BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Monday, 20 July 2015

ANAK PENGASAS AMBANK NAK HERET NAJIB KE MAHKAMAH ANTARABANGSA?

Yahaya Ismail's post to the group:KAMY MAHATHIR.
5 hrs ·
Terkini !!!


ANAK PENGASAS AMBANK
NAK HERET NAJIB KE MAHKAMAH ANTARABANGSA?
Nampaknya Pascal Hussain Najali menjadi semain gairah hendak mengheret Najib ke mahkamah antarabangsa. Mungkin dia tidak percaya dengan keadilan dan kesiriusan polis untuk membuka semula kes pembunuhan bapanya pada 29 Julai 2013 selepas PRU 13 yang lalu. 
Dalam masa beberapa hari saja facebooknya sudah mendapat sambutan beratus ribu orang. Ini suatu indikasi bahawa banyak orang, khasnya rakyat Malaysia, menyokong hasratnya untuk mencari keadilan bagi bapanya.

Buat masa ini dia sudah mendapat khidmat nasihat seorang pakar dari polis Swiss di bidang "money laundering" untuk membantunya mendapatkan berbagai bahan bukti kelak. Paling baru dia sedang mencari satu pasukan peguam yang berpengalaman di bidang undang-undang antarabangsa untuk membawa Najib ke mahkamah antarabangsa di Belanda. 
Besar kemungkinan dia akan mendapat kerjasama dari kerajaan Mongolia dan bapa Altantuya serta Sirul, pembunh Altantuya yang ditahan di Australia, untuk menghimpunkan berbagai bahan bukti lagi. Ada kemungkinan juga Pascal akan menggesa kerajaan Peranchis menyiasat tentang pembelian dua kapalselam Scopene yang dikatakan ada unsur rasuah.

Besar kemungkinan juga WSJ mendapat maklumat tentang dua akaun pribadi Najib di Ambank Private dari Pascal, anak pengasas Ambank Hussain Najali itu. Nampaknya tidak lama lagi berbagai perkembangan baru mengenai Najib akan terdedah dalam media antarabangsa sekiranya Pascal berjaya membongkar kes pembunuhan bapanya itu sekiranya dikaitkan dengan Najib kelak. Kalau ini berlaku imej Malaysia di mata dunia terjejas teruk, dan kepimpinan Najib sebagai PM semakin tidak dihormati rakyat.

1 comment:

  1. Aduhaiiii.....klu camni semakin parahlah jadinya Mesia...

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...