BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Thursday, 9 July 2015

Banyak keputusan tidak dibawa berunding pengarah 1MDB - Pasukan Audit

Banyak keputusan tidak dibawa berunding pengarah 1MDB - Pasukan Audit

Banyak keputusan tidak dibawa berunding pengarah 1MDB - Pasukan Audit
Pasukan Audit mendapati pengarah 1MDB tidak dibawa berunding dalam pelbagai hal mengenai syarikat itu.
KUALA LUMPUR: Jabatan Audit Negara hari ini memaklumkan banyak keputusan berkaitan pelaburan syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dibuat tanpa kelulusan lembaga pengarah.

Menurut satu sumber yang mempunyai pengetahuan mengenai laporan interim jabatan tersebut, kenyataan itu dibuat berdasarkan siasatan yang dijalankan keatas 1MDB.

Keputusan-keputusan itu biasannya dibuat melalui satu resolusi bertulis, dan bukan dengan mengadakan mesyuarat bersama lembaga pengarah, laporMalaysiakini hari ini.

"Pasukan audit menyifatkan seolah-olah lembaga telah diketepikan atau keputusan dipengaruhi oleh orang lain," ujarnya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sedang berdepan kritikan ekoran dikatkan dengan pelbagai skandal melibatkan 1MDB.

Walau bagaimanapun, Najib bukanlah ahli lembaga pengarah 1MDB, sebalik merupakan pengerusi lembaga penasihat dalam syarikat milik kerajaan itu.

Menurut sumber yang sama, pasukan audit turut mendapati pihak pengurusan syarikat gagal untuk mematuhi arahan dari lembaga pengarah dalam menguruskan pelbagai hal.

"Mereka juga mendakwa bahawa terdapat keadaan di mana lembaga pengarah diberi maklumat yang tidak tepat atau tidak lengkap mengenai keputusan pelaburan," katanya.

Sumber turut menyebut penemuan pasukan audit yang mendapati syarikat itu tidak mempunyai jawatankuasa pelaburan bagi memastikan kewajaran sebelum membuat pelaburan. Kekurangan itu menyebabkan struktur pengurusannya lemah.

Usaha sama diantara 1MDB dengan PetroSaudi International Ltd (PSI) sebagai contoh yang dirujuk pasukan audit.



No comments:

Post a Comment

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...