BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Sunday, 5 July 2015

Beberapa kesilapan kemungkinan berlaku dalam serangan Najib terhadap Tun M


Beberapa kesilapan kemungkinan berlaku dalam serangan Najib terhadap Tun M

SUARAKAMI 10:46 BLOGGER


Berundur Jalan Yang Lebih Selamat..
Kita cukup gembira apabila Najib akan menggunakan seluruh perundangan yang ada untuk mengheret mereka yang melakukan serangan pembohongan ke atasnya.
Kita berharap tindakan ini segera dan jangan tinggalkan seorang pun termasuk Tun Dr Mahathir Mohamad kerana secara terbuka Najib telah mendakwa dalangnya ialah Tun

Kali ini adalah peluang terakhir untuk Najib membuktikan dirinya sedang dikonspirasi, jika gagal, nasibnya seolah hampir dengan Anwar.

Penafian dan segala bentuk defend yang digunakan oleh team Najib dan Najib sendiri nampaknya tidak memadai malah mengundang kepada serang balas yang bertubi-tubi bersama fakta.

Harus ada kajian, apakah selama ini "defend" itu tidak cukup kuat atau rapuh, dan sebabnya kenapa (?)

Beberapa kesilapan kemungkinan berlaku:

1) Serangan peribadi ke atas Mahathir samada secara langsung atau tidak langsung membolehkan Mahathir juga membuat serangan peribadi ke atas Najib.

2) Menggunakan otai seperti Tunku Aziz, Shahrir, Annuar Musa untuk menyerang Mahathir antaranya merupakan satu kesilapan.

3) Menggunakan Media Prima dan Utusan untuk menyerang Mahathir secara berlebihan mengundang simpati dan mempamirkan "ketakutan" yang sedang melanda.

4) Ikrar KBU adalah hampas, sokong membawa rebah.

5) Penasihat yang dibayar billion rupanya berotak lemah untuk menasihat sesuatu yang betul, benar dan selamat.

6) Dalam team Najib sendiri ada dalang (?!)

Selain menentukan di pihak mana kebenaran itu ada, kesilapan strategi akan mempercepatkan lagi sebarang kepalsuan terdedah.

Keadaan semasa tidak mungkin menunjukkan Najib akan berundur tetapi jika mampu dilakukan untuk menyelamatkan sesuatu yang lebih berharga, kenapa tidak (?!)

Bagaimana pula kalau dicadangkan Najib melepaskan sementara semua jawatan politiknya untuk dia bertindak balas dan untuk satu siatan yang lebih telus dan terbuka.

Ramai yang berpendapat Najib sangat kebal kerana didinding oleh semua orangnya dan Najib juga belajar bagaimana Pak Lah tewas bila diserang Tun.

Cuma mungkin ramai yang lupa Tun juga belajar sesuatu akan kesilapan dan kelemahan ketika minta Paklah berundur dan kali ini Tun lebih bersedia ketika minta Najib undur.

Fakta yang sangat jelas: Tun tidak suka-suka minta Paklah atau Najib berundur tetapi semuanya kerana mereka sendiri memberi peluang kepada Tun berbuat demikian.

No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...