BLOG PENYIMPAN MAKLUMAT.

ISI KANDUNGAN DALAM BLOG INI ADALAH DATANGNYA DARI BERBAGAI PENDAPAT DAN DAKWAAN DARI PELBAGAI PORTAL BERITA ,BLOGGER DAN FACEBOOKER YANG HANDAL-HANDAL SERTA TERMASYHUR.

DENGAN PENGUMPULAN MAKLUMAT SEBEGINI, KITA AKAN DAPAT MENGKAJI LEBIH MENDALAM DAN JELAS SESUATU PERKARA ITU MALAH SENTIASA BOLEH MEMBUAT RUJUKAN APABILA DIPERLUKAN.

SELAIN ITU IANYA JUGA ADALAH SEBAGAI BUKTI YANG JELAS YANG BESERTA DENGAN BUTIRAN DAN DATA SEKIRANYA DIPERLUKAN DIKEMUDIAN HARI.

AHMAD BAHAROM COLLECTION.
ABC.


CARI TAJUK UTAMA YANG ANDA PERLUKAN DISINI

Loading...

Wednesday, 1 July 2015

AlKisah Pakcik Dengan UNIT

AlKisah Pakcik Dengan UNIT

Thursday, July 2, 20154comments

Eh, Pakcik ! Apa khabar ? Dekat sebulan tak jumpa ..... lalu je depan rumah pakcik, orang tutup tingkap. Kalau dari jauh riuh bunyi TV tapi bila saya sampai tangga, tetiba TV senyap. Pakcik nak mengelak ya......?

Hehehe, yalah, samalah kita. Sibuk kan..... pakcik ada dengar berita terbaru koperasi kita tu ? 

Eh, kenapa berubah warna hijau muka pakcik ? Relaks la... saya bukan nak cerita hal 1MDB ! ( KLiK ) Takperlah kalau pakcik tak faham pun, ramai lagi orang Malaysia yang tak faham sama. Bukan pakcik sorang jer. 

Ni cerita pasal koperasi kampung kita ni.... yang ni betul. Bukan berlakon lagi dah.  Pakcik tak tahu apa2 ? Tulah, lain kali pergilah Mesyuarat Agung Koperasi kalau nak tahu perkembangan. Gini ..... koperasi kita dulu kan ada banyak duit, hasil kutipan saham orang kampung. Kalau tak silap masa mesyuarat agung dua tahun lepas ada disebut dekat RM50 ribu dalam akaun bank.

Baru ni Pengerusi bentangkan akaun terbaru .... eeeehhh... Ada ! RM50 ribu tu ada. Saya tak kata pun hilang. Sabarlah pakcik, saya nak cerita ni.

Ditulis dalam penyata tu .... ada RM50 ribu tu, tapi bukan 50 lagi dah, dah jadi RM60 ribu ! Hah lah..... Untung RM10 ribu kata Pengerusi. Tapi masalahnya .......... kat ruangan akaun bank tu ditulis RM8 ribu lebih jer ..... 

Pulak .... siapa yang sebut handbeg ? Takde, takde .... ada RM60 ribu tu tapi ditulis satu ruangan baru ..... namanya UNIT.

Haaaa..... tu yang ramai bertanya tu ! Apakebendanya UNIT tu ? Pengerusi pun jawablah - UNIT, JUST UNIT !

JUST UNIT ? Lagi la orang kampung pening.... apa binatang pulak Just Unit tu ?

Rupanya Pengerusi kita cakap omputih ! Hahahaha ..... lagilah orang kampung bising. Orang tahu belaka dah, kalau Pengerusi cakap omputih tu maknanya adalah yang tak kena tu.

Jadi Pengerusi pun berceritalah .........

Rupanya dia pergi melabur kat syarikat AK ( Aku Kaya ). Katanya nak buat usahasama .... entah, usahasama apa pun tak tahu. Pengerusi tak sebut pulak. Dia cuma kata, syarikat AK tu ada banyak sawah padi kat Indonesia. Katanya nilai sawah tu lebih RM150 ribu. 

Jadi Pengerusi kita pun melaburlah dekat RM30 ribu dalam syarikat usahasama tu ..... pakcik tak pernah dengar ? Bukan pakcik sorang je, takde siapapun tahu sebelum ni. Pengerusi tu yang memandai2 guna duit koperasi pi melabur.

