukan petugas khas yang dianggotai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), PDRM dan Bank Negara yang disifatkannya sebagai adalah langkah yang sangat tepat.

Bagaimanapun, siasatannya perlu dibuat secara menyeluruh.

“ Saya menggesa, pasukan petugas khas ini bertindak benar-benar di atas jalur kepentingan ‘nasional’ dan tidak sama sekali tunduk kepada sebarang tekanan; baik daripada mana-mana individu mahupun pihak media,” tulisnya.

Jelas Riza, sekiranya pasukan khas itu berjaya membuktikan segala dakwaan itu liar dan berniat jahat, ia akan memberi kesan besar dengan menghapuskan fitnah sekaligus membersihkan kredibiliti Perdana Menteri.

“Saya fikir tidak perlulah kita terlalu memikirkan siapa di belakang serangan media antarabangsa dan blog tertentu ini. Yang lebih penting, halaman kita mesti dibersihkan daripada tuduhan-tuduhan yang dibuat,” petik kata-katanya daripada kenyataan itu.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...