BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Saturday, 4 July 2015

Beranikah Najib mengambil tindakan ke atas Tun M


Beranikah Najib mengambil tindakan ke atas Tun M

Faiz Zainudin | July 4, 2015

Jika benar dakwaan Najib kononnya Dr Mahathir menjadi dalang di sebalik pendedahan WSJ, bekas Perdana Menteri itu perlu dikenakan tindakan undang-undang

najib,-mahathir

PETALING JAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak perlu berani mengambil tindakan terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad jika benar beliau menjadi dalang berhubungan pendedahan Wall Street Journal (WSJ).

Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju, Shahbudin Husin berkata, Najib perlu mengambil tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir terlebih dahulu berbanding WSJ dan Sarawak Report.

“Sama sekali tidak berguna jika hanya mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ tetapi dalang yang dikenal pasti dibiarkan lepas bebas begitu saja.

“Dengan membiarkan lepas bebas dan tidak diambil sebarahg tindakan, “tok dalang” boleh terus mencari panggung lain untuk memainkan peranan di belakang tabirnya,” katanya menerusi entri terbarunya shahbudindotcom.blogspot.com.

Shahbudin, berkata jika dilihat menerusi kenyataan Sinar Harian, Setiausaha Politik Perdana Menteri Khairun Aseh berkata Najib akan mengambil tindakan undang-undang terhadap WSJ yang didakwa telah melakukan fitnah dan berniat jahat.

Malah Najib tidak menyebut secara jelas bahawa beliau akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap Dr Mahathir walaupun menuduh bekas Perdana Menteri itu sebagai dalang di sebalik pendedahan WSJ.

“Tidak pula disebut tindakan undang-undang akan diambil terhadap Tun Mahathir sedangkan jika Najib sudah berani menuduh bekas Perdana Menteri selama 22 tahun sebagai dalangnya, sudah tentulah beliau mempunyai bukti terhadap tuduhan yang dibuatnya itu

“Apakah tuduhan bahawa Tun Mahathir sebagai dalang itu disertakan dengan bukti yang kukuh atau sekadar khayalan Najib dengan sumber yang lemah dan meragukan juga?,” soal Shahbudin.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...