Dah dia juga Pengerusi .... Bendahari pun dia juga ! Jadi senanglah dia nak buat apapun dengan duit koperasi. Tapi katanya nak tolong koperasi buat untung. Nanti ahli juga yang dapat dividennya.

Lepas tu .... dengarlah ni pakcik. Lepas tu, Pengerusi kata, lepas 5 bulan dia tak berapa yakin pulak dengan syarikat AK tu. Dia tak cakap pulak kenapa. 

Haaa ... samalah, kita pun ada tanya samada Pengerusi tu ada cek tak yang AK tu betul2 ada sawah bernilai RM150 ribu di Indonesia. Tapi dia tak jawab. Sebab tu ada yang mula tinggi suara, tapi Pengerusi buat bodoh jer.

Lagi ..... dia cakap, dia pun batalkan usahasama tu. Tapi tak dapat duit balik ! Dia gi tukar pulak jadikan pinjaman Islam. Tak faham ?

Gini pakcik ..... mula2 dia melabur, maknanya dia bagi duit dan dia dapat saham syarikat usahama dengan AK bagi pihak koperasi. Sekarang bila dia batalkan kontrek, saham tu dia tolak balik la. Tapi sebab syarikat AK tu takde duit nak bagi balik duit pelaburan maka duit RM30 ribu tu di tukar jadi pinjaman la pulak.

Maknanya syarikat AK pula yang pinjam duit koperasi sebanyak RM30 ribu.... faham ? Manalah saya tahu kemana perginya duit RM30 ribu tu ? Saya pun heran juga, dalam masa lima bulan dah habis. 

Tu la pasal ..... ada mamat yang tanya, orang kampung nak buat pinjaman dua tiga ratus pun punyalah banyak songeh, macam2 minta surat sokonganlah bagai... itu pun belum tentu lulus. Ni senang2 jer bagi taukeh AK tu pinjam RM30 ribu.

Lagipun koperasi kita tu mana ada lesen nak bagi pinjaman kat orang luar ! Masalahnya takde siapa tahu semua ni. Pengerusi tu yang memandai2 buat. Dia tanya Bendahari, Bendahari kata OK. Padahal dia juga Bendahari !

Setakat ni OK tak ? Lepas tu ...... tak cukup bagi pinjaman RM30 ribu, Pengerusi tadi bagi lagi pinjaman dua kali pada syarikat AK, jumlahnya RM20 ribu. 

Pelik kan ? Kata dah tak berapa yakin, tapi bagi lagi pinjaman ! ? Lepas berapa bulan ntah, Pengerusi tu kata dia minta balik semua duit koperasi yang dia dah pinjamkan tu .... semuanya RM50 ribu.  Tu yang taukeh syarikat AK bagi balik ..... siap dengan untung RM10 ribu ! 

Tapi dia tak bagi balik duit .... dia bagi balik UNIT.

Bila Pengerusi tengok orang kampung ternganga jer .... sekali lagi dia ulang - UNIT, JUST UNIT !

Entah, katanya nilai Unit tu RM60 ribu, itu yang ditulis dalam akaun pun. Jadi koperasi kita dapatlah balik duit RM50 ribu tu sekali dengan untung RM10 ribu ...... kononnya.

Dan Koperasi kampung kita pun adalah banyak Unit .......... Pakcik jangan buat muka macam tu ..... Ni tak habis lagi cerita ni .... laaaa ni bukan cerita 1MDB ni ! Betul ni, ni cerita koperasi kita ni.

Saya sambung ya  ..... Yang buat kecohnya sebab tauke mesin bajak tu minta balik hutangnya dari koperasi, dekat RM50 ribu juga. Jadi Pengerusi pun buatlah pinjaman bank atas nama koperasi. Ditunjuknya akaun bank koperasi yang banyak Unit tu. Itu kata dia lah , saya pun tak pasti apa yang ditunjukkannya kepada bank tapi yang pasti bank luluskan pinjaman tu dan keluarkan cek RM50 ribu buat bayar tauke mesin bajak tadi.

Ada juga yang tanya, kenapa tak bayar je ngan Unit tu kalau betul nilainya RM60 ribu ? Bagi jer Unit tu kat tauke mesin tu, kira settle hutang. Tinggallah RM10 ribu Unit. eeerrr..... lebihkurang begitulah kot. 60 tolak 50 jadi baki 10 ..... kan ?

Baru ni, bank bising ..... entah masalah apa entah. Katanya bank tuntut koperasi bayar balik pinjaman RM50 ribu tu sebelum tempoh matang. Bank tak percaya dengan Unit tu kot .... Tu yang kita heran, entah apa yang dicagarkan masa minta pinjaman hari tu. Alih2 bank dah tak percaya pulak.

Jadi melilaulah Pengerusi kita cari bank lain atau sapa2 yang sanggup bagi pinjaman nak bayar bank. Malulah kalau bank tu bising nanti. 

Tu pun ramai yang tanya, kenapa tak tukar je Unit tu jadi duit ? Tak dijawabnya juga ......

Nak dijadikan cerita, rupa2nya tauke mesin bajak tu yang pinjamkan ! Entah apa yang Pengerusi tu janji kat tauke tu entah.  Yang kita tahu, hutang bank dah settle. Mungkin tauke tu guna balik duit yang bank tu bayar kat dia buat bayar hutang bank koperasi..... sekali dengan faedah lah. Pusing2 kat situ jer.

Jadi sekarang koperasi dah berhutang balik dengan tauke mesin bajak tadi...... hutang mesti dah bertambah sebab campur faedah. Kata Pengerusi, dia masih berbincang dengan tauke tu macamana cara nak selesaikan hutang baru tu. 

Haaaa.... pandai pun pakcik ! Tu yang kita tanya balik, kenapa tak bagi jer UNIT tu pada tauke tu dari awal ? Tak perlu susah2 buat pinjaman bank la, last2 kita berhutang balik dengan tauke yang sama juga.

Sekarang masalahnya, apakebenda UNIT tu ? Berapa nilai UNIT tu ? Tak pasal2 nanti dengan UNIT2 tu habis, dengan mesin2 bajak koperasi pun kena lelong.

Pengerusi kata jangan risau, koperasi boleh selesaikan hutang dengan tauke mesin bajak tu. Masalahnya kita nak tahu mana pergi duit asal RM50 ribu koperasi tu ? 

Sampai sudah Pengerusi tak tunjukkan apakebenda UNIT tu. Ramai dah pening dengan cerita Pengerusi tu . Sekarang diorang cuma nak tengok dalam akaun bank ada duit RM50 ribu..... tak kisah dah untung berapa juta sekalipun, kalau bukan dalam bentuk duit, Pengerusi kena jawab.

Nak cerita apapun orang dah tak kisah.... janji TUNJUK JER DUIT RM50 RIBU TU ! Senang cerita. Selagi tak tunjuk duit tu, selagi tu orang kampung akan bising. Macam2lah yang ditanya hal usahasama dengan AK.

Orang kata, kalau semua tu tak berlaku, koperasi masih ada RM50 ribu dalam akaun bank dan duit tu boleh bayar tauke mesin. Selesai masalah. Biar takde untung pun. Kepala pun tak pening dengar cerita pelaburan Pengerusi. Ni nak kena bincang lagi lah .... nak kena lelong mesin lagi lah .... apa semua ni ? Benda senang dijadikan susah.  

Ada yang kata nak buat repot Polis la.... tapi selagi Pengerusi tu jadi Pengerusi, dan dia juga jadi Bendahari .... nak siasat apanya ? Dia kenalah letak jawatan dulu supaya senang orang nak siasat. Tapi dia degil ..... siap ungkit darah pahlawan dia lagi ! 

Ni nak Raya dah, mesti ramai yang nak buat pinjaman ngan koperasi. Takkan nak bayar dengan Unit ? Jawabnya budak2 kampung kita ni dapat Unit lah ganti duit Raya tahun ni !

Macamana rupa bentuk Unit tu .... wallahualam.  Kalau tanya Pengerusi, pasti dia jawab - UNIT, JUST UNIT !

Pakcik OK ? Betuuuul..... ni bukan cerita 1MDB. Ni betul2 ni ...

PS - Kesimpulannya ... Unit itu adalah Unit, JUST UNIT !

2 comments:

  1. slama saya pun blurt psl ni tp lps diterangkan cara org kg ni baru le fhm :)

    ReplyDelete
  2. slama saya pun blurt psl ni tp lps diterangkan cara org kg ni baru le fhm :)

    ReplyDelete

kakaktua800.blogspot.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...